CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 14

[Tempatan] SCAM: Penoreh getah rugi RM184,999. Bank kan boleh trace maklumat akaun penerima

  [Copy link]
Post time 17-11-2019 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Simpanan RM184,999 lesap akibat percaya 'pegawai polis'
November 17, 2019 10:05 MYT

KUANTAN: Seorang penoreh getah mendakwa kerugian RM184,999 selepas mempercayai dakwaan 'pegawai tinggi Bukit Aman' untuk memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang tidak diketahuinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa suspek meminta dia berbuat demikian kononnya bagi tujuan siasatan kerana maklumat perbankan peribadinya telah disalah guna pihak ketiga.

Mangsa mendakwa dia pada mulanya dihubungi seorang lelaki mendakwa kakitangan bank pada Khamis lepas memaklumkan dirinya mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM7,000 menerusi kad yang didaftarkan di Kuala Lumpur.

"Panggilan itu dikatakan disambung ke pegawai polis Bukit Aman kerana memerlukan siasatan lanjut ekoran kad pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa termasuk nombor CVC yang ada di belakang kad itu telah diketahui pihak ketiga.

"Mangsa mendakwa pegawai polis itu telah mengarahkannya untuk memindahkan semua wang simpanannya ke empat akaun berbeza yang diberikan suspek bagi memastikan wang itu tidak hilang dengan jaminan akan dipulangkan dalam tempoh tiga hari," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa yang bimbang wang simpanannya termasuk wang pusakanya hilang, telah mematuhi semua arahan diberikan suspek dan tidak membuat semakan dengan pihak bank kerana 'menunggu' tempoh masa yang diberikan.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak dapat menghubungi suspek selepas tiga hari menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, seorang remaja lelaki dari Benta, Lipis mendakwa kerugian RM800 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian tiket loteri di laman sosial, yang diiklankan pada 4 Nov lepas.

Mohd Wazir berkata mangsa, 19, mendakwa telah berurusan dengan suspek menerusi nombor WhatsApp yang tertera di iklan itu dan diminta membayar RM300 bagi mendapatkan tiket loteri yang dikatakan mudah menang.

"Suspek membuat bayaran itu pada 6 Nov lalu dan pada 8.30 malam hari sama, dia dimaklumkan nombor tiket loteri itu menang, namun disyaratkan perlu membayar RM500 sebelum dapat menuntut wang kemenangan.

"Bagaimanapun dia mendapati nombor telefonnya telah disekat daripada menghubungi suspek selepas selesai membuat pembayaran itu," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Scam ni tiada kesudahan
Dah diwar war cara penipuan pun masih ada yg tertipu
Pihak berkuasa malas nak siasat
Bank lepas tangan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau duit gaji tersilap masuk, bank helok pulak buat correction kan kan???

Btw, patut ada pasukan pemantau transaksi yg pantau transfer duit banyak (lebih RM15k), atau berkali kali dalam tempoh yang singkat...

Sila buat profiling high vulnerable customer...cam warga emas dsb.

Duit scam ni banyak mengalir keluar negara kot...rugilah kalau tak tangani dengan proaktif.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Penoreh getah lagi banyak saving dr aku.. sodehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayanya penoreh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
anish911 replied at 17-11-2019 07:47 PM
Penoreh getah lagi banyak saving dr aku.. sodehhhhhh

Khuenssss.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x berfungsi pon bank, polis dlm menangani scammer. Kalau wani hasrita laju je kan setel.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 17-11-2019 08:50 PM
Khuenssss.

Nangis d bucu tilamm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2019 11:02 PM | Show all posts
bank mmg jahat. x nk bg kerjasama. sial sgt perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja orang kerja bank ni ....
Kalau tidak mana scammer tau orang tu ada banyak duit dalam akaun?

I dah 2x dapat call scammer.
Telefon rumah pun ada..
Anak2 semua i dah ajar.. Kalau ada orang dari court, dari bank, dari balai polis telefob rumah letak aje...

Hina dina sungguh scammer ni..
Kecik2 tak nak mati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2019 11:13 PM | Show all posts
scammer fokus yg byk duit
yg duit sikit, buang masa scammer je nak call
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat gomen PH, penoreh usia 45 dah ada saving hampir 209k.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 17-11-2019 08:06 PM
Kayanya penoreh..

Zaman PH je penoreh jadi kaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 07:14 AM | Show all posts
hebat juga zaman PH
scammer semakin ramai
tak berani ambik tindakan
takut hilang undi

sekian
on behalf
menteri fake degree
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:08 AM | Show all posts
pelik kn, rata2 yg kene scammer ni org keje mcm2

tapi tak pernah 1 kes ada 1 perkerja bank, manager bank, kene scam atau duit hilang tetiba ke

mgkin byk makan riba sangat, tu yg hati jadi gelap

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065016 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list