CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3166|Reply: 35

[Tempatan] Persiapan Program Sarapan Percuma (PSP). Cikgu mesti tahu pasal Suku Suku Separu

[Copy link]
Post time 15-11-2019 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Guru dilatih ilmu pemakanan sihat



KUALA LUMPUR: Guru sekolah dan penyedia makanan di kantin yang terbabit dalam Program Sarapan Percuma (PSP) bermula tahun depan akan didedah dan dilatih dengan ilmu pemakanan sihat.

Menerusi program berkenaan, mereka dipertanggungjawab memberi penerangan kepada murid mengenai aspek pemakanan pada setiap hari persekolahan.

Menurut sumber, kebanyakan pengusaha kantin sekolah yang terbabit dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebelum ini akan diberi latihan untuk menyediakan menu yang lebih bernutrisi.

“Akan ada pegawai terlatih yang menyelia aspek penyediaan makanan berkhasiat ini nanti,” katanya kepada BH.

BH juga difahamkan, tiada lagi menu sama dalam RMT disediakan dalam PSP kelak, sebaliknya murid dijangka menikmati juadah yang 'dipertingkatkan' sebelum sesi persekolahan bermula.

Menjelaskan lagi PSP, sumber berkata, konsep yang akan diterapkan ialah ‘Suku Suku Separuh’ yang ketika ini sedang 'diuji kaji' di beberapa sekolah perintis.

Ini katanya untuk mengetahui sejauh mana penerimaan murid dan ibu bapa serta kesan pemakanan itu kepada kumpulan sasar.

Konsep ‘Suku Suku Separuh’ ketika ini popular dalam kalangan mereka yang ingin berdiet untuk menurunkan berat badan.

Pada 2017, Kementerian Kesihatan memperkenalkan kempen ‘Pinggan Sihat’ ini kerana ia berkesan menghindar risiko penyakit seperti diebetes, darah tinggi dan kolestrol.

Konsep berkenaan mengetengahkan suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang, manakala separuh pinggan diisi buah-buahan dan sayur.

Bagaimanapun, BH difahamkan, konsep berkenaan bukan untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak, sebaliknya hanya mengambil insiatif pemakanan sihat dalam setiap pinggan sarapan murid.

Menerusi konsep itu, sarapan dalam PSP juga bukan menu biasa rakyat Malaysia, sebaliknya dilengkapi sumber nutrisi, karbohidrat dan protein, ditambah dengan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Ogos lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan 2020.

Mengenai jenis makanan bernutrisi untuk PSP nanti, sumber berkata, ketika ini panel Kementerian Pendidikan masih meneliti jenis makanan bernutrisi yang sesuai.

“Matlamat utama PSP bukan sahaja memastikan setiap murid bersarapan, malah mereka tidak lagi dijamu dengan jenis sarapan biasa.

“Sebaliknya makanan yang dipilih harus sesuai dalam memastikan mereka terus fokus sepanjang waktu pembelajaran serta kekal sihat,” katanya.


‘Suku Suku Separuh’ sesuai untuk kanak-kanak

Pengambilan makanan berkonsep 'Suku Suku Separuh' yang dijangka diterapkan dalam Program Sarapan Percuma (PSP) adalah konsep seimbang dan sesuai untuk kanak-kanak sekolah.

Timbalan Pengurus Perkhidmatan Dietetik dan Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Siti Farhath Sehu Allavudin, berkata apa yang penting dalam pelaksanaan konsep berkenaan adalah menu makanan yang disediakan.

“Meskipun konsep itu sesuai untuk kanak-kanak, pihak yang terbabit perlu melihat menu yang disediakan pada setiap hari persekolahan nanti.

“Ramai anggap pengambilan makanan ‘Suku Suku Separuh’ ini untuk diet orang dewasa menurunkan berat badan, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu,” katanya kepada BH.

Dari segi menu, Siti Farhath menjelaskan, juadah yang disediakan untuk kanak-kanak menggunakan konsep berkenaan perlu berlainan dengan menu untuk orang dewasa.

“Contohnya bagi sarapan, disediakan mihun atau nasi goreng tetapi bagaimana penyediaannya? Adakah sayur dan sumber protein yang diletakkan dalam juadah itu bertepatan dengan konsep?

“Bagaimanapun pula dengan kanak-kanak yang tidak makan sayur? Adakah sayur itu akan dibiar tanpa dimakan. Juadah sarapan biasa juga sesuai dengan konsep ini seperti lempeng yang guna susu dan jagung.

“Apa yang penting, sarapan yang disediakan untuk kanak-kanak sekolah menerusi program ini nanti, perlu seimbang,” katanya.

Menurut Siti Farharth, kualiti makanan adalah perkara paling penting dalam pelaksanaan PSP kerana ia membabitkan tempoh dan jumlah pelajar yang ramai.

“Jika sesuatu diberikan percuma, perkara utama yang difikirkan adalah kualiti, iaitu murah atau mahal. Program sebegini harus menekankan kualiti, bukannya murah semata-mata dan ia perlu ditekankan kepada penyedia makanan yang dilantik,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajar sekali students basuh pinggan lps makan..terapkn budaya pembersih dlm diri dari kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2019 08:07 AM
Ajar sekali students basuh pinggan lps makan..terapkn budaya pembersih dlm diri dari kecik

Bukan students sajork. Cikgu pon kena train jadi pembersih dan teliti buat kerja jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu math la yg krna buat ni..sbb diorang pandai kira separuh,suku.satu perdua dsb..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:48 AM | Show all posts
Mengapa nak buat program nih...
Bagi je la pada pelajar dari golongan kurang berkemampuan spt sekarang.
Nak uruskan budak2 tu nanti berapa lama...
Kena sekolah 2 sesi, pukul berapa pulak budak2 tu nak kena berada di sekolah.

Baik guna sumber tu utk tujuan keperluan pembelajaran yg lain... alat tulis, kertas A4 ke.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-11-2019 08:12 AM
Bukan students sajork. Cikgu pon kena train jadi pembersih dan teliti buat kerja jugak.

Yg tua dah tak leh lentur lg lol
Bila kita komplin dia carik pulak kesalahan kita, janji blhgadohhh  gitewww...lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 11:55 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-11-2019 08:12 AM
Bukan students sajork. Cikgu pon kena train jadi pembersih dan teliti buat kerja jugak.

satu benda yang meols perasan khuens, kengkawan meols yang cikgu paling popular suka buang sampah merata2...sebab majoriti kawan meols kerja cikgu.Memang trend atau apa yach? Rimas sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Suku suku separuh ni, suruh je cikgu2 tgk cerita upin ipin. Siap boleh karaoke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2019 08:07 AM
Ajar sekali students basuh pinggan lps makan..terapkn budaya pembersih dlm diri dari kecik

Sebenarnya inilah nilai yg nak diajar oleh jepun kpd budak sekolah rendah. Kita asyik nmpk mkn utk kenyang then kalau kenyang boleh jadi pandai. Cam bodoh. Bnyk benda asas lain yg bebudak kena belajar dgn hidangkan mknn utk kawan2, kemaskan meja sendiri, ambil setakat yg perlu, mknan kena habiskan, belajar berkawan, cara mkn yg betul, makanan yg betul, hormati kwn2, tlg kawan2 basically belajar adab dan brmasyarakat. Sbb umur ni umur utk bina sahsiah. Kita mkn utk kenyang mana tak mng pingat emas hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 16-11-2019 11:55 AM
satu benda yang meols perasan khuens, kengkawan meols yang cikgu paling popular suka buang sampah  ...

Chuol jangan tatau ramai cikgu ni kategori OKU (kurang upaya sebab pemalas mengalahkan siput babi slownya bila diminta buat kerja) dan lembam (sebab otak bodo dah kertu tak reti berfikir).
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah dana ni disalur kepada penggajian doktor2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit ke? Propa k...entah2 ni hanya utk sjkc sjkt...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 16-11-2019 09:48 AM
Mengapa nak buat program nih...
Bagi je la pada pelajar dari golongan kurang berkemampuan spt sekar ...

Yang urus tu nanti cikgu jugak..sian laa sape jd guru kelas tahun depan..sdgkn nk dptkn data utk rmt pun payah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-11-2019 04:42 PM
Chuol jangan tatau ramai cikgu ni kategori OKU (kurang upaya sebab pemalas mengalahkan siput babi  ...

Setujukkkkk hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 16-11-2019 06:53 PM
Yang urus tu nanti cikgu jugak..sian laa sape jd guru kelas tahun depan..sdgkn nk dptkn data utk r ...

Mintak elaun Kat mazlee. At least 1k elaun bg makan budak2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya bagi budak budak makan? Sedih aku tengok nak beri pada penggajian doktor? Ingat berapa ramai anak murid ke sekolah tak makan sarapan..oh my seingat I memang ramai. Jangan tengok yang bawak duit belanja rm5 rm10 atau lebih, tengoklah yang kurang berkemampuan. Ke sekolah hanya mengisi perut dengan air kosong. Lahir dalam keluarga bawah paras kemiskinan. Biarlah mereka juga merasa nikmat dapat sarapan di pagi hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 16-11-2019 09:13 PM
Apa salahnya bagi budak budak makan? Sedih aku tengok nak beri pada penggajian doktor? Ingat berapa  ...

Hahahahahahahahah bodoh namatey namanya tibe2 masuk penggajian dokter? Ya rabbb hahhahahahaa hak bahagian anakw sekolah tu hak diorg lah. Yg doktor tu part lain. Arini ni la benda paling budus aku baca.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 16-11-2019 09:35 PM
Hahahahahahahahah bodoh namatey namanya tibe2 masuk penggajian dokter? Ya rabbb hahhahahahaa hak b ...

Sedih aku ada jugak rakyat berfikiran macam ni. Ko tengok la komen tu boleh plak cadang camtu. Hmm..apa la salahnya bantu pelajar kurang berkemampuan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 16-11-2019 09:13 PM
Apa salahnya bagi budak budak makan? Sedih aku tengok nak beri pada penggajian doktor? Ingat berapa  ...

Diorang kan ada dah rmt
Kalau layak dapat rmt
Yg betul layak dapat la makan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 16-11-2019 02:26 PM
Sebenarnya inilah nilai yg nak diajar oleh jepun kpd budak sekolah rendah. Kita asyik nmpk mkn utk ...

Bagus cadangan ni. I harap u boleh panjangkan dekat kementerian. Sebab kalau kat rumah pun belum tentu anak anak ni kemas pinggan or tolong set up table.

Tapi kan..jangan expect semua pelajar malas di meja makan tau. Sebab waktu I zaman sekolah, kalau jamuan kelas memang weol akan serve guru guru and hidang makanan for them. Dah habis jamuan kemas ramai ramai. So i am pretty sure waktu jamuan kelas pun macam tu juga.

Pelajar ni kadang kadang kat sekolah sopan je. Penuh nilai nilai murni sebab mostly guru kelas akan ingatkan. Kat rumah aje nak manja dengan parents so parents la buat semua. Be positive ok dekat pelajar kita ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067332 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list