CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1085|Reply: 11

[Tempatan] Kekalahan di Tg Piai dan PRK lain kuatkan persepsi PH kerajaan sepenggal (semest

[Copy link]
Post time 18-11-2019 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Kekalahan di Tg Piai kuatkan persepsi PH kerajaan sepenggal
Timmy Say -
November 18, 2019 7:00 AM


Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

Calon BN, Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini, yang mendapat 10,380 undi. Ya, majoriti yang diperolehi calon BN adalah 1.5 kali ganda undi yang diperolehi calon PH.

Ahli politik bergegas menyalurkan naratif sendiri terhadap kekalahan teruk PH di Tanjung Piai mengikut selera masing-masing.

Dari sebelah PH, ada menteri yang menyifatkan kekalahan teruk ini sebagai gempa politik, ada pula menteri yang memohon maaf.

Ramai pimpinan PH menyalahkan kekalahan ini kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Ada pula menteri yang menyalahkan komunikasi atas kekalahan teruk ini dan ada yang menggesa kerajaan kembali melaksanakan reformasi.

Dari sebelah BN pula, ramai yang berkata keputusan PRK Tanjung Piai adalah tanda penerimaan rakyat terhadap Piagam Muafakat Nasional.

Ada pula yang berkata kekalahan teruk PH bermakna PPBM akan pendek umur, ada juga yang menyimpulkan kemenangan besar BN adalah pungutan suara rakyat serta mesej jelas mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui negara.

Di dalam soal menaratifkan keputusan PRK Tanjung Piai, tiada siapa yang tahu siapa betul dan silap. Kesemuanya cuma kesimpulan mengikut keuntungan politik masing-masing.

Contohnya, apakah undi Cina betul-betul beralih kepada BN?

Andaikan keputusan PRK Tanjung Piai boleh menentukan hidup mati kerajaan PH, apakah orang Cina masih akan mengundi BN ataupun MCA? Tiada siapa yang yakin perkara ini akan berlaku.

PRK Tanjung Piai sepatutnya pilihan raya kecil yang tidak akan membawa perubahan kepada politik negara, oleh itu ramai yang berani bereksperimen.

Yang marah buat undi protes merajuk, yang kecewa nak mengajar orang yang mengecewakannya. Yang tidak sabar untuk menaiki jawatan lebih tinggi melakukan sabotaj secara senyap-senyap, yang benci dengan parti Mahathir pula mengundi pihak lawan.

Asalnya, kesan paling teruk yang boleh berlaku kepada PH akibat kekalahan di Tanjung Piai hanyalah kehilangan satu kerusi Parlimen PPBM dan peningkatan tekanan dalaman terhadap Mahathir untuk melepaskan jawatan perdana menteri.

Cuma tiada siapa sangka apabila semuanya berlaku serentak, keputusannya begitu mengejutkan dan memalukan PH. Keputusan ini tidak akan tercapai tanpa bantuan secara tidak langsung daripada penyokong PH sendiri.

Sasaran asal undi protes hanyalah untuk mengajar PPBM dan Mahathir, tetapi oleh kerana majoriti kekalahan sebegitu besar, yang terkena sekarang ialah seluruh PH, bukannya PPBM dan Mahathir saja.

Percayalah, ramai di dalam PH akan tersilap jika mereka menganggap perkara ini dapat diselesaikan dengan menggantikan perdana menteri secepat mungkin, cubalah kalau tidak percaya.

Hakikatnya, keputusan PRK Tanjung Piai menguatkan persepsi awam PH hanyalah kerajaan sepenggal. Ini adalah masalah terbesar PH sekarang dan masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menukar perdana menteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha.. Mmg la geng2 PH bodoh.  Depa ingat dgn bagi PPBM ilang 1 kerusi parlimen maka Tun M akan letak jawatan.. Org tua tu degil tau.. Keturunan dia degil2 belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:25 AM | Show all posts
Ni kalau kata diadakan semula PRU, memang terang kalah Pee H ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglaa....Jaga ekonomi....tolongla...kesian rakyat....udah2 berpolitik...semua pelabur lari.....org mcm tanjung piai tu semua rase beban Sara hidup.....ekonomi xstabil.....korang jadi menteri asik politik Sana sini, xde Hala tuju...xikhlas pun nak Jaga rakyat....Tu yg org marah....wahai menteri2 pH korang faham X....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku kawasan hardcore cina mmg still dgn dap yg tu mmg org dah tau,yg kawasan campuran ni mau titik pee H cukup cukup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 10:52 AM | Show all posts
Now asal ada prk ja kompem ph kalah. Mana2 ai pegi , semua marah ph

PRK camni tak efek gomen sgt. So ada kemungkinan UNDi utk luahkan kemarahan ja. If PRU , mau ke deyols undi gabungan UMNO-PAS. Sapa plak bakal PM nanti.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 12:00 PM | Show all posts
ramai wakil rakyat tak sihat sekarang ni
tunggu berita terkini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:09 PM | Show all posts
Sepenggal dah hampir pasti

Masalahnya 5 tahun tu TERRlalu lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:28 PM | Show all posts
takyah nak hepi sgt lah..kalo bn menang next pru pun tetap kena kutuk  jgk mcm yg ph kena skrg ni..dah mmg pangai rakyat Msia mmg camtu.suka kutuk kjaaan..pru16 ph menang balik..pastu bn menang..camtu lah ulang2 smp ajm
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:43 PM | Show all posts
Naratif kekalahan di Tjg Piai pada kacamata Anwar-

Anwar berasa dengan kekalahan PH, khusunya PPBM; adalah signal yang kuat bahawa rakyat menolak kepimpinan PM sekarang. Dah sampai masanya bg Tun untuk lepaskan jawatan dan bagi kepadanya.

Realitinya- Rakyat dah benci gila babi dengan PH ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:46 PM | Show all posts
Edited by najib888 at 18-11-2019 12:48 PM
tripleid replied at 18-11-2019 12:28 PM
takyah nak hepi sgt lah..kalo bn menang next pru pun tetap kena kutuk  jgk mcm yg ph kena skrg ni..d ...

Tak yah nak kalau2 lah.. dah realiti sebelum ni pun... dulu kutuk bukan main kerajaan pimpinan BN.. sekarang kena kutuk baru tau  berakai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.230175 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list