CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1003|Reply: 5

[Tempatan] Negara tak cukup pakar mata la pulak!

[Copy link]
Post time 18-11-2019 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Negara kurang pakar mata - Menteri


KUALA SELANGOR: Hospital kerajaan di negara ini hanya mempunyai 310 pakar mata, jumlah yang tidak mencukupi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekurangan itu mengakibatkan bebanan kerja meningkat dan mengurangkan keberkesanan sistem kesihatan mata.

“Pemeriksaan mata perlu dijalankan sekiranya menerima rujukan dari klinik kesihatan atau pusat rawatan harian.

“Barangkali hendak berjumpa dengan pakar mata, pesakit terpaksa menunggu lebih lama untuk merujuk kes di hospital kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2019 di Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa, Bukit Rotan, hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 200 graduan dalam jurusan optometri di negara ini setiap tahun.

Menurut Dzulkefly, pihaknya mempunyai 2,300 pakar mata meliputi hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara.

“Pakar mata dari sektor awam berkebolehan dan berpengalaman kerana berdepan dengan pelbagai jenis penyakit mata dengan jumlah pesakit yang tinggi setiap hari.

“Jumlah pakar mata swasta yang ramai boleh dimanfaatkan untuk aktiviti rutin pemeriksaan mata dan saringan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program NEHA, Dzulkefly berkata, seramai 670 golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menerima cermin mata percuma.

Menurutnya, program itu anjuran The Association of Malaysia Optometrist (AMO) selain penaja korporat dan beberapa universiti awam dan swasta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun. Dalam banyak2 department kat spital gomen, tunggu jumpa doktor mata yang paling lama. Pesakit pun berganda ramai banding dengan jumpa specialist lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 07:12 AM | Show all posts
gaji doktor pakar swasta RM60K
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:42 AM | Show all posts
Kalau pagi-pagi pegi GH Penang. Boleh nampak berapa ramainya patient nak dibandingkan dengan Doktor yang berapa orang je. Beratur nak register tu ramainya siap penuh koridor.

Diaorang buat keje pun memang abih settle patient ni terus sambung next patient kadang nak tanya lebih2 pun kesian kat diaorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:03 AM | Show all posts
apo bondo Dr Dzul ni....kenyataan ni cerita aje.....solution mano.....siapo siapo pong bulih cerita....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:02 PM | Show all posts
memang..kat NS..lansung x de pakar..iols diminta pegi prince court atau KPJ tawakkal..kat gomen ..x penah check plak..takut beratur panjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.153389 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list