CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1860|Reply: 12

[Tempatan] Pasangan kembar dapat PhD umur 30 tahun

  [Copy link]
Post time 16-11-2019 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Kembar PhD


PASANGAN kembar mencuri tumpuan apabila menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Alam Sekitar pada Istiadat Konvokesyen Ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, hari ini.

Dr Oon Yoong Ling bersama pasangannya Dr Oon Yoong Sin, masing-masing berusia 30 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur bersyukur kerana mereka mampu menamatkan pengajian mengikut tempoh ditetapkan.

Yoong Ling berkata, dia bersama adiknya itu berhempas pulas selama lima tahun dalam pengkhususan pengkajian tenaga berasaskan daripada air kumbahan.

“Sejak kecil, kami berdua gemar melakukan semua aktiviti secara bersama, malah turut berkongsi hobi sama dalam meneroka setiap perkara atau benda baharu dalam hidup.

“Namun, hari ini saya lebih gembira kerana kami mampu menggembirakan ibu bapa dengan menerima PhD dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Bagi Yoong Sin pula, dia lebih selesa untuk mengikut langkah kakaknya dalam melakukan sesuatu perkara.

“Memang dari kecil kakak yang banyak memberi tunjuk ajar dalam pelajaran sehingga kami menyambung pengajian bersama di UniMAP.

“Malah, dia juga tidak selesa jika saya tidak berada di depan mata kerana dia beritahu saya adalah teman suka dan dukanya,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, pasangan terbabit bercita-cita menjadi penyelidik tenaga alam sekitar.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Profesor Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, pada istiadat konvokesyen kali ini, 3,647 graduan menerima anugerah masing-masing membabitkan lapan sidang sehingga Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada gmbar tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:57 AM | Show all posts

tgk orang cina ... lulusan PhD Melayu dok lah merengek tak dpt offer kerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 17-11-2019 08:57 AM
tgk orang cina ... lulusan PhD Melayu dok lah merengek tak dpt offer kerja

Org melayu lain kot.. Kwn2 aku 3-4 org phd.. 2 dok kat uk dan Belanda.. Yg mengajar kat unimap pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:00 AM | Show all posts
sarah82 replied at 16-11-2019 04:58 PM
Org melayu lain kot.. Kwn2 aku 3-4 org phd.. 2 dok kat uk dan Belanda.. Yg mengajar kat unimap pun ...



kan baru baru ini ada thread orang Melayu lulusan PhD tak dpt kerja.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 17-11-2019 09:00 AM
kan baru baru ini ada thread orang Melayu lulusan PhD tak dpt kerja.

Budak tu lbh kepada malas..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-11-2019 09:05 AM
Budak tu lbh kepada malas..

Dunia adalah penjara buat kaum mukmin,tapi syurga buat kaum kapir...

Hassan Ali.
Melayu Islam jati....

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 17-11-2019 10:48 AM
sarah82 replied at 17-11-2019 08:58 AM
Org melayu lain kot.. Kwn2 aku 3-4 org phd.. 2 dok kat uk dan Belanda.. Yg mengajar kat unimap pun ...


Belambak je budak melayu ada phd sarah..... yg ada phd bawah 30 pun ada...

Kau jgn masuk golongan pandang rendah org melayu sarah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:14 AM | Show all posts
DARSITA replied at 17-11-2019 09:00 AM
kan baru baru ini ada thread orang Melayu lulusan PhD tak dpt kerja.

kawan melayu meols bebaru ni grad PhD Bio dan belum dapat kerja lagi, masih mencari katanya. Iols rasa heshe bijak je, cuma bab kerja belum menyebelahi lagi agaknya plus dia tak ambik skim lecturer ASTS/RLKA. Tapi dapat myBrain. Kebanyakan yang belum dapat kerja ni biasanya tak ambik skim RLKA tu. Btw, sepatutnya heshe boleh je diserap jadi lecturer kat school heshe, tapi disebabkan ramai yang tak suka dengan SV dia, so tak pepasal terkena tempias sama...kesian jugak la...apepun rezeki memasing kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-11-2019 10:46 AM
Belambak je budak melayu ada phd sarah..... yg ada phd bawah 30 pun ada...

Kau jgn masuk golo ...

Mana ada pandang rendah.. Utk kes budah PHD merentan tak ada kerja tu saja.. Ramai kot yg keluar terus dpt kerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.111748 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list