CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1545|Reply: 19

[Tempatan] Ranjau tiga beradik

[Copy link]
Post time 18-11-2019 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Ranjau tiga beradik


Share


Tweet


Share













MOHAMAD Syahadam bersama dua adiknya yang tinggal di rumah serba kekurangan tanpa air dan elektrik. FOTO Ramli Ibrahim











Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my



SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun yang tinggal di Kampung Mentara Lama di sini, mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan menjaga dua adiknya selepas ibu dan bapa tirinya meninggal dunia, baru-baru ini.
Lebih menyedihkan, tiga beradik itu bukan sahaja tinggal di rumah yang tingkapnya ditutup dengan zink, malah terpaksa menggunakan air parit untuk kegunaan harian.
Mereka hidup daif selepas kematian bapa, Ahmad Yaacob, 48, enam bulan lalu kerana sakit jantung dan disusuli ibu, Rubiah Zakaria, 38, tiga bulan lalu kerana menghidap kencing manis.
Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim berkata, rumah pusaka ibu bapanya yang didiami itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.


Katanya, masalah itu terpaksa dihadapinya dengan penuh kesabaran demi membesarkan dua adiknya, Siti Noraini Ahmad, 14, dan Siti Norasniza, 9.

[size=0.8em]MOHAMAD Syahadam melihat dua adiknya mengangkut air parit untuk keperluan harian. FOTO Ramli Ibrahim


“Adik kedua belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangi manakala Siti Norasniza belajar di Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya. Kami tidak pernah mengeluh kerana sudah dididik hidup dalam serba kekurangan.
“Kami juga malu meminta bantuan daripada pihak terbabit dan perbelanjaan makan serta persekolahan dua adik sekadar termampu saya sediakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Mohamad Syahadam berkata, dia belajar sehingga tingkatan lima dan terpaksa mencari peluang pekerjaan untuk membantu keluarga.
Katanya, selepas bapa tirinya meninggal dunia, dia dan dua adik menjaga ibunya yang menderita kencing manis sebelum wanita itu meninggal dunia Ogos lalu.
“Dari situ hidup kami tiga beradik dipenuhi ujian, tetapi sebagai abang dan ketua keluarga, saya mengajar dua adik supaya berfikiran matang.

[size=0.8em]MOHAMAD Syahadam menunjukkan rumah pusaka yang daif dengan jendela ditutup menggunakan zink. FOTO Ramli Ibrahim


“Saya hanya bekerja sebagai buruh ladang sawit dan memperoleh pendapatan RM700 sebulan dan ia sekadar cukup belanja untuk kami tiga beradik.
“Keperluan air juga bergantung kepada air parit di belakang rumah untuk digunakan bagi memasak, mandi dan membasuh pakaian setiap hari,” katanya.
Menurutnya, arwah bapa tirinya membina rumah itu di tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad dan berjauhan dengan rumah penduduk lain.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional milik Mohamad Syahadam, 101210445849260100014.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang, Hizani Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah meluluskan bantuan kepada tiga beradik yatim terbabit.
“Kami akan mula buat pembayaran bantuan sebanyak RM300 kepada mereka, Disember depan dan kami sudah membuat siasatan berhubung perkara itu minggu lalu,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 6:45 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2019 08:48 AM | Show all posts
comel2 budak2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki yg melimpah ruah. bagusnya ko dik..susah pon usaha sendiri..nak mintak bantuan pon malu. nasib baik ada rumah tu. tanah rizab ktm tu leh diamik balik ke...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg sanggup berhenti belajar utk jaga arwah mak dan adik2..meleleh air mata aku baca.. Adik2 kalau ang x ingat jasa abg angpa yg sanggup buang masa depan utk angpa nanti besar.. Mmg kena kecam dgn aku.

Si abg,  aku doakan dia tabah menjaga adik2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:24 AM | Show all posts
Ujian untuk diaorang & juga kita. Mana² yang ada rezeki lebih tu, hulur² la sikit InsyaAllah what u giv u get back.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:33 AM | Show all posts
Didoakan supaya dipermudahkan segala urusan keluarga ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye.. moga dipermudahkan segala urusan ank2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:40 AM | Show all posts
adik2 dah berjaya jangan lupakan abang tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 10:42 AM | Show all posts
moga tabah dan dipermudahkan urusan korang dik...aamin
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:46 AM | Show all posts
harap jkm dapat carikan kediaman yg selesa ada letrik & air
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:46 AM | Show all posts
teringat satu kisah..

abg/kakak sulong bekorban macam2 utk adikn-adiknya.. tapi bila dah besar, adik2 lain pinggirkan abg/kakak dorang sebab abg dorang tak habis sekolah, kerja tak best..

semoga korang tak lupakan jasa abg korang..

semoga urusan korang dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:01 AM | Show all posts
bagus makbapak budak2 ni didik anak laki dia..bertanggungjawab walaupun muda lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:08 AM | Show all posts
aku harap yg adik2 tu dpt la masuk asrama sekolah dgn bantuan yayasan kat negeri kome tu.
yg abang tu hantar la dia pegi belajar kat ikm ke, giat mara ke.
tak lama kan, dh keluar nanti dpt la cari kerja yg bagus sikit nak sara adik adik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:15 PM | Show all posts
Bagus abg dia. Tau berusaha utk support adik2 & adik2 dia tu jgn pulak tergedik nk kawin bila ada org masuk meminang kalo belum habis sekolah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya. kira muda lg umur mak ayah dorang mninggal sbb sakit tu. hrap ad pihak yg sudi mmbantu biar ank2 ni ada hala tuju nk survive truskn hdup. bgus abgnya amik tnggunjwb xlari tnggalkn adik2.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pejabat zakat sila jalankan tugas. Siapa YB kawasan ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian si abg kena jd bapa segera
Mana pergi bapa kandung budak2 ni ye
Kalau masih hidup, tolong la tunaikan tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:43 PM | Show all posts
sedihnya.... harap adik yang perempuan tu dptlaa duduk asrama.. yg abg dpt belajar ikbn ke..at least  boleh sara adik2 dgn lebih baik..

takde umah pprt utk anak2 macam ni ke kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:47 PM | Show all posts
cutieslilies replied at 18-11-2019 01:43 PM
sedihnya.... harap adik yang perempuan tu dptlaa duduk asrama.. yg abg dpt belajar ikbn ke..at least ...

yelah bagus camtu ...kalau tgok bersamamu pun diorang tolong bagi joran bukan bantuan duit semata
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suhaimi saad dan iza zaim bekas tunang mawi patut malu kat budak ni part sara family keje ape semue..bkn gentel telur kat rumah main fb jd scammer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.232886 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list