CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9465|Reply: 74

[Tempatan] Maut selepas raikan majlis harijadi

  [Copy link]
Post time 17-11-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sehirkedi at 17-11-2019 06:15 PM


AHAD, 17 NOVEMBER 2019 @ 3:35 PM
KLANG: Seorang pegawai bank yang baharu meraikan sambutan hari lahirnya maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi semalam.

Mangsa, Nurul Liana Atira Zolkepli, 28, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Adik mangsa, Mohd Syafiq Farhan, 26, berkata ketika kejadian pada jam 2 pagi, Nurul Liana dalam perjalanan pulang ke rumah di Telok Panglima Garang selepas menjalani kursus di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat lalu.

Katanya, selesai berkursus, Nurul Liana yang bertugas di CIMB Bank cawangan Meru, diraikan oleh rakan sekerja sempena ulang tahun kelahirannya pada Selasa lalu.

“Kami diberitahu, ketika dalam perjalanan itu, kereta Honda Jazz dipandu kakak dilanggar oleh kereta lain hingga kakak tersepit dan parah di bahagian kepala.

“Kami juga difahamkan, pemandu kereta berkenaan memandu dalam keadaan mabuk dan melarikan diri sejurus kejadian,” katanya, di sini, hari ini.

Mohd Syafik Farhan berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Nurul Liana meminta ibu mereka menyediakan lauk ikan bilis goreng walaupun makanan itu bukan kegemarannya.

“Itu bukan lauk yang dia suka tetapi hari itu dia minta. Itu yang menghairankan kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pihaknya mendapati kemalangan berkenaan membabitkan dua kereta iaitu kereta dipandu Nurul Liana dan kereta Nissan Almera yang dipandu seorang perunding kecantikan.

Katanya, pihaknya berjaya mengesan pemandu berusia 26 tahun itu selepas 24 jam kejadian itu dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Columbia akibat patah bahu kiri.

“Selepas kejadian itu, mangsa kedua pergi mendapatkan rawatan. Berkenaan dia didakwa mabuk, itu tidak dapat dipastikan kerana polis mengesannya selepas lebih 24 jam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/629343/maut-selepas-raikan-majlis-hari-lahir/amp

* Al-Fatihah untuk arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah untuk keluarga. Sedih sangat.

Yang melanggar memang spesis kurang ajar. Elok kau yg mampos, menyusahkan orang lain! Nyawa yg tak berdosa yg pergi.. Dah langgar boleh blah gitu je!! Kau ingat polis tak boleh cari kau ke!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik ikan bilis pon nak menghairankan . walopon bukan kegemaran katanya... kalau mintak babi golek tu hairan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:16 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

Mohd Syafik Farhan berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Nurul Liana meminta ibu mereka menyediakan lauk ikan bilis goreng walaupun makanan itu bukan kegemarannya.


Seriously wartawan Malaysia ni mmg bodoh ke.
Mcm x de mende nk tanya tiap kali berlaku kemalangan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahi wainnaillahi rajiun, semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beruntung disana nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirojiun..salam takziah


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah... Innalilah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah. salam takziah. makhluk bingai mna yg larikn dri mmndu dlm keadaan mabuk tu hrap dpt dtangkap sgera.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cilake driver Nissan almera tu lps langgar org aman2 je ko lari pastu check in kt private hospital, xde buat report ke hape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ulang tahun kelahirannya hr selasa - 12 Nov
pergi mengadap Ilahi - 17 Nov

sesungguhnya ajal itu rahsia Allah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
btw,arwah ni cantik juga org nya
ingatkan Fazura td ms sekali pandang gambar dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka pokey mark mabuk hancing ada?

Species anak haramjadah dengan perangai membabi nya tak abis2 buat hal atas jalanraya.

Karma will soon catch up with this bitch.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga arwah
Cantik orangnya manis
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau suruh haramkan arak nnt kata tak mabok pon boleh langgar orang
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:49 PM | Show all posts
Yang Selangor benarkan minum arak di khalayak umum aku xbersetuju .Kita ,Malaysia negara Islam  . Tidak melambangkan negara Islam sekiranya arak boleh diminum di khalayak umum. Dah bagi kelab malam dan bar ba rmaksiat ko teguk lah arak disitu. Kalau aku jadi PM aku haramkan babi dan arak di Malaysia dan cukai pun aku letak 900%
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanatnya driver dah langgar remuk macam tu boleh lg lari eh. Tah macam mana la rupa kereta satu lagi tu. Takziah buat mangsa sekeluarga. Semoga mendapat keadilan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 17-11-2019 06:16 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun



Memang dari zaman tok kaduk lagi wartawan pasti akan tanya - apakah perangai pelik arwah sebelum meninggal dunia?

Macam dah tak berkembang otak mereka!

Al-Fatihah kepada arwah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu blh elakkan memandu tatkala dinihari mcm tu..ada mcm2 org dan syaitan keluar masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya yg memandu mabuk dan menyebabkan kematian hukum gantung jugak sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan wajib wartawan malaysia... Ada tanda2 pelik tak sblm die??? Wadafakof
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka macam skandal bangkem dulu..

Terkejut gak kejap tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.089111 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list