CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2713|Reply: 16

[Tempatan] Kekurangan doktor, kakitangan hospital sudah di tahap SERIUS. PH perlu pantas be

[Copy link]
Post time 16-11-2019 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Kekurangan doktor, kakitangan hospital di tahap serius
Diterbitkan 15 Nov 2019, 9:04 malam  |  Dikemaskini 15 Nov 2019, 9:40 malam

Situasi kekurangan kakitangan di hospital mahupun klinik kerajaan berada di tahap serius akibat tiada penambahan jawatan bagi doktor, jururawat, pakar farmasi dan kakitangan lain.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N Ganabaskaran berkata, ini disebabkan sektor perubatan berkembang dengan pembukaan hospital dan klinik baru.

Beliau berkata keadaan ini menyaksikan doktor sedia ada terpaksa bekerja lebih masa, manakala jururawat perlu bertugas dua syif (double shift) pada waktu bekerja.

“Kita boleh lihat peningkatan bebanan kerja dan kita perlu memastikan kebajikan kakitangan terjaga dengan segera untuk mengurangkan keletihan melampau (burnout) di kalangan kakitangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan balas kepada Malaysiakini hari ini.

Pada 12 Nov lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat berharap kementerian itu dikecualikan daripada dikenakan sekatan terhadap penambahan kakitangan kerajaan.

Hal itu, katanya, memandangkan KKM memerlukan lebih ramai kakitangan bagi menampung fasiliti perkhidmatan kesihatan yang baru dibuka, selain menangani masalah kekurangan kakitangan yang sedang dihadapi.

Katanya, kekurangan kakitangan yang dimaksudkan bukan sahaja bagi jawatan doktor, tetapi juga jawatan lain seperti pembantu pegawai perubatan dan sebagainya.

Ganabaskaran berkata, kekurangan kakitangan yang ketara itu turut dapat dilihat di hospital dan klinik di kawasan pedalaman.

Menurutnya, kekurangan sebenar yang dihadapi masih perlu dikenalpasti dan pihaknya menggesa KKM meneliti semula masalah kekurangan kakitangan tersebut dan jumlah sebenar jawatan yang perlu diisi.

“Kita perlukan (kekosongan) jawatan ini dibuka untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai, di samping memastikan kakitangan sedia ada tidak mengalami keletihan melampau dan bekerja lebih masa untuk mengganti kekurangan kakitangan.

“Ia telah mencapai tahap yang kritikal dan kakitangan perubatan yang mengalami keletihan melampau pastinya akan berisiko melakukan banyak kesilapan yang menjejaskan keselamatan pesakit,” katanya.

Hilang separuh doktor berpotensi

Ganabaskaran berkata negara dijangka mengalami kehilangan separuh doktor yang mempunyai potensi menyumbang untuk perubatan negara ini sekiranya keadaan tidak berubah.

Baru-baru ini, dilema doktor yang dilantik secara kontrak mendapat perhatian ramai apabila kerap dilaporkan di media cetak, elektronik mahupun media sosial.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada berlakunya lambakan graduan perubatan, sedangkan jawatan yang boleh diisi adalah terhad.

Lee juga mengakui perkara itu dan menyifatkan lantikan secara kontrak dilakukan oleh kerajaan bagi membolehkan graduan perubatan menyelesaikan tempoh latihan selama lima tahun seperti termaktub bawah Akta Perubatan.

Menurut Ganabaskaran lagi, negara akan menyaksikan lambakan doktor muda memasuki sektor swasta dan akan terdapat peningkatan mendadak dalam telekesihatan dan penjagaan kesihatan uber.

Telekesihatan merupakan perkhidmatan kesihatan dalam talian yang menghubungkan pesakit dengan rangkaian doktor dan pengamal perubatan yang luas melalui kemudahan panggilan audio atau video.

“Kita sangat berhati-hati dengan (konsep) telekesihatan ini kerana ia dilakukan tanpa bersemuka dengan pesakit tersebut, di mana sebarang nasihat perubatan akan diberi dengan jawapan tekaan.

“Kita jangkakan akan lebih ramai doktor muda akan secara tidak disangka akan dieksploit melalui model telekesihatan yang dikomersialkan secara melampau dan tidak terkawal,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah bincang2 forum tempohari tentang spital swasta pon penuh
Aku pon google cari spital swasta yg baik dan terdekat.
Review semua macam harrey
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-11-2019 06:20 AM
Setelah bincang2 forum tempohari tentang spital swasta pon penuh
Aku pon google cari spital swasta ...

Try manipal klang. Pcmc pun management pun mcm harrey dan service pun teruk lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 16-11-2019 06:34 AM
Try manipal klang. Pcmc pun management pun mcm harrey dan service pun teruk lah

Iols tak keje around Klang valley
Pcmc review teruk tapi ada kluster untuk my own health, endo neuro psycho gitu..
Plus ada pakej total health screening
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmglah kurang sbb ramai doc x tahan ngan perangai haram jad mo ngan specialist tua kutuk.kerja korang asik nk membuli sesama korang. Bila org pandai bkumpul mcm ni lah jadinya. Bukan nak support each other tp dok menekan HO.. Bila depa habis HO semua pakat nk jd doc kk je. X kuasa nk dok sepital jumpa specialist haram jadah ni. Bila amik master pon masih buli gak. Agak2 x bkenan ngan perangai registrar je mulalah nk failkan. Dasar babi puak specialist tua kutuk yg pi sepital dok membuta je
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ma aku pun dgr ade yg kontrak dh. lambakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Same thing...

Kekurangan engineer, tp engineering grads unemployed

Kekurangan doctor, but medic students no longer given jaminan utk kerja hospital

Kekurangan guru, institusi guru ditutup.


Something wrong somewhere.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:20 AM | Show all posts
pilihanraya tanjung piai lebih dipenting dan diutamakan, sorry to say
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kekurangan doktor dan kakitangan. Tapi patient yg meningkat berganda ganda

Berentila mkn sedap2 6x sehari, dgn msg, gula garam tak terkira pengambilannya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:44 PM | Show all posts
MelahJanda replied at 16-11-2019 02:36 PM
Bukan kekurangan doktor dan kakitangan. Tapi patient yg meningkat berganda ganda

Berentila mkn se ...

berenti la makan terus kak melah...jgn makan terus..terus berpuasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 16-11-2019 02:44 PM
berenti la makan terus kak melah...jgn makan terus..terus berpuasa

Boleh gak puasa selalu buat intermitten fasting. Asalkan badan sihat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 03:42 PM | Show all posts
julielapadite replied at 16-11-2019 10:37 AM
Same thing...

Kekurangan engineer, tp engineering grads unemployed

kekurangan pekerja  tapi warga asing melambak2

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 16-11-2019 06:56 AM
Mmglah kurang sbb ramai doc x tahan ngan perangai haram jad mo ngan specialist tua kutuk.kerja koran ...

Bukan HO je, surgeon pun ramai yg quit gov, masuk swasta. Mereka lagi happy duk kat swasta. Ni menurut cerita 2 of my doctors la. Mereka dulu surgeon kat HKL, then quit sbb tak tahan dgn politik dlm top management.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-11-2019 10:49 PM
Iols tak keje around Klang valley
Pcmc review teruk tapi ada kluster untuk my own health, endo ne ...

total healrh screening mana bagus dan murah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 16-11-2019 09:51 PM
total healrh screening mana bagus dan murah?

Well. Saya buat dengan lab diagnostik macam BP Healthcare atau Pathlab
Untuk specific test macam tiroid pun dah RM370
Tak silap kos health screening BP sama dengan PCMC dalam RM500
Kos screening paling detail di pcmc pun rm2k sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor ramai je dlm gov.tp tu la ramai sgt yg pangkat besor2..lpstu buat keje2 pengurusan..doktor yg diperlukan utk rawat pesakit tak ramai..tp diorg ni pun cpt sgt naik pangkat..lpstu diorg jd gitu la..berada di atas maka kuranglah doktor yg handle pesakit..

Bab dokter muda kena marah tu..ada betulnya jgk kena marah sbb keje ni libatkan nyawa org..tp tu la marah pun berpada2 lah jgn sampai masuk level membuli dh la..
Kena restructure balik la perjawatan diorg ni...and yess i setuju dgn forumer nasihat org msia jaga mkn..asik mkn sdp2 lpstu sakit...susah ok kalau dh sakit..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri x kompeten
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073242 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list