CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2006|Reply: 12

[Tempatan] AMANAH nafi Ahli Parlimen Temerloh kritikal

  [Copy link]
Post time 18-11-2019 12:01 AM | Show all posts |Read mode
Amanah nafi Ahli Parlimen Temerloh kritikal
| 17 November 2019


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok sejak sebulan lalu.

Timbalan Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, perkembangan kesihatan Mohd Anuar yang juga tImbalan menteri kerja raya itu amat positif dan stabil selain boleh berkomunikasi dengan baik.

Menurutnya, Mohd Anuar menunjukkan tindak balas memberangsangkan sepanjang tempoh menerima rawatan dan tahap kesihatan memuaskan.

"Amanah menafikan khabar angin tersebut. Doktor yang merawat beliau turut mengesahkan tiada pembedahan yang akan dijalankan ke atas beliau sebagaimana berita yang tular di media sosial.

"Untuk makluman lanjut, Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung Amanah mula menjalani rawatan fisioterapi pada awal minggu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Ahmad Kerdee berkata, pihaknya berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Mohd Anuar.

Mohd Anuar dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman Hospital Kuala Lumpur sejak bulan lalu akibat strok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg tiba2 pengsan dlm parlimen tu kan? Aku dah agak strok.. Sbb percakapan dia slur dah masa mula2 berucap
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 12:14 AM
Yg tiba2 pengsan dlm parlimen tu kan? Aku dah agak strok.. Sbb percakapan dia slur dah masa mula2 be ...

Tak berbaloi masuk politikk gaduh gaduh gaduhh ujung ujung dicaash Tuhan kena strokla serangan jantunglaaa.. masuk politik very toughhh .musuh keliling pinggang..syed sadiq tuu skit lg kerepotlaa sbb stress..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-11-2019 05:28 AM
Tak berbaloi masuk politikk gaduh gaduh gaduhh ujung ujung dicaash Tuhan kena strokla serangan jan ...

Aku dengar cara dia ckp mula2..lps tu cara dia jatuh aku dah agak dah.. Ni mesti strok.. Darah tinggi naik la tu.. Lupa makan ubat
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
letak jawatab jelah.. n prk lg... hoyehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:56 AM | Show all posts
Kalaulah, aku kata kalau... kalau parlimen Temerloh kosong.. ada baiknya bubar parlimen terus..Alang-alang dah nak sangat pilihanraya... dengan dok bergocoh parlimen Batu lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 09:10 AM | Show all posts
Tengok keputusan PRU14, kalau ada PRK lagi,.
BN+Pas vs Amanah, konfem PH melingkup...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2019 09:40 AM | Show all posts
dino replied at 18-11-2019 07:52 AM
letak jawatab jelah.. n prk lg... hoyehhh

tak setuju
nanti ECRL melencong ke Temerloh la pulak
laluan ECRL akan jadi cacing kerawit
semua tempat PRK,  PH tabur janji laluan ECRL

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:52 AM | Show all posts
R2D2 replied at 18-11-2019 09:40 AM
tak setuju
nanti ECRL melencong ke Temerloh la pulak
laluan ECRL akan jadi cacing kerawit

beberapa hari sebelum temerloh kena banjir.. boleh ramai ramai cabut naik ecrl.. @noraidil_06 ..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 18-11-2019 09:52 AM
beberapa hari sebelum temerloh kena banjir.. boleh ramai ramai cabut naik ecrl.. @noraidil_06 ..
...

Temerloh mana banjir sgtnye. Ala ok apa.ecrl msk Temerloh.

Sebenarnye koi lsg x kenal mp ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu ada pun prk harap bukan dlm masa terdekat ni. nanti parlimen jadi kosong, mentri tukar jadual keje , byk urusan kerja dan temujanji tergendala sbb sebok turun berkempen.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah x sihat tu bersaralah. Letak jawatan secara baik. Jgn gigih sgt mengaku sihat sbb nak kejar elaun & pencen.  Jgn jd mcm bekas MB Kedah. Dah kena stroke pun masih mengaku sihat sambil buat aksi bangun dari wheelchair
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.351451 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list