View: 2608|Reply: 36
|
[Tempatan]
Di Ranau, anjing tiba-tiba kejar kumpulan murid. Murid Tahun 1 parah digigit anj
[Copy link]
|
|
Murid Tahun 1 parah digigit anjing
RANAU: Seorang murid perempuan Tahun 1 parah selepas diserang seekor anjing ketika pulang dari sekolah, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lipasu itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama beberapa rakannya.
Bagaimanapun, ketika berada kira-kira 300 meter dari luar kawasan sekolahnya, seekor anjing tiba-tiba mengejar kumpulan murid berkenaan menyebabkan mereka lari berpatah balik ke dalam sekolah.
Namun, mangsa dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri sebelum terus diserang anjing berkenaan.
Rakan mangsa yang berjaya kembali ke sekolah kemudian melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum mereka bergegas ke lokasi untuk menyelamatkannya.
Pengawal keselamatan itu kemudian membawa mangsa ke dalam kawasan sekolah sebelum dihantar mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Pengarah Pendidik Negeri Sabah, Sr Mistrine Radin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa dihantar oleh gurunya ke hospital.
Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, mangsa selalunya dijemput pulang dari sekolah oleh bapanya, namun pada hari kejadian, bapa mangsa dikatakan terlewat sampai ke sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan anjing2 jalanan seMalaysia mogok ke apa ni.. Pakat buat serangan bertali arus terhadap manusia gitu.. Nak suruh persatuan pencinta haiwan Malaysia buktikan mereka adalah pencinta haiwan yg sanggup bergadai demi haiwan jalanan bukan ckp saja tapi habuk pun tada |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak de yg provoke, takdenye anjing tu nak gigit2 gjtu
-pencinta menatang anjing |
|
|
|
|
|
|
|
“Difahamkan, mangsa selalunya dijemput pulang dari sekolah oleh bapanya, namun pada hari kejadian, bapa mangsa dikatakan terlewat sampai ke sekolah.”
Salah bapa budak tu. Kenapa terlewat jenput anak?anjing tak salah, anjing tiada akal, jadi kita manusia ni jangan lewat jemput anak..
-pendokong hak2 anjing jalanan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 18-11-2019 07:41 AM
najib888 replied at 18-11-2019 07:25 AM
Kalau tak de yg provoke, takdenye anjing tu nak gigit2 gjtu
-pencinta menatang anjing
Betul la. Bebudak memang kuat mengacau anjing di tempat akak ini. Anjing tidur2 pon pi baling batu, cucuk2 kayu. Pehtu bila anjing salak, terjerit2 kesukaan mintak dikejar. Cikgu2 selalu jerkah bebudak SMK dan SK tempat akak yang suka kacau anjing huntuk hiburan.
Budak pompuan ni barangkali takda kacau anjing but karna dah berdendam karna sering diganggu bebudak sekolah, bila nampak ja bebudak pakai uniform, anjing ni terus kejar dan gigit.
Macam anjing family akak dolu masa kecik, jiran akak pi cucuk mata guna kayu sampai buta sebelah mata. So bila nampak ja kelibat acik tu memang anjing tu menyalak sambil kejar nak pi gigit. Anjing akak tu betina, well mannered sangat ok. Orang lain, even stranger lalu lalang pon dia diam tak salak. Dan masa anjing tu kena cucuk mata, sheol sedang tidur. Acik jiran akak tu memang mental sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
anjing2 liar ni patut dimatikan ajer..
klu nk bela biar yg berlesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah memang begitu pun procedure nya... anjing liar selalunya ditangkap PBT dan dimatikan dengan suntikan maut (kalau takde yang menuntut).. Nak bela memang kena apply lesen dari PBT.
Yang jadi masalahnya, bila PBT tangkap anjing, geng pencinta haiwan ganggu tugas penguatkuasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
jgnkan bebudak..yang tua2 pun rajin menganjing..
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu la
Lain kali kalau warga myanmar, vietnam nak makan anjing biar kan je la.
Tak yah nak acah2 jadi pencinta haiwan sgt.
Lagi2 kalau anjing liar, kasi ke bebudak vietnam ni lauk..biar berkurang populasi anjing liar. |
|
|
|
|
|
|
|
Naya budak ni. So berapa ramai lg nk jd mangsa baru langkah drastik nk diambil ?? Geng2 yg byk bunyik pun elok disuntik mati jua |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 18-11-2019 10:04 AM
kucingitam replied at 18-11-2019 09:49 AM
jgnkan bebudak..yang tua2 pun rajin menganjing..
Tu la.
Akak ingat hada sekali akak disalak segerombolan anjing dalam 3-4 ekor. Siap acah2 nak gigit. Akak berdoa sajork dalam hati lalu acah2 berani berjalan penuh tenang lalu depan deyols walau jantung berdegup kencang. Memang kecut gak perut sebab deyol salak2 sambil menghampiri akak, but akak buat rilek. Akhirnya akak berjaya jugak melalui dugaan tu. Punya la lega bila tak jadi hapa.
Akak sering teringat pesan urang tua Borneo, jangan lari if anjing salak. Dan jangan pegang kayu or batu karna nanti deyol ingat ko nak attack deyol. If disalak, jalan ja, buat muka tak peduli, acah rilek, bertenang walau dah kecut perut. Alhamdulillah berkesan. Tapi terpakai huntuk anjing kampung jah ya. If Rottweiler, akak pon takleh nak tolong. Dan petua ini juga tidak terpakai huntuk anjing super bitch kunon dok dendiam tak salak ko, tetiba bila ko lalu depan dia, dia pi ngap kaki ko. |
|
|
|
|
|
|
|
bg kt org vietnam, depa pandai settlekan bab anjing nih...... |
|
|
|
|
|
|
|
btol2..aku pon penah kne keja anjing siap campak beg skolah sbb berat..lmbt nk lari..
elok lak kne kt anjing tu..mencicit die lari..
|
|
|
|
|
|
|
|
tangkap sekali geng2 ni..
buh sekali dia ngan anjing2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab aku dah dua kali berhadapan dengan detik ngeri dikejar anjing masa jogging aku memang harap sangat majlis perbandaran/bandaraya ambil langkah proaktif untuk tangkap dan lupuskan anjing-anjing liar ni. Kalau dah sampai boleh membahayakan memang elok sangat lah dilupuskan sahaja.
Aku memang ban anjing liar ni. Trauma. |
|
|
|
|
|
|
|
area Sabah bukan ka ada org Vietnam
mcm mana boleh ada lagi anjing liar?
patutnya mereka la uruskan |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 17-11-2019 05:51 PM
Itu la
Lain kali kalau warga myanmar, vietnam nak makan anjing biar kan je la.
Tak yah nak acah2 j ...
eksport ke korea mereka pun suka makan anjing |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-11-2019 06:01 PM
Tu la.
Akak ingat hada sekali akak disalak segerombolan anjing dalam 3-4 ekor. Siap acah2 nak ...
i ada rotie my rotie if beliau mula growl better freeze jangan bergerak langsung .....if 1 jam bukan masalah i begituuuuu ..sama juga seperti my pittbull ... kalau yang jenis owner keparat nasib lah tidak ada sign langsung rotie akan serang ...but di malaya yang bela rotie memang di trained untuk ganas dengan strangers bukan cara yang betul .... masalah nya dog haters terutama kanak kanak suka tease dan taunted ... if tidak nasib baik memang chain boleh tercabut .... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah kena gigit anjing, tak kacau pun tapi anjing tu memang jenis mengigit.
kejadian masa kecik belum sekolah lagi pun, yang aku ingat kami ramai2 cuba lari tapi aku yang paling belakang dan kena gigit dibelakan. menjerit sampai habis suara sampai pengsan. tu jak ingat.... parut masih ada dibelakang |
|
|
|
|
|
|
| |
|