CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 8

[Tempatan] Tular kesetiaan warga emas susah senang bersama hingga hujung usia. Berbeza gene

[Copy link]
Post time 18-11-2019 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur - “Tak ada orang teman lagi lepas ni” -
10 min lalu
4-5 minutes


SETIA hingga ke hujung nyawa.

Begitulah yang dapat menggambarkan rasa cinta lelaki warga emas ini terhadap isterinya yang baru meningggal dunia beberapa hari lalu.

Biarpun hidup serba daif di Kampung Tanah Merah, Sandakan, pasangan ini mampu mempertahankan cinta dan rumah tangga mereka sehingga ke akhir hayat.

Kisah meruntun hati ini dikongsi Yunizam Yusop yang menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma di Sandakan, Sabah di Facebooknya sehingga mengundang sebak netizen.


Malah Yunizam mengakui dia sendiri gagal menahan sebak sebaik melihat kehidupan pasangan itu.

"Memang saya terkejut pada masa sama sayu dan sedih. Bila saya tanya jiran mereka pasal anak-anak, jiran beritahu mereka hanya hidup berdua.

Kelengkapan kain kafan turut disediakan Yunizam untuk arwah isteri lelaki warga emas itu kerana mereka kurang berkemampuan.

"Tiada anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan. Maknanya siapa meninggal awal dialah yang akan uruskan jenazah yang pergi dulu.

"Mereka berdua menyewa di sebuah bilik dengan bayaran RM100 sebulan. Kalau ada seringgit di tangan, maka seringgitlah yang akan dibayar kepada tuan rumah," katanya kepada mStar.

Jelas pemuda berusia 31 tahun itu, dia tergamam apabila melihat keadaan dapur yang dijadikan tempat untuk memandikan jenazah isteri warga emas itu yang menghembuskan nafas terakhir pada 12 November baru ini.

    Masa nak pergi kebumi jenazah isteri dia, suami cakap tak dapat ikut sekali. Dia kata betul-betul sedih sebab tak ada orang teman dia lagi lepas ni.
    YUNIZAM YUSOP.
    Pemilik van jenazah percuma.


"Saya lega bila suami kata jenazah isteri akan dimandikan dan ada jiran kampung yang akan uruskan jenazah. Alhamdulillah segalanya sudah diatur dan tinggal tunggu urusan pengebumian.

"Sebaik si suami menunjuk bahagian dapur saya terdiam. Dia beritahu kau tengoklah dapurku apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Semua kosong.

"Ya Allah dapur bertampal-tampal dengan papan. Memang menyedihkan tapi tetap teruskan mandikan jenazah sebab kalau bawa ke masjid takut merumitkan lagi keadaan," katanya.


Ruang dapur tempat memandikan jenazah.

Yusnizam turut mendedahkan pasangan itu hanya makan nasi putih yang dibeli di pasar berdekatan setiap hari.

"Bila saya tanya masak macam mana, suami beritahu dia hanya beli nasi kosong 50 sen dekat pasar berdekatan. Kalau ada duit lebih barulah beli lauk untuk dimakan dengan isterinya.

"Mendengar dia cakap begitu air mata saya terus mengalir laju. Dulu suami bekerja di sebuah pasar raya tetapi bila jatuh sakit dia terpaksa berhenti kerja," katanya.

Lebih menyedihkan, Yunizam berkata lelaki itu tidak sanggup mengiringi jenazah isterinya sehingga ke tanah perkuburan kerana terlalu sedih.

"Masa nak pergi kebumi jenazah isteri dia, suami cakap tak dapat ikut sekali. Dia kata betul-betul sedih sebab tak ada orang teman dia lagi lepas ni.

"Masa tu saya pun ikut nangis sekali. Ya Allah sedih. Begitu kuatnya cinta mereka. Tapi saya bersyukur kerana urusan pengebumian jenazah dipermudahkan," katanya.

Perkongsian Yunizam atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Botak itu menjadi tular di Facebook.

Urusan pengebumian isteri warga emas itu yang meninggal dunia akibat sakit tua dipermudahkan.

Rata-rata netizen meluahkan simpati dan sebak dengan nasib pasangan itu.

Mengenai perkongsian itu, Yunizam berkata ada mesej yang cuba disampaikan melalui kisah tersebut.

Katanya lagi, meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri mereka tetap hidup bersama.

"Apa yang membanggakan saya dan menjadi pengajaran buat semua adalah mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa. Hari ini banyak kita dengar kes penceraian rumah tangga berlaku kerana masalah kewangan.

"Namun dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumah tangga mereka sehingga akhir hayat. Meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 11:25 AM | Show all posts
agaknya bila aku dh sama2 tua tak cerai yang tinggal bersisa kulit dan tulang selangka..jiwa dan raga telah dimamah bersama indahnya hidup bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon abang botak hantar pokcik ni ke rumah orang2 tua, kesian pulak dia sorang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 02:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 02:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:29 PM | Show all posts
aduhh sedihnya
dah berpuluh tahun hidup bersama..harap pakcik bertabah..jangan murung..

itu bahagian dia, bahagian kita??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 02:39 PM | Show all posts
bukan mudah nak hidup di alam rumah tangga...sama2 menempuh episod susah. salam takziah buat pakcik, semoga pakcik diberi kemudahan selepas ni. dan semoga dosa2 arwah makcik diampunkan Allah dan ditempatkan bersama orang yang Allah kasih.  

sedih betul tgk keadaan rumah yang macam ni..

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah satukan pakcik dan makcik di syurga firdaus...Amin Ya Rabb...biasa kalu cinta thap mcam ni mesti x lma lpas tu pasangan pon mnyusul,mungkin sbb motivasi utk hidup tu da xde...semoga Allah lindungi pak cik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama hidup bersama.. Susah senang.. Jadi dia tak sanggup tgk kubur arwah isteri.. Aku faham.. Aku pun tak sanggup tgk kubur arwah tok aku.

Semoga pakcik ni terus tabah... Moga JKM ambik dia dan letak kat rumah org tua2……sekurang2nya terbela nasib pakcik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058695 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list