Warga Cyberjaya berdepan insiden mendebarkan apabila berlaku adegan kanak-kanak lelaki 'dilarikan' ibu kandungnya.
Kredit foto: FB Cyberjaya Info
Menerusi Facebook Cyberjaya Info, kejadian dikatakan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya pada Khamis lalu.
"Difahamkan, insiden tercetus kerana perebutan anak antara ibu kandung dengan keluarga angkat yang menjaganya sejak usia 3 hari (berdaftar dengan JPN)."
Menurut saksi kejadian, kanak-kanak lelaki di dalam kereta menjerit meminta tolong dan enggan mengikut ibu kandungnya menaiki kereta Perdana hitam.
Jelas kelihatan menerusi video yang menunjukkan orang ramai menghalang kereta berkenaan dan membantu menarik mangsa yang dikenali sebagai Haikal keluar.
Insiden tarik-menarik dan pertikaman lidah kemudian dileraikan polis yang tiba di lokasi kejadian.
Dalam kemas kini terbaru mengenai kejadian, pak cik angkat mangsa iaitu Azmil Aziz memaklumkan Haikal sudah pulih daripada trauma.
Sementara itu, sepasang suami isteri direman empat hari untuk membantu siasatan. - CARI |