CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 974|Reply: 7

[Tempatan] 19 bulan dibawah kerajaan PH. Saham tempatan harga murah pun pelabur asing tak m

[Copy link]
Post time 18-11-2019 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Saham tempatan murah tapi gagal ‘goda’ pelabur
Bloomberg -
18 November 2019


KUALA LUMPUR – Biarpun pasaran saham tempatan merudum namun ia gagal menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini menyebabkan ekuiti-ekuiti tempatan berada pada paras paling rendah di rantau ini.

Saham-saham tempatan telah jatuh ke paras nilai terendah dalam sedekad ini.

Namun pakar-pakar kewangan menyifatkan kejatuhan harga sahaja tidak mencukupi untuk ‘menggoda’ para pelabur menghadapi risiko politik negara yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Pelaburan Ekuiti Asia di UBP Asset Management Asia Ltd, Michiel van Voorst memberitahu Bloomberg, “penilaian tanpa pemangkin tidak mencukupi.

Sebaliknya, kitaran keuntungan perlu ditambah baik melalui peningkatan tambahan.

Sejak Pakatan Harapan (PH) menang secara mengejut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu, para pelabur asing telah membawa keluar berbilion-bilion dolar daripada pasaran tempatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat tahun ini sebanyak AS$2 bilion dibawa keluar.

Aliran keluar modal Malaysia adalah terburuk dalam pasaran-pasaran baru muncul Asia dengan saiz lebih besar berbanding Thailand, yang menyaksikan sejumlah AS$446 juta dibawa keluar.

Pelbagai perkara yang menyumbang kepada keadaan itu, yang menurut Bloomberg sebahagiannya disebabkan oleh pembatalan projek infrastruktur utama kerajaan daripada pentadbiran terdahulu.

Pelabur juga berhati-hati dengan pergolakan politik lanjutan pilihan raya umum yang belum berakhir kerana PH masih harus menangani peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketidakpastian tentang siapa yang akan menjadi perdana menteri yang akan datang dan kemajuan kecil dalam dasar kerajaan tidak menjadikan Malaysia menonjol di antara negara-negara lain,” ketua pegawai pelaburan Ang Kok Heng di Phillip Capital Management.

Memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia kini menjadi semakin terdesak untuk PH selepas ia mengalami kekalahan hebat dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai pada Sabtu lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri budus tak reti buat keje.. skit2 1mdb
tu jela die tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak per.. kroni2 Atok n Dapigs kan ada. Ntah2 ni taktik diaorang jer. Kasi jatuh harga saham n beli. Lepas tu kasi BN menang nxt PRU n jual bila BN berjaya naikkan ekonomi negara balik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 18-11-2019 02:12 PM
menteri budus tak reti buat keje.. skit2 1mdb
tu jela die tahu

tak imdb, hutang rosmah, lepas tu sungai buloh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 03:07 PM | Show all posts
tula...PH x nak lantik lapiji..dia punya formula mantop....hanpa PH x mo ikut...dah dia merajuk..cuti rehat 4 tahun dari politik
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 18-11-2019 02:32 PM
Tak per.. kroni2 Atok n Dapigs kan ada. Ntah2 ni taktik diaorang jer. Kasi jatuh harga saham n beli. ...

ekonomi dah ok, main fitnah lagi.. jadi kerajaan balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 03:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Saham dah murah tapi volume takda...orang Tak nak beli.

Maksudnya diorg Tak nampak apa2 YG menarik dlm pentadbiran atok...dengan kata lain takda Umpphh gitchew.

Tolong buang mumia Firaun tu dari pentadbiran Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070049 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list