|
Masihkah anda ingat dengan lagu hits Sandarkan Pada Kenangan, nyanyian duet Siti Sarah bersama Datuk Jamal Abdillah?
Lagu hits yang malar segar itu pernah mengungguli carta radio sekitar tahun 2003.
Sempena mengimbau kembali memori lagu tersebut, Siti Sarah telah memuat naik fotonya bersama Datuk Jamal Abdillah di Instagramnya dengan kapsyen "Apa perasaan Datuk Jamal masa tu?"
Foto kenangan itu turut memaparkan Siti Sarah dengan gaya rambut afro lantas menerima usikan netizen termasuklah rakan-rakan artis di ruangan komen.
Suami Siti Sarah, Shuib tidak ketinggalan mengusik isterinya melalui komen kelakar dengan menyamakan rambut penyanyi itu seumpama "sekebun rambut".
Penyanyi itu kemudian membalas usikan nakal suaminya dengan komen "ok la pada buat sarang kat muka". Terhibur juga melihat keletah suami isteri ini saling usik-mengusik di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen Instagram penyanyi itu, netizen dan rakan artis turut berjemaah mengusik dan menyamakan rambut penyanyi itu dengan bermacam-macam objek. Boleh tahan kelakar komen masing-masing. - CARI
|
|