CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2317|Reply: 35

[Tempatan] Kaji selidik IDE tak boleh dipakai. Asyik ke laut. Salah memanjang. Syok sendiri

  [Copy link]
Post time 17-11-2019 07:41 AM | Show all posts |Read mode
PRK Tg Piai: Kaji selidik IDE salah lagi, kata penganalisis
November 17, 2019 12:22 AM


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik mempersendakan kaji selidik sebuah badan pemikir dikaitkan dengan PKR, Institut Darul Ehsan (IDE) berkaitan Pilihan Raya Kecil Semenyih dan Tanjung Piai yang jauh meleset.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, dua kaji selidik IDE mengandaikan Pakatan Harapan mendahului Barisan Nasional (BN) dengan 9% sokongan dalam PRK Semenyih dan Tanjung Piai, tetapi hakikatnya perikatan itu muncul sebagai pemenang.

Katanya, kaji selidik IDE pada 9 hingga 11 Nov lalu menunjukkan PH dapat mengalahkan BN di Tanjung Piai, namun sebaliknya berlaku apabila gabungan parti pemerintah itu kalah dengan majoriti 15,086 undi.

“Menggunakan sampel 1,200 pengundi, kaji selidik IDE pada 9-11 Nov 2019 menunjukkan PH mengatasi BN dengan 9%, bila PH mendapat 53% sokongan berbanding 44% sokongan untuk BN dalam PRK Tanjung Piai,” tulisnya di Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata, menggunakan sampel 1,142 pengundi, kaji selidik IDE pada 31 Jan hingga 1 Feb lalu menunjukkan PH mendapat 46% sokongan berbanding 37% sokongan bagi BN pada PRK Semenyih.

“Malangnya, pada akhirnya BN yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Semenyih dengan majoriti 1,914 undi

“Agaknya apa yang tidak kena dengan kaji selidik IDE ya?” soalnya.

Semalam, IDE dilaporkan berkata, PH mendahului BN lebih sembilan mata dalam PRK Tanjung Piai.

Berdasarkan kajian responden, 53% daripada 1,200 responden menyatakan mereka akan mengundi calon PH, Karmaine Sardine, manakala 44% lagi memilih calon BN, Wee Jeck Seng.

Kajian IDE tersebut turut menunjukkan baki 3% akan mengundi calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Badhrulhisham Abdul Aziz, calon Gerakan, Wendy Subramaniam dan dua calon bebas, iaitu Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Tetapi, keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Wee menang dengan 25,466 undi, menewaskan Karmaine yang memperoleh 10,380 undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kaji selidik dibuat puak puak sediri...x semestinya responden jujur...deyol x kuasa nak bagitau org parti mana yg depa sokong...so soal selidik face to face x leh dipercayai seperti poll kat cari porom....hahaha..poll caritizen solid
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:51 AM | Show all posts
Tukar nama jadi pengkaji syok sendiri lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaji selidik level Invoke Rafizi syok sendiri....invoke pun dah melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 17-11-2019 07:51 AM
Kaji selidik level Invoke Rafizi syok sendiri....invoke pun dah melingkup

Tadak Sapa buka tread ka bang piji nak 'bersara jap'
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sini pun ada sorang, nama dia pahlawan, analisis asyik lari dari jangkaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-11-2019 07:56 AM
sini pun ada sorang, nama dia pahlawan, analisis asyik lari dari jangkaan

Knights dah masuk gua kerbau dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-11-2019 08:00 AM
Knights dah masuk gua kerbau dah

semoga pintu gua tu runtuh dengan bongkahan batu besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-11-2019 08:01 AM
semoga pintu gua tu runtuh dengan bongkahan batu besar

Cuba baca yg warkah Tun M tu.. Ada komen yg Agak menarik tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-11-2019 08:02 AM
Cuba baca yg warkah Tun M tu.. Ada komen yg Agak menarik tau

tolong tag aku sarah.. aku online pakai phone. tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-11-2019 08:03 AM
tolong tag aku sarah.. aku online pakai phone. tak nampak

Sat aku tag..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
bodohnya katak2 yg melompat aritu. apa yg korang harapkan dgn kerajaan sepenggal ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaji selidik jadah apa kalah sampai majoriti 10,000. Kelaut sgt kaji selidik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-11-2019 08:02 AM
Cuba baca yg warkah Tun M tu.. Ada komen yg Agak menarik tau

Hg tlg pi mangga pintu gua tu sat...jampi lebih skit hehehe semak jer bdk ni hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:39 AM | Show all posts
tobby replied at 17-11-2019 08:19 AM
Kaji selidik jadah apa kalah sampai majoriti 10,000. Kelaut sgt kaji selidik.

15K tobby bukan 10K......... Banyak tu............
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaji ghapo yer tu.. kelaut sajork
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 17-11-2019 08:39 AM
Hg tlg pi mangga pintu gua tu sat...jampi lebih skit hehehe semak jer bdk ni hehehe

Hahaha.. X nak.. X nak.. Aku suka dia munculkan diri.. Boleh aku kutuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
@Knights aku tau ang online.. Sbb skodeng profile aku.. Ang x nak munculkan diri bagi sepatah 2 kata tentang kemenangan BN kat Tanjung Piai?

Tapi ang x boleh masukkan alasan2 ni utk sepatah 2 kata ang
1. Sungai Buloh
2. Najib ke sungai buloh
3. Undi BN undi Kak mah
4. Aku wanita UMNO

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
riena3321 replied at 17-11-2019 08:12 AM
bodohnya katak2 yg melompat aritu. apa yg korang harapkan dgn kerajaan sepenggal ni

Padan muka mereka. Especially ketua puteri umno, mas ermi hapo tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dia main lambung dadu ja tuh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.235368 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list