CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5958|Reply: 38

[Tempatan] Dekan universiti hantar 6 beg sampah ke Foodpanda

[Copy link]
Post time 18-11-2019 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-11-2019 09:31 AM

Dekan universiti hantar 6 beg sampah ke Foodpanda

https://www.malaysiakini.com/news/500285

Diterbitkan Hari ini 4:53 petang  |  Dikemaskini Hari ini 4:53 petang



Enam beg Foodpanda dilonggokkan di lobi sebuah bangunan mewah 39 tingkat di Kuala Lumpur pagi ini.

'Penghantaran khas' itu dibawa oleh Andy Hickson, Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi HELP University.

Lazimnya, pemesan akan menyambut pembawa beg merah jambu itu dengan senyuman, sebelum dihulurkan makanan di dalam beg berkenaan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua jam, tiada sesiapa menyambut penghantaran Hickson, yang hadir lengkap bersut hitam dan tali leher.

Enam beg Foodpanda yang dibawa Hickson juga tidak seperti lazimnya. Ia terpalit dengan kotoran. Di dalamnya berisi botol kosong, tin bir kosong, bekas makanan plastik dan barang buangan lain.

Semua itu, termasuk enam beg berkenaan dikutip dari tempat pembuangan sampah haram berhampiran hospital Orang Asli di Jalan Gombak.

Malaysiakini pada 5 Nov lalu melaporkan penemuan yang dibuat Hickson serta penduduk tempatan berhubung longgokan sampah di kawasan itu.

Pada hari sama, Foodpanda mengumumkan akan melancarkan siasatan segera terhadap dakwaan banyak sampah syarikat itu dibuang di kawasan hutan berkenaan.

Syarikat penghantaran makanan itu juga berkata akan melawat tapak tersebut untuk melupuskan sampah Foodpanda.

Dua hari kemudian, The Star melaporkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil untuk membersihkan kawasan berkenaan. Ia merupakan satu daripada 10 kawasan pembuangan sampah haram sepanjang 26km Jalan Gombak Lama-Bentong (FT068) di bawah pemantauan jabatan berkenaan.



Bagaimanapun, Hickson hari ini berkata kunjungannya ke keawasan itu pada Sabtu lalu mendapati tiada perubahan dilakukan.
Hickson kemudian mengambil keputusan untuk campur tangan.

"Saya ambil masa kira-kira tiga jam untuk mengisi beg berkenaan dengan pelbagai jenis sampah. Dalam proses itu, tangan saya terluka dan baju saya koyak," katanya.

Kata Hickson, pada mulanya dia tidak rancang untuk menyasarkan Foodpanda, namun selepas mendapati dia kehabisan beg sampah, dia menyedari beg-beg syarikat penghantar makanan itu dapat memuatkan lebih banyak sampah di kawasan berkenaan.

"Saya berjaya membawa keluar 15 beg," kata warga kelahiran Britain itu yang menghabiskan beberapa tahun hidupnya tinggal bersama Orang Asli Temiar di Kelantan.

Sementara menunggu wakil pihak pengurusan Foodpanda tiba, kehadiran Hickson di lobi bangunan itu menarik perhatian individu yang kerja di bangunan berkenaan.

Selepas hampir sejam, sekumpulan polis bantuan diarahkan oleh pengurusan bangunan menghampiri Hickson dan bertanya sama ada dia mempunyai kebenaran rasmi berada di bangunan itu.



Hickson kemudian bertegas bahawa dia tidak akan meninggalkan bangunan berkenaan jika tidak berjumpa wakil Foodpanda. Dia menegaskan bahawa Foodpanda juga tidak mendapat kebenaran untuk membuang beg mereka di kawasan hutan berkenaan.

Selepas polis bantuan gagal memanggil wakil Foodpanda turun, sesemua enam beg berisi sampah itu dibawa ke tingkat 37 yang menempatkan pejabat syarikat penghantar makanan itu.

Hickson kemudian dipanggil untuk berjumpa pengurusan Foodpanda.

"Dua individu yang berjumpa saya ramah. Mereka kata mereka mahu buat sesuatu tentang perkara ini dan memberi gambaran mahu bekerjasama dengan saya," kata Hickson kepada Malaysiakini selepas perjumpaan yang berlangusung kira-kira 30 minit itu.

"Tapi bagi saya, penyelesaian yang lebih baik adalah jika mereka melibatkan penduduk setempat," katanya.

"Penduduk di Gombak, mereka hanya mahu hutan yang bersih. Mereka mahu membersihkan kekotoran ini, sampah yang mencemarkan tanah mereka, mencemarkan sungai dan anak-anak mereka," kata Hickson sambil mencadangkan agar Foodpanda dan kumpulan lain menawarkan insentif kepada penduduk setempat untuk membersihkan kawasan berkenaan.



Ditanya sama ada syarikat itu sedar beg-beg mereka dibuang di kawasan berkenaan, Hickson percaya bahawa Foodpanda tidak bertanggungjawab secara langsung dalam situasi itu.

"Bagi saya secara peribadi, apa yang terjadi ialah siapapun pihak yang membuang beg berkenaan ambil jalan mudah dan buang di situ. Foodpanda kata mereka masih siasat dan mereka pun tidak tahu," katanya.

Malaysiakini masih cuba menghubungi Foodpanda kerana tiada wakil syarikat itu yang boleh dihubungi untuk mengulas isu berkenaan selepas perjumpaan dengan Hickson.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Iols ingatkan company yg berteraskan gig economy nie eco friendy. Rupanya sama aje tarafnya dgn kilang kimia sg Kim Kim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 18-11-2019 05:35 PM
Wow! Iols ingatkan company yg berteraskan gig economy nie eco friendy. Rupanya sama aje tarafnya dgn ...

Yo la kan uols, ala2 company konsep sustainable future gitu, tapinya

Sad truth!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa buang bag tu..boleh recycle guna isi barang gi camping...fishing...ha ha....bg kat iols satu dekkk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 06:44 PM | Show all posts
dekan...tp language dia....mencarut je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:07 PM | Show all posts
terbaikkk........................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2019 07:30 PM | Show all posts
lain betul mentaliti orang putih ni, walaupun sendiri sahaja sangup bersusah payah untuk bawa isu ini ketengah supaya diambil serius. sampai pungut sampah tu... klu setengah orang kita barangkali tak suka tp taklah sampai mcm tu sekali dia buat atau mungkin ada yg buat dono shj..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 07:48 PM | Show all posts
tak sangka cam tu sikap Foodpanda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu food panda...boooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
realist_13 replied at 18-11-2019 10:10 AM
Yo la kan uols, ala2 company konsep sustainable future gitu, tapinya

Sad truth!

Sustainable is the keyword. Foodpanda kenalah amik tahu contractor diorang buang sampah kat nana. Nanti jd mcm kat uk tu. Resident gigih recycle tengok2 sampah2 recycle tu terdampar kat Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit demi sedikit reputasi syarikat ini terjejas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 10:49 PM | Show all posts
semoga ada tindakan untuk membersihkan kawasan itu diambil dengan cepat, dan foodpanda kena buat sesuatu terhadap perkara ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 18-11-2019 10:49 PM
semoga ada tindakan untuk membersihkan kawasan itu diambil dengan cepat, dan foodpanda kena buat ses ...

Uish, igtkan kat luar negara, ruoenye kt malaysai
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 18-11-2019 06:23 PM
Kenapa buang bag tu..boleh recycle guna isi barang gi camping...fishing...ha ha....bg kat iols satu  ...

beg tu blh tahan gak regenyaa..ish ish ish..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
YB makan gaji buta ke?
Yang berhormat ke atau YANG BEREHAT?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:34 AM | Show all posts


Tak silap jawapan dari foodpanda dulu - bag bag itu dibuang oleh pihak pengilang. Mungkin tak sampai piawaian tertentu.


Patut jbt alam sekitar siasat dan DENDA satu juta kpd sykt foodpanda barulah sykt makananberuang ini belajar dan lebih berhati hati. Masalahnya mana orang jbt alam sekitar? kenapa mat salleh jugak yang kena buat? tak malu ke? ke memang jenis tak malu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 12:47 AM | Show all posts
foodpanda kena lupuskan beg dgn cara yg beretika, kalau main buang je merata rata, org boleh ambil dan salah guna. pakai beg konon konon rider, masuk kondo dan buat benda yg tak sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 05:26 AM | Show all posts
kira dia ni activist persekitaran lah ye. terbaik prof
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Malunya...bad foodpanda
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:26 AM | Show all posts
teringat bideo ngesek rider foodpanda. @Kurex dah tengok lom?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076036 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list