CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5872|Reply: 43

[Tempatan] Budak, 6 tahun kena gigit anjing liar DALAM kawasan sekolah. PERSATUAN Haiwan Ma

[Copy link]
Post time 16-11-2019 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 16-11-2019 09:54 AM

Cedera digigit anjing liar



PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera selepas digigt anjing liar ketika menunggu kelas dibuka di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Haji Awaluddin, Batu 7, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, berkata kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu disedari seorang guru yang kemudian menghubungi polis bagi meminta bantuan.

“Susulan panggilan diterima, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ia berlaku di dalam kawasan sekolah terbabit.

“Mangsa iaitu seorang murid SAR berusia enam tahun mengalami kecederaan selepas digigit di bahagian leher serta tangan dan sudah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Katanya, hasil siasatan pihak polis mendapati, anjing itu dipercayai selalu masuk ke dalam kawasan sekolah itu.

“Pihak polis kemudian memaklumkan kejadian kepada Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Port Dickson (MPPD) dan dimaklumkan bahawa tindakan segera akan diambil.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan di tahan di wad hospital” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 16-11-2019 09:26 AM

Nanti geng2 pencinta haiwan salahkan sekolah sbb tak tutup pintu pagar.

Aku pun syg binatang terutamanya kucing,anjing, harimau dan gajah akan tapi kena ada limit bila melibatkan keselamatan manusia terutamanya budak2 kecik.

Mana2 org yg bela kucing dan anjing aku minta la sgt2 kasi kucing dan anjing angpa.. Bila membiak angpa juga yg susah nak jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:54 AM | Show all posts
sarah82 replied at 16-11-2019 08:50 AM
Nanti geng2 pencinta haiwan salahkan sekolah sbb tak tutup pintu pagar.

Aku pun syg binatang ter ...

penduduk Bandar Tasik Puteri Rawang lebih bijak menangani masalah anjing liar ini dgn segera & pantas.
penduduk mengadu kpd PBT & kelab pecinta haiwan tetapi PBT & kelab haiwan no action talk only.
natijahnya 6 ekor anjing liar mati kena racun.  terbaik penduduk Bandar tasik puteri rawang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat betul tuhan nak tunjuk.. geng acah pet lover mana? Sila beri sepatah dua kata..,  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 16-11-2019 08:54 AM
penduduk Bandar Tasik Puteri Rawang lebih bijak menangani masalah anjing liar ini dgn segera & pan ...

Lps tu kelab pencinta haiwan meroyan.. Depa ni pernah x fikir tentang keselamatan penduduk.

Anjing2 stray ni membiak sebab perangai pemilik anjing la.. Tak nak kasi alasan anjing ada nafsu.. Lps tu dah membiar.. Buang merata2..sama la perangai segelintir pemilik kucing.. Kesannya.. Anjing2 yg asalnya bertuan dan dibuang tak percaya dan agresif dgn manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana pembela anjing dan kucing, kalau nak buang sila berikan kpd members kelab pencintang haiwan ni jaga semua.

Baru ada otak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 09:46 AM | Show all posts
solution:
hantar semua anjing liar ke kawasan perumahan pet lover
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2019 09:55 AM | Show all posts
tgk ja kawasan perumahan team PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) tu tinggal
ada tak kes anjing liar?
dia org sendiri ada bela anjing ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 16-11-2019 09:45 AM
Mana pembela anjing dan kucing, kalau nak buang sila berikan kpd members kelab pencintang haiwan ni  ...

Jgn babitkan kucing..kucing tak gigit orang..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak insf lagi tak tahu lah
Ada akal tapi x guna
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 16-11-2019 08:54 AM
penduduk Bandar Tasik Puteri Rawang lebih bijak menangani masalah anjing liar ini dgn segera & pan ...

Hari tu ada lelaki kena hangkut sbb racun anjing yg cuba gigit anak dia....

Forummer kat sini pun menyalak kata stray dog klu org tak kacau, tak baling batu..dia tak gigit...

So...apa nasib lelaki tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak de yg nk salahkn budak tu ke sbb ada yg kata stray dog takkn kacau org klu dia tak dikacau ...ni mesti budak tu yg baling batu ke..kayu ke...atau budak tu yg gi tokak anjing tu dulu.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl replied at 16-11-2019 09:57 AM
Jgn babitkan kucing..kucing tak gigit orang..hehehe

Kucing gigit jugak uolls. Tapiiiiii idokler sampai mendatangkan kecederaan. Anjing kalo gigit, silap2 ada yg putus. Gigi dan kuku demer lebih besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl replied at 16-11-2019 09:57 AM
Jgn babitkan kucing..kucing tak gigit orang..hehehe

Tapi ramai buang kucing kt area kedai aku sbb dekat dgn restaurant dan food court.

Lps tu tahi kucing melambak.

Buang anak kucing tanpa ibu.

Disebabkan mereka comel, terpaksa la aku tolong jagakan.

Bila dah bersih gemuk, ada plak malaun ambik bawa balik bela.

Camhanat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-11-2019 10:12 AM
Tak de yg nk salahkn budak tu ke sbb ada yg kata stray dog takkn kacau org klu dia tak dikacau ...ni ...

Salah budak tu kak
Dia pi kacau anjing tu
Ajuk anjing tu..
Tu anjing tu gigit..diansakit ati


Hahahahaha...dah kak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-11-2019 10:10 AM
Hari tu ada lelaki kena hangkut sbb racun anjing yg cuba gigit anak dia....

Forummer kat sini p ...

Racun dgn panah baik lg racun. X nampak kejam sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 16-11-2019 11:38 AM
Tapi ramai buang kucing kt area kedai aku sbb dekat dgn restaurant dan food court.

Lps tu tahi ...

Mcm kes aku la.. Aku jaga elok2..siap g deworm dan ubat kutu lagi.. Dah gemuk gebu gabas.. Selamba biawak je ambik x bgtau.. Aku x kisah.. Tapi tgh la bagi aku habiskan vaksin kitten2 tu dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 16-11-2019 08:57 AM
Cepat betul tuhan nak tunjuk.. geng acah pet lover mana? Sila beri sepatah dua kata..,

yg pakcik die bg mkn.. trus jinak anjing tu wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah tajuk ni, dimata pet lovers budak sekolah yang liar kerana mengigit anjing itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067188 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list