CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2771|Reply: 35

[Tempatan] Rakyat Malaysia terlalu membazir air. Gosok gigi pun paip tak tutup. Mcm la air

  [Copy link]
Post time 16-11-2019 10:21 AM | Show all posts |Read mode
'Rakyat Malaysia terlalu membazir'
BERNAMA | | 16 November 2019
.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu lebih berhemah dalam penggunaan tenaga dan sumber asli, khususnya air supaya sama-sama dapat membantu usaha pemuliharaan alam sekitar negara.

Pada Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Malaysia 2019 baru-baru ini, penggunaan domestik air rakyat Malaysia dilaporkan purata 210 liter per kapita sehari.

Ia jelas melangkaui jumlah yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 50 hingga 100 liter per kapita sehari.

Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Zakiah Jaafar dalam ucap utamanya menyifatkan rakyat Malaysia sebagai terlalu membazir dan tabiat buruk itu menyekat usaha menangani isu berkaitan alam sekitar.

Antara isu yang beliau bangkitkan termasuk pengecilan kawasan hutan untuk membentuk kawasan tadahan air, pencemaran sungai akibat bahan kimia dan sisa air yang tidak dirawat dengan baik, di samping bilangan haiwan liar terancam seperti Harimau Malaya yang semakin berkurangan.

Ke arah polisi yang lebih baik

Menurut Zakiah, inisiatif polisi pada masa hadapan perlu meliputi pelbagai aspek lain, termasuk menentukan harga bagi sumber asli dan tenaga iaitu pada nilai yang menonjolkan kepentingannya.

“Untuk menangani cabaran persekitaran ini, kerajaan, industri dan masyarakat madani, perlu sentiasa bermuhasabah dalam menilai cara kita hidup, bekerja, menghasilkan produk dan cara kita menggunakannya.

“Transformasi ini memerlukan kita untuk fokus semula kepada tindak-tanduk kita dan kesan ke atas penyebab perubahan iklim; dan memerlukan satu pendekatan yang menghubungkan semua sektor dengan idea atau matlamat yang sama.

“Ini perlu disokong oleh mekanisme pentadbiran yang baik serta komitmen politik peringkat tertinggi, yang disesuaikan dengan keperluan kita,” katanya pada sesi pleno Mengimbangi Pertumbuhan Ekonomi dengan Kelestarian Alam Sekitar.

Menurut Zakiah, berikutan kebimbangan berterusan pada isu alam sekitar, kerajaan akan memberi penekanan yang sama dalam merangka polisi yang melibatkan tiga dimensi pembangunan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar pada Rancangan Malaysia ke-12 akan datang.

"Keperluan untuk mewujudkan rangka kerja yang mengimbangi pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar semakin kritikal bagi membolehkan polisi yang baik dapat dihasilkan, “ katanya.

Menghadapi perubahan iklim

Pada sesi perbincangan yang sama, Naib Pengerusi Kumpulan Kerja II Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), Prof Dr Joy Jacqueline Pereira memberi amaran bahawa Malaysia, sebagai salah sebuah negara rantau tropika Asia Tenggara perlu mempersiapkan diri untuk berdepan dengan impak perubahan iklim terhadap ekonominya.

Dalam pembentangannya, beliau mendedahkan pembangunan ekonomi di kawasan tropika Asia Tenggara dijangka mengalami impak terbesar, sekiranya dunia mengalami peningkatan suhu 1.5 darjah celcius antara 2030 hingga 2052.

Menurut Pereira, pemanasan global 1.5 darjah celcius sebenarnya kenaikan paling rendah suhu yang diramalkan para saintis dan dunia perlu memastikan ia tidak melebihi daripada kenaikan itu.

Antara kesannya adalah kurang cuaca melampau, kesan rendah ke atas biodiversiti, risiko rendah ke atas hasil pertanian dan hanya 15 peratus kekurangan air.

“Kita akan melihat paras air laut akan terus meningkat, tetapi kurang daripada 10 juta penduduk dunia akan terdedah kepada kesan ini, " katanya.

Beliau menekankan untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 peratus, banyak perubahan perlu dilakukan termasuk pengurangan besar-besaran pengeluaran gas rumah hijau dalam semua sektor, penggunaan lebih banyak teknologi mesra alam, perubahan sikap, selain meningkatkan pelaburan dalam memilih kaedah atau teknologi yang lebih rendah pengeluaran karbon.

Beliau turut menyatakan negara ASEAN perlu mengambil tindakan memandangkan rantau itu sebahagian daripada Asia Tenggara.

"Setiap peningkatan suhu adalah penting. Jika setiap tahun kita berlengah, ia akan menambah kesan kepada perkembangan ekonomi dan impak lain memandangkan rantau tropika ini adalah sebahagian daripada dunia," katanya.

Sidang kemuncak dua hari yang bertemakan ‘Mempercepat Kemajuan SDG: Pendekatan Seluruh Negara’ itu antara lain menyumbang idea serta strategi ke arah pencapaian Agenda 2030 untuk pembangunan lestari serta memperkasakan perkongsian melalui pendekatan seluruh negara dalam mencapai SDG.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 11:05 AM | Show all posts

bagi la free kalau guna kurang 10m padu, menggalakkan pengguna berjimat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun, opismate aku kalau citer pasal hukum hakam kemain mcm setazah tp bila aku tegur dia x tutup air masa gosok gigi dia punya reply "company bayar, tak pe"
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:48 AM | Show all posts
dulu meols pon tak tutup masa tengah gosok gigi. Tapi lepas meols tengok tips dalam rancangan Along kat RTM masa darjah 6 dulu, baru meols tau kena tutup paip yach Itulah pentingnya kempen kesedaran sivik di pelantar media massa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg benci gila jenis bazir air ni.. berus gigi tapi paip air buka mmg aku sound je. Lagi satu jenis ambik wuduk bukak paip air selaju yg boleh.. macam sial perangai.. instead of bazir air, terpercik kat orang sebelah & lantai sebelah basah habis..

Jenis pala otak kata bukan aku yg bayar. Cilaka ini orang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm. Betul gak. Aku tengok instafemes dok ajar exercise, anak dia gosok gigi pun air pasang besar besar. Tahulah budak kecik berapa lama depa gosok gigi. Terganggu pulak aku.  Positif vibe kulu kilir tapi benda basic ni tak diamalkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah bodohnya tajuk tu.. Ni bkn soal ko mampu byr air tu ke tak.. Ni soal pembaziran sumber.. Jgn besok sumber air makin kurg, menyalak sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2019 11:37 AM
Mmg pun, opismate aku kalau citer pasal hukum hakam kemain mcm setazah tp bila aku tegur dia x tutup ...

Ko ckp kt dia.. Ko nak jd sedara setan ker? Hihihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kahkah.. die punya plan nak naik harga haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun, rengsa je tengok jenis membazir air ni. I skang dalam proses ajar anak jangan membazir air masa mandi, gosok gigi and basuh pinggan mangkuk lepas makan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
@R2D2  aku nak request kes mak kandung cuba culik anak kandung dari keluarga angkat kat depan sekolah kebangsaan Cyberjaya... Aku tgk kat ig td..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 16-11-2019 11:48 AM
dulu meols pon tak tutup masa tengah gosok gigi. Tapi lepas meols tengok tips dalam rancangan Along  ...

Sepatut ajar di sekolah Rendah darjah 1-3 Cara guna air, Bersih jamban Dan basuh lantai Kelas...macam Sekolah Jepun
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 16-11-2019 12:55 PM
kahkah.. die punya plan nak naik harga haha

Elok pun naikkan harga air....padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gosok gigi tak tutup air ni mmg pantang sangat kalau nampak. Terlalu membazir air yg dirawat. Water is a precious comodity. Air percuma mmg satu konsep yg mengejutkan bg warga negara maju sbb menggalakkan pembaziran air. Apa2 pun kita bersyukur dpt air percuma tp tolonglah berjimat seolah2 air tu kita bayar seringgit setitik. Sbb org bg percuma kita kena berjimat cermat sbg tanda terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2019 11:37 AM
Mmg pun, opismate aku kalau citer pasal hukum hakam kemain mcm setazah tp bila aku tegur dia x tutup ...

Cam acik2 cleaner kat opis I la.."air free, takpe"
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly ingat air ni berkaitan dgn bil je tp diorg x fikir bila satu masa nnt dunia blh kehabisan sumber air bersih...masa tu nnt menyalak salahkn sana sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 16-11-2019 02:10 PM
Cam acik2 cleaner kat opis I la.."air free, takpe"

Haha acik cleaner sb sekolah x tinggi tp kwn aku tu blajor sampai uitm pun x blh nak guna common sense...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 16-11-2019 12:54 PM
Ko ckp kt dia.. Ko nak jd sedara setan ker? Hihihihihi

Hihi x nk la aku nnt dia gi jaja citer kat satu opis kata aku kedekut...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 05:31 PM | Show all posts
najib888 replied at 16-11-2019 11:54 AM
Aku mmg benci gila jenis bazir air ni.. berus gigi tapi paip air buka mmg aku sound je. Lagi satu je ...

Bolehlah dimaklumi ... Inil;ah cuiri-ciri negara kaya raya ....dan Malaysia masuk klasifikasi ini ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yala.. Berak pun cebok kan. Kalau dah selalu lap guna toilet paper mmg la jimat air.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070770 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list