CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 725|Reply: 6

[Tempatan] Menteri Persekutuan Menyalahguna Lawatan Ke Sarawak untuk Menimbulkan Kenyataan

  [Copy link]
Post time 17-11-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Menteri persekutuan disekat masuk Sarawak jika menimbulkan provokasi

KERAJAAN Sarawak bertegas  menyekat kemasukan ektremis ke negeri ini termasuk menteri persekutuan yang menimbulkan provokasi.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan menteri persekutuan ke negeri ini atas tugas rasmi dan sebagainya.

Tetapi katanya jika kedatangan mereka untuk menimbulkan provokasi, kerajaaan negeri tidak teragak-agak untuk menyekat mereka.

“Sarawak tidak ada masalah perkauman kerana polisi kerajaan yang baik.

“Sebab itu kita mesti pertahankan negeri kita dan ia agak malang kerana ada individu yang terpaksa kita sekat dari masuk ke Sarawak.

“Kerana jika tidak, seluruh masyarakat kita akan terjejas,” katanya pada sidang media selepas menangguhkan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.  

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS menambah, pendirian kerajaan negeri adalah jelas hanya menyekat individu yang mempunyai rekod.

“Kita tidak menyekat mana-mana individu begitu sahaja, mesti ada rekod. Itu adalah polisi kita untuk menjaga Sarawak.

“Jika mereka datang ke sini atas kapasiti sebagai menteri maka mereka harus patuh kapasiti tersebut.

“Jika datang dibawah kategori lain tetapi bercakap mengenai hal lain, kita tidak boleh benarkan orang seperti ini masuk,” ujarnya.

Abang Johari turut menegaskan bahawa tindakan menyekat golongan ekstremis ini bukan menyalahgunakan kuasa.

Tetapi tegas Abang Johari ia adalah bagi menjaga kepentingan rakyat dan negeri ini.

Ditanya adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan disekat jika datang ke negeri atas kapasiti Setiausaha DAP, Abang Johari berkata ia bergantung kepada perlakuannya.

“Kalau datang sini untuk beri duit mengapa tidak. Tetapi bila datang untuk memprovokasi, kita tiada pilihan.

“Tetapi mesti ada sebab, kerana jika tidak pembangkang akan kata kita takut dengan mereka,” ujar Abang Johari.  - UB

UnReportedNews #iamSarawakian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2019 07:51 PM | Show all posts

Akhir nya..LGE bakal dalam senarai yg tidak dibenarkan masuk Sarawak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 09:39 PM | Show all posts
x apa la..if betul cerita yang aku dengar ini...segala pecakaran Sarawak dengan  dengan malaya akan berakhir pada 2021 nnti
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepik asai nuan

Cerik rasa ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 19-11-2019 09:39 PM
x apa la..if betul cerita yang aku dengar ini...segala pecakaran Sarawak dengan  dengan malaya akan  ...

jadi apa tahun 2021 nanti?
sarawak keluar malaysiakah?

atau tahun itu ada prn sarawak
dan ph menang di sarawak. maka kerajaan negeri dan pusat sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 10:12 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 19-11-2019 10:23 PM
alya_daniela replied at 19-11-2019 09:43 PM
jadi apa tahun 2021 nanti?
sarawak keluar malaysiakah?

mesyuarat PEMANDU MA63 yang diadakan semalam adalah terakhir.

Kalau korg ikut dari awal, antara yg dituntut Sarawak untuk diselesaikan dalam  mesyuarat ini adalah:

1. Pindaan Perlembagan 1(2)
2.Masukkan MA63 dalam Perlembagaan supaya Sabah, Sarawak tidak dimasukkan ke dalam perjanjian 1957 seperti yang berlaku dalam Perkara 160 sekarang.

Semalam, dah keluar kenyataan..perkara telah selesai dan perkara masih masih pending-minyak...akan dilanjutkan perbincangan sehingga ke Disember.

Namun isu tentang pindaan Perlembagaan lansung tidak ada..selesai ka, belum selesai ka..seolah2 tidak dibincangkan lansung..Dari semalam dah rasa pelik..

Rasa pelik tu terjawab...terdengar satu berita. td...tapi masih samar...

Isu 1 dan 2 dah mencapai jalan buntu..Persekutuan masih lagi nak memasukkan Sabah, Sarawk ke dalam Perjanjian Malaya..


sebab semalam, Sarawak btekad dengan pendirian..tidak akan menjadi jajahan malaya..

Tapi Persekutuan juga perlu bersikap adil kepada Sarawak-maka kalau betul la citer ni....2021 akan diadakan referendum 2.6 juta rakyat Sarawak untuk memilih masa depan mereka, nak kekal dalam Malaysia tapi kena jajah atau merdeka

if x...mbe tentera kita dah bz hari ni..bila terkeluar mulut referendum dari kerajaan Sarawak semalam depan PM











Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2019 10:16 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 19-11-2019 10:28 PM

PRN Sarawak akan diadakan pada 2021 bersekali dengan referendum...itu yg ak dngr

namun tunggu la laporan penuh keluar nnti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.262881 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list