CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4631|Reply: 47

[Tempatan] Bekas doktor pelatih bangkit dari hinaan masyarakat. Kini usahawan aksesori tele

  [Copy link]
Post time 17-11-2019 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Hinaan jadi pemangkin





BEKAS doktor siswazah ini disahkan menghidap penyakit gangguan bipolar tahap dua ketika menjalani latihan perubatan selama empat tahun di sebuah hospital di Pahang.

Lebih malang, penyakit itu menyebabkan lesen perubatannya ditarik sebelum diberhentikan kerana gagal menamatkan latihan berkenaan dalam tempoh ditetapkan pada 2015.

Biarpun kecewa tetapi peristiwa itu menjadi titik tolak kepada perubahan hidupnya yang membawanya meneroka bidang perniagaan sehingga kini bergelar usahawan berjaya.

Dr Muhammad Farhan Mohamad Nor, 31, bakal membuka cawangan kelima kedai menjual aksesori telefon bimbit di Raub, Pahang. Dua cawangan di Temerloh manakala di Jerantut dan Jengka masing-masing satu cawangan.

Lebih membanggakan setelah empat tahun mengusahakan perniagaan itu, hasil jualan empat kedai Dr Muhammad Farhan mencecah RM1.2 juta tahun lalu.

Menurutnya, kejayaan dikecapinya tidak datang bergolek dan bukan mudah dia berada pada tahap ini kerana mengharungi pelbagai cabaran yang menguji semangatnya.

“Paling mencabar pandangan serong orang ramai yang melihat saya menjual aksesori telefon bimbit di pasar malam dan kaki lima selepas ditamatkan latihan perubatan.


“Ada yang memandang rendah apabila mengetahui saya menghidapi penyakit ini (gangguan bipolar) dan menganggap saya tidak mempunyai masa depan.

“Namun, segala hinaan dan sindiran ini saya jadikan sebagai perangsang untuk membuktikan mampu lebih berjaya berbanding orang lain meskipun sakit dan tidak normal,” katanya yang turut dikesan menghidap autisme tahun ini.

Katanya, dia tidak membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan untuk memula dan mengembangkan perniagaannya.

“Modal memulakan perniagaan ini RM200 daripada hasil jualan di pasar malam. Setiap keuntungan diperoleh saya mengumpulnya sehingga boleh membuka kedai pertama dan berkembang ke cawangan kelima.

“Rahsia kejayaan saya ialah sentiasa tekun, tidak berputus asa dan memberi fokus terhadap perniagaan sehingga berjaya,” katanya.

Kata graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia menjadi usahawan kerana minat sejak kecil dan mempelajari ilmu perniagaan menerusi laman sosial.

“Memandangkan perniagaan semakin berkembang, saya mempelajari ilmu perniagaan yang lebih tersusun bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Saya ingin menasihati doktor pelatih yang gagal menamatkan latihan supaya tidak berputus asa dan bukan bermakna kegagalan itu selama-lamanya.

“Ada banyak lagi peluang yang boleh membantu mereka lebih berjaya. Saya sendiri tidak menyangka beralih bidang daripada perubatan kepada aksesori telefon bimbit,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, dia merancang memperkenalkan kedai aksesori telefon bimbit menggunakan lori untuk membantu belia yang tidak mempunyai pengalaman menceburi bidang perniagaan.

“Inisiatif ini tercetus apabila melihat ramai sukar mencari pekerjaan dan perniagaan ini membuka peluang perniagaan kepada mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn rezeki ko nak jd docto.. kalo jd dokto pun so so jahh.. baik buat yg ko leh bggakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...rezeki ada dimana2 kalau diusahakan...tahniah bro!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:56 PM | Show all posts
jadi...
mcmana ya...? layak kah dia digelar @ ditulis 'dr' dpn nama...?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..tahniah..


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 17-11-2019 06:56 PM
jadi...
mcmana ya...? layak kah dia digelar @ ditulis 'dr' dpn nama...?

imo,  x bole la kan sbb x habis latihan,  so xde licence
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi doktor gomen, selepas 5 thn pun tak merasa 1.2 juta untung tu.
Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pernah baca berita pasal ex doc ni tahun2 lepas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
ada hikmah di sebalik kejadian sblm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaamsar replied at 17-11-2019 08:55 PM
Macam pernah baca berita pasal ex doc ni tahun2 lepas

I pun
Dua tahun lepas heols baru bermula kedai sebiji
Pada I he didn't need the oku card at all. There are modern treatment for his case, sembuh in 2-3 months
Tapi itu takdir mungkin niat dia mmg nak jadi jutawan pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 17-11-2019 10:00 PM

bipolar org x hina pn dia rasa dihina. anyway, tahniah rezki ditmpt lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 17-11-2019 09:14 PM
I pun
Dua tahun lepas heols baru bermula kedai sebiji
Pada I he didn't need the oku card at all. ...

Tahniah utk ex doc ni. Xfhm mcmna heol baru disahkn otisem taun ni. Adakah sejak kecik da otisem tp xpernah cek ataupun disbbkn bipolar heol kd otisem
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la ya. Semoga jd inspirasi utk yg lain. Rezeki ada di mana2 asalkan rajin usaha & x putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 17-11-2019 09:14 PM
I pun
Dua tahun lepas heols baru bermula kedai sebiji
Pada I he didn't need the oku card at all. ...

Mungkin rezeki dia dalam business kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tetap bangun lepas jatuh.. Bangun dengan bergaya gitu.  Aku doakan kejayaan sentiasa bersama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 17-11-2019 08:37 PM
imo,  x bole la kan sbb x habis latihan,  so xde licence

Lepas grad, sumer bergelar doktor. Latihan housemanship wajib habiskan kalau nak continue working as doctor. Bkn rezeki dia utk habiskan housemanship.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki ada di mana2 shj.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 17-11-2019 11:24 PM
Lepas grad, sumer bergelar doktor. Latihan housemanship wajib habiskan kalau nak continue working  ...

Xpe...dia pun hepi dah kot...xde tittle doctor pun mampu berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena Hina sebab berniaga Kat Pasar Malam Kan...

Kesian...Macam mana la dia berdepan dgn semua tekanan.

Tapi sekarang ni dia job creator....bukan senang...even Melayu DEB pun Tak mampu buat
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bellaamsar replied at 17-11-2019 08:55 PM
Macam pernah baca berita pasal ex doc ni tahun2 lepas

Betul.kene cerca sbb berhenti dr kemudian jual aksesori telefon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067729 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list