CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2032|Reply: 22

[Tempatan] RM60,000 lesap ditipu scammer hartanah

[Copy link]
Post time 18-11-2019 12:16 AM | Show all posts |Read mode
Lebih RM60,000 simpanan hangus! Pasangan ini kena ‘kencing’, bakal abang ipar kononnya nak jual rumah corner lot - "Saya harus perah keringat, bermula dari kosong"

SUDAHLAH rumah yang dijanjikan tak dapat, wang simpanan pula lesap!

Nasib malang inilah yang menimpa pasangan suami isteri apabila keinginan untuk memiliki sebuah rumah corner lot sebagai aset untuk masa depan musnah!


Tampil menjelaskan perkara itu, Masturah Abu Bakar yang terkilan dengan apa yang berlaku mendakwa ditipu orang yang dikenali dalam urusan jual beli rumah berkenaan.

Posting yang dimuatnaik oleh Masturah tular di laman Facebook.

"Tanggal 11.11 sangat bermakna kerana sudah lapan tahun usia perkahwinan kami dan hari ini juga ulang tahun perkahwinan yang paling tragis. Kami ke balai polis untuk beri keterangan.

"Sudah beberapa hari saya cuba menghadam bahawa wang simpanan saya telah hilang begitu sahaja. Atas dasar percaya. Orang yang rapat dengan saya tahu bagaimana saya sangat cermat soal duit," luahnya menerusi satu posting yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya @masturah Abu Bakar pada Jumaat.

Menurut Masturah, tambah menyakitkan hati kerana individu berkenaan adalah kenalan kakak iparnya iaitu kakak kepada suaminya.

Wang simpanan lesap sekelip mata.

Bahkan sering kali mereka berjumpa bersama keluarga dan dari situlah bermulanya insiden malang yang menimpa Mastura dan suaminya akibat terlalu percayakan  lelaki berkenaan.

"Kami diperdaya. Penipu ini adalah kenalan kakak suami dan bakal menjadi ahli keluarga kami. Dia bukanlah orang yang kami tak kenali. Bahkan dah kerap kali berjumpa keluarga," katanya.

Tambah wanita ini, lelaki berkenaan menyamar sebagai pemilik tanah serta rumah yang dijanjikan untuk dijual kepada dia dan suami.

Jelas Masturah lagi, pada awal dia dan suami sudah mengesyaki sesuatu apabila lelaki berkenaan memintanya membayar wang pendahuluan sebanyak RM8,000 dimasukkan ke akaun peribadi milik lelaki itu.

    Saya harus bermula semula. Dari kosong, dari tiada apa. Saya harus perah keringat saya. Korbankan masa dengan anak-anak. Mengharungi penat lelah berjuang mendapat rezeki yang halal. Doakan saya kuat
    MASTURAH ABU BAKAR
    Mangsa

Malah, bagi mengesahkan bahawa lelaki itu bukanlah seperti yang disangka, dia dan suami kemudiannya melakukan beberapa pencarian di Internet serta berjumpa ahli keluarga lelaki itu dan mereka mengesahkan dia bukan seorang penipu.

Ditambah pula dengan pujukkan kakak iparnya, Masturah akhirnya akur dan kemuadian dia serta suami membuat transaksi ke akaun lelaki tersebut.

"Sebelum buat transaksi, saya dengan suami semak nombor akaun di laman cyber crime dan nombor telefon melalui truecaller.

"Saya juga buat carian di Facebook, Google dan semua tempat yang boleh mengesahkan tentang developer dan maklumat pemilik rumah, tetapi memang tiada," kongsi Mastura.

Tambah wanita ini lagi, atas rasa percaya terhadap lelaki berkenaan, dia telah melakukan transaksi sebanyak sembilan kali sehingga mencecah RM66,050 ke akaun peribadi lelaki itu.


Dia juga turut mendesak lelaki itu supaya utarakan resit pembayaran serta dokumen pembelian rumah tersebut, namun kata lelaki itu ia memerlukan masa yang lama.

"Setiap kali buat transaksi, saya desak kakak dan penipu tu tentang resit, acceptance letter... Eh takkan tak ada surat hitam putih? Saya pun ada buat bacaan bahawa perlu ada dokumen sebelum atau selepas transaksi. Proses membeli dari awal... Semuanya saya baca.

"Tapi penipu memang pandai putar belit. Dia kata masih dalam proses, nak beli rumah bukanlah seminggu dua prosesnya. Tambah lagi bila ada sokongan kakak yang juga telah terpedaya dengannya. Saya sabar, Walaupun sayalah orang yang paling marah. Tapi disebabkan nak jaga hubungan keluarga, saya masih bertahan," luahnya dengan kesal.

Namun jelas wanita ini, semuanya terjawab apabila dia menjumpai satu iklan tentang satu rumah untuk dijual yang dipapar di laman Facebook pada pagi Selasa lalu (5 November).

"Pagi tu saya sekali lagi buat carian di Facebook, saya taip nama taman tersebut. Maka Allah nak tunjuk, keluarlah iklan rumah untuk dijual termasuklah unit corner lot dan taman tersebut hanya ada satu unit rumah corner lot saja. Menggigil lutut saya masa tu dan tak tentu arah. Saya terus whatsapp suami yang sedang kerja," kongsinya.

Masturah kemudiannya, terus menghubungi agen hartanah yang tertera di iklan tersebut bagi mengesahkan identiti pemilik rumah tersebut.

Selain Masturah terdapat beberapa orang individu turut ditipu oleh lelaki ini.

Namun malangnya, dia diberitahu pemilik rumah tersebut adalah seorang lelaki berusia 50an dan bukanlah kenalan kakak iparnya.

"Terkejutnya saya bila diberitahu, pemilik rumah sebenar berumur 50an, sedangkan si penipu umurnya 32 tahun. Pemilik rumah call saya dan mengesahkan bahawa beliau ialah pemilik sebenar dan beliau menasihatkan kami supaya membuat laporan polis memandangkan kes ini ialah penyamaran dan penipuan.

"Allahuakbar. Saya dah ditipu. Jumlah pula bukan sedikit dan bukan senang untuk saya kumpul simpanan sebanyak itu yang memang saya siapkan untuk beli rumah. Betapa susahnya saya sebagai suri rumah, sambil menjaga anak-anak untuk struggle mengurus bisnes," luah wanita ini dengan kesal atas apa yang berlaku.

Tambah Masturah lagi, sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia dan suaminya membuat laporan polis berhubung kes penipuan serta penyamaran lelaki berkenaan pada Rabu lalu (6 November).

Nasihat Mastura menerusi posting tersebut.

Namun begitu di atas nasihat pegawai yang mengendali kes ini, dia dan suami telah berjumpa dengan lelaki berkenan dan meminta untuk memulangkan kembali wang tersebut.

Malah lelaki berkenaan berjanji untuk memulangkan semula kesemua wang mereka dan meminta tempoh selama tiga hari.

Namun jelas wanita ini lagi, sehingga hari ini lelaki itu masih tidak memulangkan wang tersebut.

"Mungkin tiada harapan. Maka saya berserah kepada Allah dan serah kepada polis untuk bertindak. Semangat saya hilang. Dunia saya kosong. Saya hanya kasihankan anak-anak dan terpaksa bangun dari kemurungan.

"Saya harus bermula semula. Dari kosong, dari tiada apa. Saya harus perah keringat saya. Mengorbankan masa dengan anak-anak. Mengharungi penat lelah berjuang mendapat rezeki yang halal. Doakan saya kuat," kata wanita ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape jadi ngn jantan tak guna tu?and apa jadi kt kakak ipar y bersungguh2 tu?aiolzs xnak taw apa jadi kt duit tuh sbb scammer mmg xkan bg balik duit y dorg scam..aiolzs lagi berminat nak taw apa jadi kt relationship that scammer guy dgn adik ipar plus hubungan masturah ni ngn kakak ipar dia..

And ai rasa,kakak ipar dia ni pun 2x5 kot..ntah2 dah berpakat nak menipu..cer tgk laa,kot2 kak ipar tu ada beli tv baru ke..perabot baru ke etc..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak beli apa2 barang, lagi2 benda mahal macam rumah pergi lah dekat HQ developer, kau ingat ni beli roti canai ka, ni mesti nak beli rumah harga bawah market ni, corner lot tu, konon2 ada orang tengah boleh rundingkan dari Rm100k jadi Rm60k cash,

Nak sangat rumah murah kena jua pergi HQ developer, nanti dia bagi list rumah lelong, kau pilih lah jela dekat situ, berbincang depan biji mata perunding perumahan dekat situ, ni benda basic lah, tak kan tak tau,

Ni semua sama macam geng2 nak pakai iphone tapi nak murah, hujung2 kena tipu dapat batu lesong, 9 kali transaksi, transaksi pertama Rm8k tak ada hitam putih masih relaks,  fikir logik lah, kau beli kinder joy untuk anak harga Rm4.50 pun cashier bagi resit, apooooo

Jangan nak sembang atas nama dah lama kenal ka, bakal abang ipar ka, nak jaga hubungan keluarga ka, duit kau lebur keluarga kau nak ganti ka,

Kepada yang lain, tolong lah jangan pilih jalan mudah/shortcut bila nak beli apa2 barang mahal, lagi2 dengan tawaran harga murah, bersusah2 lah sedikit, jangan lepas tangan ja, survey sana servey sini, tanya sana tanya sini, buat research sendiri, belajar sikit2 proses beli rumah macam mana, tanya orang yang dah ada rumah, selok belok nak beli rumah macam mana, document apa yang perlu, ambil tahu sikit lah, apoooooo





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
nape ayat esei tu tunggang langgang dan isi berulang-ulang.
dulu pnh aku beli rumah pak cik tu minta deposit rm20k pastu dia akn tebus kt bank yg dia gadai dan tukar nama
aku pun gie bank in rm20k kt kaunter, mlm tu call lgi mintak rm80k pulak
last aku xbgi, biarlah rugi rm20k dari rm80k siap minta tlg pegawai polis, inventori, pegawai bank jika kne scam nasib kenal
nasib dpt gak rumah tu pas lawyer masuk
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangnyaa bagi duit kat org.. aku laa part duit..adik ke abg ker hatta bpk aku sendirik aku akan siasat.. celaka punye bewakk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangnyaa bagi duit kat org.. aku laa part duit..adik ke abg ker hatta bpk aku sendirik aku akan siasat.. celaka punye bewakk.. patut masa jumpe tuu ko terus mintak duit dah.. brp yg dia ade.. suh dia kuarkan balik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 18-11-2019 12:53 AM
Ape jadi ngn jantan tak guna tu?and apa jadi kt kakak ipar y bersungguh2 tu?aiolzs xnak taw apa jadi ...

Sama
Aku rasa diorang pakat nak guna duit tu utk buat majlis kahwin skali honeymoon
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 18-11-2019 02:17 AM
Nak beli apa2 barang, lagi2 benda mahal macam rumah pergi lah dekat HQ developer, kau ingat ni beli  ...

Susah sebenornya bila dh involve ipar duai ni lagi2 kalau hati tak keras....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 08:33 AM | Show all posts
semoga ditangkap segera sebelum
lebih ramai jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:48 AM | Show all posts
pueh hati aku.. baru tatsat "mahkamah" talipon aku. Makan maki la operator tu.. gembiranya rasa hari ini.. hora horey!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:16 AM | Show all posts
najib888 replied at 18-11-2019 08:48 AM
pueh hati aku.. baru tatsat "mahkamah" talipon aku. Makan maki la operator tu.. gembiranya rasa hari ...

ada paksa buat video call ke tak ada

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:41 AM | Show all posts
dubuk replied at 18-11-2019 09:16 AM
ada paksa buat video call ke tak ada

takde nak viceo call apa pun.. dia call landline.. no rumah..
actually, dah expect pun.. rumah aku, between 9am-10.30 am, kalau ada yang call sure scammer punya.. infact, tak de sapa pun yang call no rumah aku melainkan TM (tu pun lama2 sekali-bila nak verify problem, if happened)..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-11-2019 08:24 AM
Susah sebenornya bila dh involve ipar duai ni lagi2 kalau hati tak keras....

Melayu gitu lah, menyembah ipar duai serupa berhala, sopan santun adat timur katanya, hujung2 ranap Rm60k + , kalau dah susah adik beradik pun tak mengaku adik beradik lah, apatah ipar duai, di who are yusss kan kau begitu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:25 AM | Show all posts
siap da jumpa bagai
pijak jela muka dia suh bayar balik on the spot
lagi pulak boleh caya janji nk bayar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 18-11-2019 06:50 AM
Sama
Aku rasa diorang pakat nak guna duit tu utk buat majlis kahwin skali honeymoon

Kannnnn..mcm sesuatu sgt bila ipar duai tuh bersungguh2 nak mtk masturah ni beli rumah tu..pastu masturah tu pun satu,dah gugel everything and mmg xde data lgsg psl rumah tu,reject jelaa..ni x,kan dah hilang 60k..

Ipar duai ke x,unless deyolzs ada paperwork and proof,xyah percaya sgt..zmn penipuan berleluasa nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:27 PM | Show all posts
Masalahnya..masa dia nak beli umah tu..dia x mintak ape2 proof ke kalau benar umah tu umah kenalan kakak dia.
Macam bil2 ke....ada geran ke...gi tngok dalam umah tu ke mcmana ke...ke apa2 aje la sbgai bukti umh tu umah lelaki  tu kan. Kuar duit bukan sikit woooo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 18-11-2019 10:42 AM
Melayu gitu lah, menyembah ipar duai serupa berhala, sopan santun adat timur katanya, hujung2 rana ...

Lg susah bila ko ni isteri...mcm2 dituduh...kedekut tangkai jering...lps tu diperli sesama puak diorg...sbb tu korg jgn kecam sgt bila ada citer pasal menantu tak suka bali rmh mertua...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kata sendiri yang bodoh.. Marah tak?
Orang nak beli rumah kena la ada process flow.. Bukannya hentam keromo bank in duit aje...

Satu lagi, check dgn developer check apa?
Tak tau ke boleh buat land search kat pejabat tanah kalau rumah tu landed?
Mintak salinan borang 11Ak/hakmilik sementara klu masih hutang lagi atau mintak salinan geran kemudian bawa la ke pej. tanah... Takde salinan pun takpe asalkan ada info no ptd/hsd, mukim etc..

Dah puas hati owner betul dia, baru la bayar 10% deposit n proceed S&P..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kata sendiri yang bodoh.. Marah tak?
Orang nak beli rumah kena la ada process flow.. Bukannya hentam keromo bank in duit aje...

Satu lagi, check dgn developer check apa?
Tak tau ke boleh buat land search kat pejabat tanah kalau rumah tu landed?
Mintak salinan borang 11Ak/hakmilik sementara klu masih hutang lagi atau mintak salinan geran kemudian bawa la ke pej. tanah... Takde salinan pun takpe asalkan ada info no ptd/hsd, mukim etc..

Dah puas hati owner betul dia, baru la bayar 10% deposit n proceed S&P..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:53 PM | Show all posts
tolong jgn percaya sgt dgn org.  even adik beradik pun susah nak caya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060567 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list