CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3225|Reply: 19

[Tempatan] Zuraida: Anwar sebagai presiden ada kuasa buat apa dia suka

[Copy link]
Post time 18-11-2019 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Zuraida: Anwar sebagai presiden ada kuasa buat apa dia suka

https://www.malaysiakini.com/news/500165

News  |  Diterbitkan 17 Nov 2019, 5:42 petang  |  Dikemaskini 17 Nov 2019, 5:42 petang



Jika Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri merestui pengguguran timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali daripada merasmikan kongres tahunan bagi sayap pemuda parti, maka hal itu wajar “dibiarkan” begitu, kata naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Hal itu, katanya, memandangkan Anwar sebagai presiden parti ada kuasa "berbuat apa pun", biarpun kongres Wanita dan Pemuda PKR sebelum ini lazimnya dirasmikan oleh timbalan presiden.

“Tapi kalau presiden sudah merestuinya, nak buat cara begitu, jadi kita biarkan sajalah. Sebab presiden ada kuasa nak buat apa-apa dia suka,” katanya seperti dilaporkan FMT hari ini.

Zuraida, yang dilihat merupakan antara penyokong kuat Azmin berkata demikian mengulas pembatalan jemputan untuk Azmin merasmikan kongres Pemuda PKR (AMK) dan sebaliknya digantikan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga penasihat PKR Dr Wan Azizah Ismail.

Mengulangi kenyataan Ketua Wanita PKR Haniza Talha semalam, Zuraida menegaskan bahawa sudah menjadi tradisi untuk timbalan presiden parti merasmikan kongres sayap Wanita dan AMK.

“Kemelut? Tak ada kemelut kerana memang menjadi tradisi timbalan presiden merasmikan mesyuarat agung Wanita dan AMK.

[...] Yalah kalau itu yang presiden harapkan, itulah yang terjadi,” Zuraida dipetik berkata.

Ketua AMK Akmal Nasir sebelum ini berkata AMK bertanggungjawab memberi mesej yang jelas bahawa sayap pemuda parti itu akan kekal teguh mendokong kepimpinan parti.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah sebahagian besar - 21 daripada 25 - kepimpinan pusat AMK yang menang dalam pemilihan lalu menerusi satu kenyataan rasmi 13 November lalu.

Azmin pula mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ atas pembatalan jemputannya.

Kata Azmin, Akmal tidak akan berani melakukan sesuatu tanpa 'tangan ghaib' di belakangnya.

Ini bercanggah dengan kenyataan Naib Ketua AMK Syed Badli Shah Syed Osman yang mendakwa bahawa Azmin tidak membalas surat jemputan selepas lebih sebulan dihantar.

Manakala Setiausaha Politik Azmin, Muhammad Hilman Idham mendakwa Syed Badli berbohong dan surat pembatalan jemputan itu sendiri menunjukkan bahawa undangan telah dijawab.

Anwar pada 15 November menyangkal dakwaan wujudnya ‘tangan ghaib’ berhubung pembatalan jemputan Azmin dan menegaskan apa-apa perubahan dibuat melalui mesyuarat, bukan oleh ugutan dari mana-mana tokoh.

Sebelum ini, mengikut tradisi, kongres sayap pemuda parti itu dirasmikan timbalan presiden.

Perasmian kongres AMK dijadual berlangsung 6 Disember depan di Melaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:00 PM | Show all posts
parti2 melayu dlm PH ni mmg suka bertelagah ker?
aku takder terbaca pasal DAP bergaduh sesama sndiri..
ke aku terlepas pandang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:04 PM | Show all posts
Azmin pula mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ atas pembatalan jemputannya.
Kata Azmin, Akmal tidak akan berani melakukan sesuatu tanpa 'tangan ghaib' di belakangnya.

seghaib cctv hotel sandakan agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:20 PM | Show all posts
PKR ni parti sampah...aku heran la kenapa wujud lagi parti ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:21 PM | Show all posts
palmolive replied at 18-11-2019 12:00 PM
parti2 melayu dlm PH ni mmg suka bertelagah ker?
aku takder terbaca pasal DAP bergaduh sesama sndir ...

ada kot.. tapi biasa la..hal2 dalam kain, depa kepung.. tak mau public tau..

samalah macam kes2 incest/sumbang mahram.. padahal, dalam komuniti depa banyak kot terjadi.. tapi media depa tak report pun. Aku pernah terbaca dalam satu forum ke apa pasal luahan sorg pompuan ni jadi alat kepada bapa dia.. dia sendiri kata bnyk je kes2 cam ni dlm komuniti depa..kebanyakkan malas nak kecoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 12:22 PM | Show all posts
najib888 replied at 18-11-2019 12:21 PM
ada kot.. tapi biasa la..hal2 dalam kain, depa kepung.. tak mau public tau..

samalah macam kes2 ...

ala ala meniaga/ kerja dpt gaji tinggi even kelulusan tak tinggi..
mcm tu la metafora dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:24 PM | Show all posts
palmolive replied at 18-11-2019 12:00 PM
parti2 melayu dlm PH ni mmg suka bertelagah ker?
aku takder terbaca pasal DAP bergaduh sesama sndir ...

dorang gaduh senyap2 style deep state

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 12:26 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 18-11-2019 12:24 PM
dorang gaduh senyap2 style deep state

cing cong cing cong bagai versi senyap2
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:29 PM | Show all posts
diabetic makan popcorn tengok drama pepuak ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
zuraida , u ni tak payah la bukak mulut
asal bukak mulut je semua citer sampah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bosan la eda ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 18-11-2019 12:29 PM
diabetic makan popcorn tengok drama pepuak ni

Tukar la kepada snack sihat iaitu badam..

Ok PKR korang bergaduh.. Aku tukang jual badam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 18-11-2019 12:00 PM
parti2 melayu dlm PH ni mmg suka bertelagah ker?
aku takder terbaca pasal DAP bergaduh sesama sndir ...

Ada cuma tak byk...contohnya mcm pengerusi DAP perak dgn adun yg dituduh merogol amah tu. Cuma tak kepoh mcm hok abe nong dengan azming ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti anak beranak apa nak heran
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:21 PM | Show all posts
Zuraidah ni buruk sungguh rupa dia. Suami dia mesti rabun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 18-11-2019 12:00 PM
parti2 melayu dlm PH ni mmg suka bertelagah ker?
aku takder terbaca pasal DAP bergaduh sesama sndir ...

Dap siap begaduh pasal tipu pemilihan. Hujungnya lge kata silap kira pakai excel. Selamba aje. Kau rasa? Ke kau anggap dia genius pandai math?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang politik 24 jam hanya pikir pasal kuasa, jawatan, projek, duit, sailang kawan, hantar santau, pendinding, penunduk entah apa2 lagi. Tapi rakyat marhain masih percayakan golongan ini yang membela nasib rakyat. Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:21 AM | Show all posts

Itu belum lagi dia jadi PM.  2 x 5 ler mcm Najib ambil hati rakyat dgn bagi dedak, dedak dedak .  Rakyat jenis pemalas mmg ler suka sebab rakyat jenis pemalas yang dok melangut di kedai kopi pagi petang siang malam buka mulut jer nak govt bagi 1000 sebulan.


Anyway .. Kalau rakyat boleh undi pilih PM - Tun M, Anuar, Najib  & Ngar Ko Meng aiii pasti semua cina akan undi Ngar Ko Beng. Melayu pula mcm biasa akan berpecah dan akan pilih pemimpin semburit tak pun Najib. Melayu jenis pemalas bukan kesah pun sumber duit yang mereka dpt janji idup senang. Negara hutang billion pun no hal. Ibaratnya kalau negara ini seorang perempuan -- rakyat akan paksa perempuan ini jual pek pek, bulu, etc JANJI Melayu pemalas idup senang lenang.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:59 AM | Show all posts
apam replied at 19-11-2019 12:04 AM
Dap siap begaduh pasal tipu pemilihan. Hujungnya lge kata silap kira pakai excel. Selamba aje. Kau ...

dulu pandang tinggi gak..ala biasa la tipikal kita pandang cina mesti terer kira2..
rupa2nya..berubah anjakan paradigma aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.514836 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list