CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 976|Reply: 5

[Dunia] Terpengaruh nak jadi hero, kanak-kanak lima tahun makan serbuk putih utk jadi Sp

[Copy link]
Post time 18-11-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Makan serbuk putih jadi Spider-Man
Agensi

BOSTON: Seorang budak lelaki berusia lima tahun memberitahu guru tadikanya bahawa dia menjadi ‘Spider-Man’ apabila memakan serbuk putih milik bapa yang ditemui dalam beg sekolahnya menyebabkan guru berkenaan menghubungi polis.

Polis yang datang ke tadika di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat, Khamis lalu, kemudian mendapati bungkusan serbuk putih dalam beg sekolah kanak-kanak berkenaan adalah heroin.

Menurut laporan Daily Mail, polis kemudian menyerbu rumah kanak-kanak itu dan pemeriksaan menemui lebih 200 bungkus dadah jenis heroin serta kokain termasuk 150 yang ditulis dengan perkataan ‘Power.’

Serbuan itu membongkar kegiatan pengedaran dadah bapanya dan polis menahan lelaki itu yang dikenali sebagai Benny Garcia.

Garcia sudah dihadapkan ke Mahkamah Daerah Holyoke atas dakwaan memiliki dan mengedar dadah serta mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Penolong Peguam Daerah, Matthew Green, memberitahu mahkamah kanak-kanak itu menunjukkan kepada gurunya satu bungkusan plastik yang ditampal dengan gambar Spider-Man.

Green yang menyifatkan situasi itu amat mengejutkan berkata, kanak-kanak terbabit memberitahu gurunya dia menjadi adiwira apabila memakan serbuk yang dipercayai diambil dari ruang tamu rumahnya.

Kanak-kanak itu yang dihantar ke Pusat Perubatan Baystate untuk pemeriksaan disahkan selamat.

Jurucakap polis, James Albert berkata, kejadian itu begitu mengejutkan kerana ia amat jarang berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti mimpi fly kan dik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:19 PM | Show all posts
Terbaik adik ni. Moga2 tak ada kesan buruk akibat dari termakan heroin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi jadi spiderman ke dik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 08:51 PM | Show all posts
Hahahaha laawak gila  .. harap tak ada apa2 lah budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bhyanya. nsib baik xsmpai overdose. bgus jgk bdk ni petah bckp bgtau cikgu & cikgu bijak trus amik tndakan. dasar bapak xguna
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.198469 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list