CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 5

[Tempatan] Peguam negara arah kes Beng Hock disiasat semula

  [Copy link]
Post time 18-11-2019 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Peguam negara arah kes Beng Hock disiasat semula

https://www.malaysiakini.com/news/500272

News  |  Diterbitkan Hari ini 4:09 petang  |  Dikemaskini Hari ini 4:16 petang



Peguam Negara Tommy Thomas mengarahkan kes laporan kematian mengejut Teoh Beng Hock disiasat semula bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah), kata Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin.

Noor Azam berkata polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Bukit Aman bagi menyiasat perkara itu.

Siasatan semula itu bagi dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kematian mendiang adalah kesalahan jenayah, mendiang jatuh dari bagunan kerana tindakan menyalahi undang-undang dan didorong pihak tidak dikenali termasuk pegawai SPRM dan mendiang ditahan secara konstruktif.

Berdasarkan seksyen itu, sesiapa yang mengurung mana-mana individu secara salah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut polis, setakat ini lima pihak telah dirakamkan percakapan mereka, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan peguam M Manoharan.

Penulis Tricia Teoh yang membangkitkan isu kematian mendiang dalam akhbar pada Julai lalu akan turut dipanggil membantu siasatan.

Noor Azam Jamaludin

"Pihak polis juga akan memanggil beberapa saksi awam termasuk SPRM bagi siasatan lanjut untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat ini.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dari masa ke semasa,” kata Noor Azam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 04:33 PM | Show all posts
Kes Adib apa citer? Apa update terkini? apa yg uncle tommy dah proceed setakat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 04:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes adik yg sah2 dibunuh.. Haramjadah x ada pun tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:28 PM | Show all posts
Harap kalau buka balik kes ni; Ronnie Liu tertangkap dan terlokap lah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071669 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list