CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 11

[Tempatan] PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) tetap dengan pendirian jangan zalimi anjing liar

[Copy link]
Post time 16-11-2019 10:41 PM | Show all posts |Read mode
PBT jangan zalimi anjing liar - MAA


PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) tetap berpendirian anjing liar perlu dijaga kebajikan dan tidak dizalimi oleh semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, bukan semua haiwan liar bertindak ganas terhadap manusia dan tidak wajar jika menghukum semua haiwan dengan cara tidak berperikemanusiaan.

“Kes serangan anjing liar adalah kes terpencil. Jadi tidak adil kerana seekor anjing, semua haiwan di jalanan dikenakan hukuman mati.

“Jangan kerana seekor haiwan bertindak ganas (mencederakan orang) kita mahu menghukum dan beranggapan semua haiwan itu ganas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kanak-kanak lelaki cedera digigit anjing liar di Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin, Telok Kemang, Port Dickson, petang semalam.

Mengulas lanjut, Arie berkata, persatuan tidak pernah menghalang PBT melaksanakan penguatkuasaan terhadap haiwan liar, namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan ditetapkan.

Menurutnya, ramai salah faham dengan perjuangan persatuan sehingga ada yang mendakwa pihaknya menghalang PBT mengambil tindakan untuk menangkap haiwan liar.

“Kita tidak melarang sebaliknya mahu PBT laksanakan tangkapan mengikut kaedah ditetapkan dan menjaga kebajikan haiwan bukan secara zalim. Itu yang kita suarakan selama ini dan berharap PBT menjalankan penguatkuasaan dengan baik.

“Orang ramai perlu tahu persatuan tidak mempunyai kuasa dan peruntukan untuk bertindak, sebaliknya hanya berperanan memperjuangkan nasib haiwan dizalimi,” katanya.

Arie berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai isu itu susulan kejadian murid lelaki cedera digigit anjing di kawasan terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tuh, yg gigit sekor anjing je. Macam contoh sorang anggota polis bersalah rompak orang, takkan nak punish semua polis yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-11-2019 11:46 PM
Betul lah tuh, yg gigit sekor anjing je. Macam contoh sorang anggota polis bersalah rompak orang, ta ...

Ko bela.. settle pb.. aku rasa bilangan anjing terbiar same jah byk dgn bilangan non molem kat mesia ni.. murnikan hati belaalaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-11-2019 11:51 PM
Ko bela.. settle pb.. aku rasa bilangan anjing terbiar same jah byk dgn bilangan non molem kat mes ...

Aku dah feed 2 ekor, kalau semua org feed sekor sharing 10 org pun settle masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 01:22 AM | Show all posts
Bodoh betoi macai pembaris lurus ni.. compare anjing ngn anggota pulis yakni seorang manusia..

Mamat dok dalam donia sundri musti tak pernah tahu.. ada kesah, sorang anggota pulis tak mahu amek report.. 1 balai kena tukaq taww.. bagi contoh serupa budak2 sekolah rendah ...

kalo dah prihatin sangat.. buat la tempat besaq2 p jaga sundri... ni apa2 pun tarak.. dok mai tunjuk level bodoh ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 16-11-2019 11:58 PM
Aku dah feed 2 ekor, kalau semua org feed sekor sharing 10 org pun settle masalah.

Oii takat feed aku pun boleh.. 10 ekor mai kat rhmah aku nii.. smpai jiran tego.. kak jgnlaa bagi anjing mkn nanti dia selongkar tong smpah saya.. yg pelik tong smph aku anjing ni tak selongkar la plk..

Mksud aku ko kena bela.. sakit pening anjing ni ko kena bwk vet.. aku kucing jlnan sakit aku bwk vet..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
aduh mentality mana korg bwk masuk ni??
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat sri gombak ni hari hari tong sampah kena selongkar.anjing yg selongkar tu besar...aku rasa klo kokak aku yg dewasa ni pon mau tergolek dog..dapat plak jiran babi..tong sampah sdiri ada...gi masuk sampah dlm tong sampah jiran sbb x nak kena selongkar..kalo sound kan komfem masam muka..benci betul manusia perangai hanjeng ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 07:14 AM | Show all posts
Khaaarrrkptuih
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:58 AM | Show all posts
anjing cam manusia jugak. Sekor pemalu ,bila ada geng , amboi ganasnya.

skali beranak , 5-6. If bagi makan , segar bugar , makin berkembanglah keturunan. If ta bg makan , siannya kurus kering.

Wat prog mandul anjing liar , bilangan vlum tentu bakal kurang. Owner anjing buang anak yg baru di jalanan.Tambah lagi.

kat korea , anjing retis gigit jiran. Meninggal jiran tu. Nak biar , scary . Nak bunuh , kesian. Fening.




Kwn my  dad acik jess bukak shelter.  Sheols keje gomen ja. Hope ramai pet lover wat tindakan camni.Jgn takat keluar air liuq.





http://www.petfinder.my/wagazine ... anjung-rambutan.htm



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 17-11-2019 07:58 AM
anjing cam manusia jugak. Sekor pemalu ,bila ada geng , amboi ganasnya.

skali beranak , 5-6. If b ...

Aku harap piropura buat reban anjing cam nii.. jgn ckp je. Jgn takat bagi mkn je.. aku pun boleh.. bela cam ko bela anak ko.. kbrsihan sakit demam
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Persatuan pencinta haiwan malaysia ni aku nampak sebagai opportunis sajork.. Bukan betul2 pencinta haiwan yg sanggup berhabis duit demi kucing dan anjing jalanan.

Depa patut contohi US punya pencinta haiwan..kat us, bila penduduk alert tentang anjing/kucing jalanan, persatuan pencinta haiwan sana akan ambik tindakan dgn menangkap anjing/kucing jalanan, diantar ke vet utk penilaian kesihatan dan cari keluarga sementara sebelum dpt keluarga kekal anjing/kucing tu.

Depa akan latih semula anjing/kucing jalanan utk jadi haiwan kesygn.

Berbalik citer di Malaysia, persatuan pencinta haiwan asyik ulang siaran kami berbincang dgn penduduk dan PBT tapi tak pulak aku nampak usaha depa membantu mengawal populasi anjing/kucing jalanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.076238 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list