CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1291|Reply: 16

[Tempatan] Mesej 'PM akan umum letak jawatan’ palsu, kata pegawai PMO

[Copy link]
Post time 18-11-2019 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Mesej 'PM akan umum letak jawatan’ palsu, kata pegawai PMO

https://www.malaysiakini.com/news/500235

News  |  Diterbitkan Hari ini 1:11 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:14 tengahari



Seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengeshkan bahawa mesej yang menyebut Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam masa terdekat yang diedarkan di media sosial adalah tidak benar.

Ini berlaku selepas kekalahan Pakatan Harapan Sabtu lalu pada pilihan raya kecil Tanjung Piai, yang menurut pengkritik Dr Mahathir kekalahan itu sebagai referendum rakyat terhadap kepimpinannya.

"Betul, ia tidak benar," kata pegawai itu kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.



Pegawai itu juga menyangkal mesej yang kononnya menyatakan bahawa media telah diarahkan untuk tidak memberikan sebarang akses kepada Mahathir kerana dia merancang untuk mengumumkan peletakan jawatannya.

"Belum disahkan tetapi agensi berita diarahkan agar tidak memberi akses kepada Tun M untuk sebarang bentuk wawancara secara langsung untuk menghalangnya daripada berkata perkara yang tidak menyenangkan, termasuk meletak jawatan dengan segera tanpa mengumumkan penggantinya.

"Tun M telah terbang ke luar negara sejam yang lalu .. berita sedang disahkan sekarang .. Esok, satu referendum akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Harapan tanpa Tun M," petik mesej yang menjadi tular di media sosial hari ini.

Sebalik pegawai itu berkata Mahathir menghadiri mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 di Jabatan Perdana Menteri pagi ini.

"Dia bukan berada di luar negara," kata pegawai itu sambil menambah perdana menteri sedang bekerja seperti biasa.



Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai Sabtu lalu, calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi. Dia mendapat 25,466 undi berbanding calon PH, Karmaine Sardini yang hanya memperolehi 10,380 undi.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata majoriti besar BN itu adalah satu kejutan.

"Majoriti yang diperoleh oleh pembangkang adalah satu kejutan dan juga mesej kepada seluruh kepimpinan Pakatan Harapan. Kita mesti belajar daripada keputusan pilihan raya itu," kata Anwar.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali menyarankan agar Mahathir meletak jawatan selepas kekalahan pilihan raya berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 01:31 PM | Show all posts

letak jawatan...? mana mungkin

bubar  parlimen? ehem ehem
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-11-2019 01:31 PM
letak jawatan...? mana mungkin

bubar  parlimen? ehem ehem

sarawak nak hal blk kena bubar parlimen sis..  curah minyak skit haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:37 PM | Show all posts
dino replied at 18-11-2019 01:33 PM
sarawak nak hal blk kena bubar parlimen sis..  curah minyak skit haha





Klu sarawak jadi third force shingga myebabkan Parlimen bubar pun x guna..

alih2 tun jual air mata magic dia...tup tup korg angkat dia jadi balik jd pm ke-8 utk betulkan balik kesilapan lepas...

hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-11-2019 01:37 PM
Klu sarawak jadi third force shingga myebabkan Parlimen bubar pun x guna..

alih2 tun ju ...

weh org dah benci thp apa dah
menangis airmata darah pun tarak guna haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang Non sedang berdoa berita ini benar.....namun hampa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat aku mcm ni.. Ok la.. Bulan depan aku top up grab pay...

Berdasarkan ramalan nenek moyang siam aku.. Aku percaya 2020 Malaysia Memilih
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bubar parlimen la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 01:43 PM
Penat aku mcm ni.. Ok la.. Bulan depan aku top up grab pay...

Berdasarkan ramalan nenek moyang s ...

Wawasan 2020 menjadi Malaysia Memilih la ya...
Apapun moga2 kita masih bekerja dan bergaji lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 18-11-2019 01:52 PM
Wawasan 2020 menjadi Malaysia Memilih la ya...
Apapun moga2 kita masih bekerja dan bergaji lagi.. ...

Kalau kita yakin rezeki tu pada Allah.. Kita x risau sapa pun memerintah.. Yg dibising sbb depa buat x betul.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:01 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 18-11-2019 01:52 PM
Wawasan 2020 menjadi Malaysia Memilih la ya...
Apapun moga2 kita masih bekerja dan bergaji lagi.. ...

siapa yg nak dipilih 2020 ni? semuanya underqualified and incompetent....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai Tak menyempat2 dah tinggal 1 majoriti
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-11-2019 02:00 PM
Kalau kita yakin rezeki tu pada Allah.. Kita x risau sapa pun memerintah.. Yg dibising sbb depa bu ...

Aha.. Rezeki dari Allah...
Manusia cuma medium aje..
Tapi kita nakkan keamanan...
I ni banyak sangat tengok berita luar negara, tengok movie...
Selalu je terfikir macam mana la kalau negara berperang, tetiba ada zombie, alien turun..
Hahahahaha..... Macam2
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 18-11-2019 02:01 PM
siapa yg nak dipilih 2020 ni? semuanya underqualified and incompetent....

Entah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 18-11-2019 02:03 PM
Aha.. Rezeki dari Allah...
Manusia cuma medium aje..
Tapi kita nakkan keamanan...

Kerajaan skrg byk memain perkauman.. Kaum majoriti dah mula panas.. Tapi depa masih tak sedar lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:26 PM | Show all posts
atuk bubar je parlimen
nk tgk bang non bakal pm sampai ke tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat melayu dlm dilema....klu mader turun yg naik pastinya bang non. Lg senang kena makan dg DAP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066387 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list