CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3465|Reply: 20

[Dunia] Anak terbuang kini CEO muda

[Copy link]
Post time 18-11-2019 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Anak terbuang kini CEO muda


Share


Tweet


Share













Glenda sudah mula berdikari dengan menjual apa saja barangan demi sesuap nasi.











Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my



UMURNYA baru menginjak 20 tahun ketika wanita ini bergelar jutawan muda Filipina malah diiktiraf sebagai antara ketua pegawai eksekutif (CEO) termuda di negara itu.
Lebih membanggakan apabila dia mendapat pengiktirafan antarabangsa, Gawad Award America di California, Amerika Syarikat tahun lalu sebagai CEO Filipina Termuda dalam bidang kosmetik dan penjagaan kulit.

Glenda Victrorio bukan nama asing di negara itu, bahkan pencapaiannya hasil usaha keras sejak usianya belasan tahun. Siapa sangka daripada anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa, malah ‘dibuang’ ibunya sendiri ketika berusia dua tahun kini menggapai kejayaan luar biasa di negaranya.

Pemilik jenama Brilliant Skin Essentials ini mengakui kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dia terlebih dulu merasai keperitan hidup bersama neneknya selepas ditinggalkan ibu bapanya.
Pada usia 12 tahun ketika kebanyakan rakan seusia berada di rumah menyiapkan kerja sekolah, Glenda sudah mula berdikari dengan menjual apa saja barangan demi sesuap nasi.
Dari rumahnya di Morong, Rizal, Filipina, dia ke Divisoria untuk membeli pelbagai barangan dan menjualnya semula secara dalam talian. Pada masa sama, dia turut bekerja sebagai pembantu di syarikat antarabangsa.
Bagaimanapun, Glenda dipecat selepas syarikat mendapati dia masih di bawah umur, namun wanita muda ini tidak pernah mengalah malah tidak lama selepas itu, dia hamil pada usia baru 17 tahun dan mengambil keputusan berkahwin dengan teman lelakinya ketika itu.
Meskipun sudah berkeluarga, Glenda tidak pernah mengalah atau melupakan cita-citanya untuk berjaya dan kaya.
Ketika trend pemasaran dalam talian meledak, dia bijak mengambil peluang dan kesempatan untuk membina rangkaian di alam maya menerusi penjualan pelbagai barangan pengguna termasuk produk kecantikan.
Menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat sokongan dan bantuan sepenuhnya daripada suami tercinta, Mart Crispher Victorio, mereka berdua tidak pernah mengenal erti putus asa meskipun kedua-duanya masih berusia belasan tahun.
Ketika dia dan suami bergelut membesarkan bayi sulung mereka dalam usia yang amat muda, pasangan ini gigih mencari rezeki dengan menjual semula apa sahaja produk berharga murah yang boleh dibeli di sebuah pusat
komersial terkenal di Manila.
Daripada menjual lilin, selipar dan segala barangan murah, kehidupan ringkas pasangan ini banyak dihabiskan dengan perjalanan jauh dari rumah ke tempat memborong barangan hingga memberikan tekanan kepada mereka.
Bagaimanapun, tekanan yang dialami dan kekurangan tidur amat menjejaskan kulit wanita ini. Banyak jerawat mula timbul di wajahnya, namun ‘musibah’ itulah sebenarnya yang membuka jalan hingga mencipta kejayaan
besar.
Ibu kepada dua cahaya mata ini melakukan eksperimen dengan menjadi
pembekal lilin dan mereka bersama-sama merumuskan sabun berasaskan arang hitam dengan Glenda sendiri menjadi subjek ujian. Ia amat berkesan buatnya dan apabila Glenda memuat naik gambarnya dalam talian, ia menjadi trend dan tular di negara itu.
Glenda menggunakan kemahiran pemasarannya dan strategi kreatif untuk menjual dalam talian daripada pembekalnya sehingga akhirnya, selepas penyelidikan dan kajian yang menyeluruh, dia memutuskan untuk mengeluarkan produknya sendiri pada 2016.
Selepas beberapa tahun kukuh di pasaran tempatan, dia mula giat melakukan promosi di negara Asia lain termasuk di Malaysia, malah dia berharap penembusan pasaran lebih tinggi dalam industri halal global menerusi rangkaian produknya itu.
Bahkan, baru-baru ini syarikatnya turut mendapatkan persijilan halal di negara ini kerana produknya semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna Muslim.
“Melalui pensijilan halal dan produk yang mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, kami berharap dapat memberikan khidmat terbaik buat pelanggan di negara ini.
“Kami menyedari aspek kesucian bahan digunakan untuk menghasilkan produk sangat dititikberatkan pelanggan Muslim, jadi kami mengambil inisiatif untuk mendapat pengesahan halal bukan saja produk bahkan operasi kilang kami di Filipina,” katanya.
Kesungguhan ibu muda adalah bukti bahawa tiada yang mustahil asalkan rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Rahsia kejayaannya adalah meletakkan hati, minda dan jiwa dalam sekecil-kecil perkara yang dilakukannya.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 8:01 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape nama produk dia ni?
Mana gambor dia yg viral tu?
Haha malas nk google..pls spoon feed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 09:47 AM | Show all posts
Edited by jahcomel at 18-11-2019 09:48 AM
cahaya_emily replied at 18-11-2019 09:36 AM
Ape nama produk dia ni?
Mana gambor dia yg viral tu?
Haha malas nk google..pls spoon feed


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke produknya?



Jenama mcm sama dgn artikel?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
memang product timbang kilo ni boleh buat org jadi jutawan dgn mudah kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:24 AM | Show all posts
mak dia mesti nysal sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakah mak dia akan call ngaku mak ?
Hai apa khabar
Apa khabar sayangku
Lama tak jumpa
Terasa sungguh rinduu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:39 AM | Show all posts
product timbang kilo ni..

dulu2 aku igt, ahli kimia title phD aja mampu buat produk2 cmni

ni mcm2 org buat, yg tk abis belajar, keje biasa, tk blaja kimia bagai, main buat je produk2 cmni..

kalula produk skin care cmni mmg btul2 jadi jutawan, pastinya pelajar2 fakulti kimia di negara kita ni boleh jadi jutawan2 kalu lepas grad buat produk2 gini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 10:46 AM | Show all posts
tajuk bukan main
produk timbang kilo rupanya
jauh dpt anugerah, kat amareka lagi
produk dia dpt masuk amareka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:01 AM | Show all posts
ada je profesor uni keluarkan produk skincare.. mekap.. tapi marketing kurang so tak dikenali..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:03 AM | Show all posts
tengok pic je dah agak produk timbang kilo. eh kat malaya pon melambak gak ceo la founder timbang kilo..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:07 AM | Show all posts
Kalau dah glamer camni ofkos la mak dia carik balik sambil buat drama Pangako Sayo...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:43 AM | Show all posts
harap2 bukan dato vida filipina
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:54 PM | Show all posts
Gawad Award America ni pedia?
sejenis anugerah berbayar ke? siap tgk buat kt scientology church lol
ni macam iklan produk timbang kilo ke buat berita
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:07 PM | Show all posts
Star_el replied at 18-11-2019 01:54 PM
Gawad Award America ni pedia?
sejenis anugerah berbayar ke? siap tgk buat kt scientology church lol ...

gawatnye la award tu mesti tah2 anugerah syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:42 PM | Show all posts
Masa ambik award ada belon-belon tak tepi tu. Aku tanya jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 04:56 PM | Show all posts
choyyy igtkan jd usahawan berjaya ke hapa sekali produk timbang kilo jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:53 PM | Show all posts
ohhh...ramai kat malaysia jual produk mcm ni...rata2 memang kaya2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Euw, timbang kiloo
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dovahkiin at 19-11-2019 07:10 AM
Ibu kepada dua cahaya mata ini melakukan eksperimen dengan menjadi
pembekal lilin dan mereka bersama-sama merumuskan sabun berasaskan arang hitam dengan Glenda sendiri menjadi subjek ujian. Ia amat berkesan buatnya dan apabila Glenda memuat naik gambarnya dalam talian, ia menjadi trend dan tular di negara itu.


Dia R&D produk sendiri dengan husband dia kan?

But alas, her products contains harmful chemicals, sama macam produk timbang kati.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.096296 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list