View: 3588|Reply: 29
|
[Tempatan]
7 ekor lembu mati dilanggar lori
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 18-11-2019 05:42 PM
7 lembu bergelimpangan dilanggar
Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
TUJUH yang ditemui mati bergelimpangan di Kilometer 31 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Batu Karang di Kampar hari ini adalah disebabkan kemalangan dan bukannya diracun seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kemalangan kira-kira 4 pagi itu membabitkan dua kenderaan dengan sekumpulan lembu melintas jalan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta yang belum dikenal pasti.
“Hasil siasatan mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dari Ipoh menuju ke Kampar dan sebaik sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba sekumpulan lembu keluar dari sebelah kiri jalan.
“Oleh kerana jarak terlalu dekat menyebabkan lori berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar lima ekor lembu berkenaan.
“Pada masa sama sebuah kereta yang belum dikenal pasti jenis serta pemandunya yang datang dari arah bertentangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar dua lagi lembu melintas di laluannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu kereta masih belum melaporkan kemalangan berkenaan.
“Susulan kemalangan itu, lori terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan cermin hadapannya retak, selain lampu hadapan kiri dan kanan pecah,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lembu2 ni, siapakah owner lembu yg sangat terlebih lembu dari lembu2 itu |
|
|
|
|
|
|
|
tuan lembu bodoh lebih daripada lembu, sayang duit nak buat kandang..sekali kena langgar 7 ekor mati..seekor berapa harga..
bela haiwan ternakan, malas nak kandang, nak kena bagi makan,lepas bebas merayau merata, rosak tanaman orang ,berak kencing merata |
|
|
|
|
|
|
|
dah mati sepah macam ni, xde sapa berani mengaku tuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 ada ka org nak ngaku tuh lembu2 dia??? dok umah diam2 nangis bucu katil la jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada tuan yg mengaku tuan lembu jenuh nak angkat sekor2. |
|
|
|
|
|
|
|
Mati xsempat nk sembelih..kesian lembu dapat tuan berotak lembu |
|
|
|
|
|
|
|
Non moslem bolehlah kutip buat makan |
|
|
|
|
|
|
|
Tuannya fikir rugi sendiri je ke. Kos membetulkan cermin dan bahagian lori yang rosak siapa pula nak tanggung. |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla lembu mati dari driver x bersalah mati kan. Owner lengkali buat kandang besar2 dgn rumput2 hijau, senang lembu nak bergerak n makan, plus x masuk kawasan orang, x lintas jalan raya. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga rohnya dicucuri rahmat
masa hayatnya, mereka rajin shalat dan hormat org tua |
|
|
|
|
|
|
|
Huaaaa tadi pun aiols almost dah eksiden dgn lembu. Cuak weh huhu. Nasib umur panjang, takde kete dari depan time aiols elak |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib driver selamat. Ko imagine kalau yang bawak motor langgar. tak ke naya. Padan muka owner lembu rugi besar, tapi kesian la dgn lembu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hr tu kerbau, yg ni lembut plk
Kesian kat binatang yg x berdoa disbbkan tuan yg akal letak kat lutut
Nak bela tu buatlah cara yg betul bkn dibiokan aje lembut tu gie mana suka |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah kawan iols meninggal accident berlanggar dengan lembu. Pastu owner lembu claimed bukan lembu dia..hangguk sungguh. Zalim tau owner camni pada lembu n orang awam |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong tangkap owner lembu... bahayakan pemandu.. nasib lori.. kalau keta ke... remuk |
|
|
|
|
|
|
|
area nih dulu kerbau bersepah....
lepas 2 - 3 ekor mati...jarang pulak nampak...
la ni...lembu pulak....
dengar crita tak der siapa ngaku tuan lembu tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|