CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2384|Reply: 7

[Tempatan] Pelajar perubatan mati jatuh tingkat empat library

[Copy link]
Post time 18-11-2019 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar perubatan maut jatuh bangunan


SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perubatan ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat empat perpustakaan sebuah universiti swasta, di sini, petang tadi.

Mayat mangsa iaitu lelaki berusia 19 tahun berasal dari Pulau Pinang ditemui pelajar lain selepas terdengar bunyi mangsa terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mangsa maut selepas dipercayai mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang kepala, selain kaki kiri mangsa terdapat kesan melecet.

“Siasatan awal mendapati mangsa pelajar semester pertama dan baru empat bulan belajar perubatan di sini, di mana dia sebelum ini juga pelajar foundation (pra universiti) di sini.

“Keputusan sebelum ini cemerlang iaitu 3.85. Kita juga sudah semak dengan pihak pentadbiran dari segi yuran dan sebagainya. Namun pelajar ini tiada apa-apa masalah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti mengapa pelajar itu naik ke tingkat empat iaitu kawasan penyelenggaraan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Adzli berkata, beliau sudah bertemu dengan keluarga mangsa dan berdasarkan maklumat, bapa mangsa ada menghubungi pelajar itu pada jam 2.30 petang tadi.

“Keluarga sepatutnya bertemu dengan mangsa hari ini untuk menghantar baju serta rantai.

“Namun pada jam 3.30 petang keluarga mendapat panggilan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada pelajar itu mengalami tekanan atau tidak susulan difahamkan esok mangsa akan menduduki ujian.

“Saya ada bertanya beberapa pelajar dan ada antara mereka melihat pelajar ini menaiki tangga seorang diri sebelum kejadian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aimst student la ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri la tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 12:17 AM | Show all posts
esok dia ada exam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:32 AM | Show all posts
tekanan ke.alahaiii hrp2 bukanlah dah lah esok  nak exam kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Putus cinta kah?tak pun kena buli secara mental..jgn ingat kt uni xde kes buli,tp dorg pandai simpan jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 08:46 AM | Show all posts
harap polis siasat betul2...mcm sesuatu sgt... mgkin kah mangsa diumpan utk naik ke tgkt 4 itu utk confront somebody ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:20 PM | Show all posts
misterius....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.255039 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list