CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1707|Reply: 0

Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Fauziah Nawi

[Copy link]
Post time 15-11-2019 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Mufti Wilayah Persekutuan ziarah Fauziah Nawi

https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/517495/mufti-wilayah-persekutuan-ziarah-fauziah-nawi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 5:50 PM

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohd_helmi@mediaprima.com.my


DR Zulkifli beramah mesra dengan anak Allahyarham Pitt Hanif sambil diperhatikan Fauziah.  FOTO Instagram Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri.

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri meluahkan kesedihan ketika menziarahi pelakon ternama, Fauziah Nawi, 66, yang kematian anaknya, Allahyarham Mohd Firdaus Mohammad Hanif, 43, di rumahnya di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi Instagram miliknya, beliau melahirkan rasa sebak sebaik mengunjungi Fauziah, balu arwah, Farah Ahmad dan anaknya.

"Sebak rasa hati ketika menziarahi Fauziah Nawi, balu almarhum, Farah Ahmad dan anak almarhum Mohd Firdaus Mohammad Hanif @ Pitt Hanif.

"Melihat lirikan mata anak almarhum ini, tersimpan 1,001 rasa yang terselindung di sebalik senyuman terukir," katanya.

Dr Zulkifli berkata, beliau berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan selain membacakan doa untuk arwah.

Katanya, kunjungannya ke rumah Fauziah diuruskan Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Portal berita akhbar ini pada 26 Oktober lalu melaporkan arwah Pitt Hanif yang juga pengarah filem Coast Guard dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca dinaiki bersama rakan, Sham Mokhtar, 38 terbalik dan terbelah dua ketika memancing di Sungai Jelai, Kuala Lipis, Pahang.

Dalam kejadian 11 pagi, bot gentian kaca itu merempuh tiang besi sebuah jambatan balak menyebabkan kedua-duanya tercampak ke dalam sungai.

Sham yang juga Pengarah Fotografi filem itu berjaya menyelamatkan diri namun Pitt yang cuba berenang dibawa arus deras sebelum tenggelam.

Sehari kemudian, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat Pitt, 500 meter daripada lokasinya terjatuh, jam 4.25 petang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052063 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list