CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32607|Reply: 119

[Tempatan] Pelajar, 14 tahun dirogol tujuh pelajar lelaki dalam kawasan sekolah di Tawau

[Copy link]
Post time 16-11-2019 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar dirogol di sekolah: Tujuh pelajar lelaki direman
BERNAMA | | 16 November 2019


TAWAU - Tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian dilapor berlaku semalam dan tujuh pelajar berkenaan turut ditahan pada hari yang sama.

"Disahkan ada kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada jam 3.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol.- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tersebut tak ada jaga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanat btol jantan jantan tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..
kat mana2 pon tak selamat dah..
boleh tak jantan gini dimandulkan ke apa..kang sok besar berterabur sperm dia lepas tangan je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
giler la 7 org tu... orang sibuk ambik spm engkorang sibuk merogol pulak. mintak2 cepat mampus la manusia gini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga!
Umur 14, 17 tahun tu sebaya ank2 aku
Apa la nak jd budak2 skrg ni
Siang2 buta plak tu buat keje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pitam baca benda ni la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2019 10:49 PM | Show all posts
kalau tak ada kes rogol
kes cabul
so sekolah pun tak selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap 5 min.. sengsara seumur hidup.. bodo sgtt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilaaaaaaa, hujung2 dilepaskan perogol, bawah umur kaedahnya, masih tak matang dan terpengaruh tanpa sedar nak buat jenayah, Malaysia Darul Kelakar, mohon mampus yang 7 ekor anjing itu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Time Aku belajar Sabah dulu, Ada kes rogol yg horror. Student kena rogol , pastu kena gunting nipple dia. Kisahnya student Tu nak pegi church, tggu bas kat bus stop..tetiba Ada 3 jantan tarik bawak masuk kete..jantan 3ekor Tu mabuk dengar cite. Paling teruk mangsa kena sampai kena gunting nipple. 3ekor Tu org bajau .
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt setiap kelas mmg berkunci lps guna
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya mangsa. Mesti trauma dia. Sedih baca berita macamni. Ini bukan 7 pelajar tapi 7 iblis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2019 07:38 AM | Show all posts
7 pelajar suspek kes rogol masih boleh duduki SPM


KOTA KINABALU: Tujuh pelajar tingkatan lima yang ditahan polis berhubung kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Tawau, masih boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin, berkata walaupun kesal dengan perbuatan kumpulan pelajar terbabit, jabatan itu membenarkan mereka menduduki peperiksaan berkenaan.

“Kejadian ini amat menyedihkan kerana berlaku dalam kawasan sekolah. Kami akan bekerjasama dengan polis dalam menangani kes ini.

“Pegawai Jabatan Pendidikan Sabah juga akan berhubung dengan balai polis, di mana pelajar terbabit ditahan (reman). Mereka masih boleh menduduki peperiksaan (SPM) walaupun dalam tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Katanya, pegawai peperiksaan sudah diarahkan ke Balai Polis Tawau pagi esok bagi membincangkan segala persediaan berkaitan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sekolah terbabit ditemui seorang guru dalam keadaan separuh bogel di sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol oleh dua daripada tujuh suspek terbabit manakala empat lagi bertindak memasukkan kemaluan di dalam mulutnya.

Seorang lagi suspek dikatakan hanya melihat perbuatan keji rakan-rakannya itu.

Susulan itu, guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa sebelum satu laporan polis dibuat pada jam 3.30 petang semalam.

Mistirine ketika mengulas lanjut mengingatkan pengawal keselamatan sekolah melaksanakan rondaan dalam kawasan sekolah seperti dalam kontrak untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

“Pihak sekolah juga boleh meningkatkan pencegahan dengan mengunci bilik-bilik yang berisiko disalahgunakan oleh pelajar,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat sekolah pun ko berani siang2 tak takut kantoi.  Banyak sangat tengok porn eiii jijik dan celaka,  takde bende dalam otak.  Buatpa bagi spm dah merosakkan masa masa depan budak perempuan tu,  memalukan die kat sekolah, durjsna punya budak. Silap2 esok pas spm aman2 dorang lulus,  yang si mangsa dengan trauma,  malu segala tak dapat nak study dengan elok... Mudah mudahan dia tak jadi camtula
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
aku dh thu sek mna, tpi sek tu memg besar
kantin pun smpsai 3, pengusaha yg berbeza
tpi skrg musim spm, biasa pljr tingkt 1-4 dicutikm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
gila ah. kena kt sekolah, time sekolah.. jenuh menjawab la
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
selepas K dan T

sabah juga ada bnyak kes horror

aku harap budak ni bukan dia yg merenyam nak berboyfriend akhirnya jd lauk....

dan aku doakan budak ni dpt hidup dan lupakan kejadian ni

7 ekor setan tu harap mereput dlm sana sampai bebila dan tak boleh balik sabah lgsg dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:54 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 17-11-2019 09:46 AM
aku dh thu sek mna, tpi sek tu memg besar
kantin pun smpsai 3, pengusaha yg berbeza
tpi skrg musim ...

mangsa form 2 knp dtg sekolah? adoi kesiannya kena gangbang. jijik la iols dgr. knp bdk2 zaman skrg low morale ye sampai tergamak nak pikir benda keji cmtu. tak memikir ke akan direport ke polis or cikgu jgk last2. kok ye pun nak jd palyboy takyah di gang bang kt sekolah. mabuk ketum ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 16-11-2019 10:20 PM
Sekolah tersebut tak ada jaga ke?

Kenapa tanya pasal jaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.568917 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list