CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 9

[Tempatan] AMANAH ajak semua kembali rapatkan saf walaupun parti sendiri pun pemilihan perw

[Copy link]
Post time 17-11-2019 01:58 PM | Show all posts |Read mode
PH akan rapatkan saf, kata presiden Amanah
Dikemaskini Hari ini 10:12 pagi

Susulan kekalahan PH di Tanjung Piai semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata gabungan itu akan berusaha merapatkan kepemimpinan dalam kalangan parti komponen.

Katanya, kekalahan PH adalah hasil pilihan rakyat di Tanjung Piai dan diterima Amanah dengan terbuka namun penuh kesedaran.

“Keputusan itu juga menuntut kerajaan PH agar terus memperbaiki pemerintahan agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dirasai oleh rakyat.

“Di samping itu, kami juga akan berusaha merapatkan saf kepimpinan antara parti-parti dalam PH dan pada masa yang sama mempergiatkan lagi program-program penerangan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataaan hari ini.

Sejak satu setengah tahun memerintah, pergeseran - sama ada di antara parti atau dalaman - semakin mendapat perhatian apabila sesetengah pemimpin sering berbalas kenyataan atau kritikan, selain menyatakan pendirian berbeza dalam sesuatu isu.

Antaranya, pergeseran antara kepemimpinan Bersatu dengan DAP melibatkan isu-isu berkaitan agama dan kaum, dan Bersatu dengan PKR dalam isu peralihan kuasa perdana menteri.

Di peringkat dalaman pula, PKR masih berbalas kenyataan secara terbuka melibatkan dua kumpulan berbeza kesan persaingan membabitkan presidennya, Anwar Ibrahim dan timbalan presiden, Azmin Ali.

Bagaimanapun, Amanah dilihat tidak terlibat aktif dalam pergeseran yang berlaku.

Dalam PRK semalam, calon BN, Dr Wee Jeck Seng, menewaskan pencabar terdekat dari PH Karmaine Sardini dengan perbezaan 15,086 undi.

Calon BN dari MCA itu memperolehi 25,466 undi, manakala Karmaine mendapat hanya 10,380 undi dalam pertembungan enam penjuru.

Pesaing lain ialah calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Berjasa Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi, sementara dua calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Mohamad berkata, keputusan semalam bagaimanapun tidak sedikit pun melemahkan semangat PH, malah menyemarakkan lagi tekad untuk terus bekerja kuat memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kalah banyak kali pun nak baiki lagi ke cibai
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi bubar la parti keldai dap ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X faham2 lg ke isyarat dr rakyat tu.. byk beza undi tu... x faham jgk x tau lah nak ckp apa lg dgn PH ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ko bebas hisap ganja seronokla ko sabun kaki betina
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapat saf ape nye.....selagi dapig yg sumbang uwang....selagi tu la saf tak rapat2...siler bungkus sblm pru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat sabon ni selayaknya la jadi muntri penahan jamban sbb muka heshe da cm tembok..org bodoh je join amanah hamlau yg takde hala tuju nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
PAN Parti kaldai DAP..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 04:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak rapatkan saf apa? Nak ajak DAP semayang jemaah ka?
Formula dia senang ja bang mat oii.. tunaikan manifesto pru14 tu.. selesai..

Hangpa pikiaq pi la macam mana pun, janji jangan dicapatikan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.110096 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list