View: 18303|Reply: 158
|
Lufya-kejap nak cerai kejap tak jadi cerai pulak
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 18-11-2019 06:34 PM
Kejap nak cerai, kejap tak. Mana satu ni?
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my
PELAKON dan penyanyi Lufya Omar keliru apabila Che Muhammad Hafiz Che Baharum menukar pendirian dengan menolak untuk bercerai sedangkan sebelum ini suaminya itu mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya ketika ditemubual beberapa media.
Kenyataan itu diberikan Lufya sewaktu ditemui selepas sebutan pertama kes cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor, 3 petang tadi
"Saya tak boleh nak komen banyak kerana kes ini belum selesai. Apa yang pelik dia sudah ceraikan saya menerusi WhatsApp dan memaklumkan perkara itu kepada beberapa media.
"Sekarang, dia tarik balik dan cakap tak mahu ceraikan saya,” katanya kepada Harian Metro.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, menzahirkan rasa syukur kerana diberi kekuatan untuk membawa puteri tunggalnya bertemu Che Muhammad Hafiz.
"Alhamdulillah, hari ini saya dapat kekuatan bawa Laana Haura untuk bertemu bapanya selepas beberapa bulan tidak bersua muka.
"Saya mahu anak saya dapat kasih sayang daripada bapanya. Tadi pun, berkali-kali Laana Haura panggil bapanya. Apa pun terjadi, dia tetap bapa kepada anak saya," katanya.
Sementara itu, Che Muhammad Hafiz, 29, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengapa menolak untuk bercerai.
"Saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam menasihati saya supaya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah,” katanya.
Ditanya mengenai anak, Che Muhammad Hafiz berkata dia tidak akan pisahkan Laana Haura daripada ibunya.
"Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya," katanya.
Lufya hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Fadhlina Sidek manakala Che Muhammad Hafiz pula bersama peguamnya, Muhammad Hilmi Musa.
Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Disember 2019.
Kedua-dua pihak perlu melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) masing-masing dan mahkamah juga akan melantik JKP dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.
Sebelum ini, perbicaraan berlangsung pada 16 Oktober namun Che Muhammad Hafiz tidak hadir atas sebab tertentu.
Pasangan Lufya dan Che Muhammad Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan isu pergolakan rumah tangga mereka mula menjadi perbualan ramai sejak Oktober 2018.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkn parti bole u turn..ini kan pulak suami isteri..ehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Owh byk tahun jugak muda suami lufya ni daripada dia ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman skrg , pattern - benda yg mudah kita dipersusahkan, biasa la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-11-2019 07:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
anarina replied at 18-11-2019 06:59 PM
Zaman skrg , pattern - benda yg mudah kita dipersusahkan, biasa la tu
Mgkn dpt inspirasi dari sarnaaz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada berlakon mana2 ke skg? Rasa tak layak dh dia ni masuk board sini.. sbb sendu sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Team Adira, sengkek takda duit nak bela anak. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya mahu anak saya dapat kasih sayang daripada bapanya. Tadi pun, berkali-kali Laana Haura panggil bapanya. Apa pun terjadi, dia tetap bapa kepada anak saya," katanya.
"Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan abaikan anak. Pada masa sama, saya tidak akan pisahkan dia dengan Lufya," katanya.
respeklah kamu berdua.
moga dapat selesai baik baik na. apa pun aku doakan segala dipermudahkan. amin amin aminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Sian anak dapat bapak suka pose menonggek. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah jatuh pun talak, masih boleh rujuk.
Buatla yg terbaik demi anak.
Kadang2, bila sebut tentang rumahtangga, org akan cakap tentang suami dan isteri je.
Kadang2 deme lupa, anak tu sebahagian dari rumahtangga.
Kadang2, rendah kan ego, lebih baik.
Kadang2, org cuma pandai cakap je, dia pun tak paham apa yg dia cakap. Saya lah tu.
Bercakap ni memang best.
Moga yg baik2 aje utk Lanaa Haura. |
|
|
|
|
|
|
|
Tula. Lengkali senyap2 ja. Haritu dah malukan tok laki, update IG macam2 pastu kembali balik. Apalaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Ok I baca ni katanya laki dia yg U-turn, bukan si lufya..apsal lufya lak kena bash? |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan, x usah la merempan kt socmed. dh ludah kan malu nk jilat balik |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 18-11-2019 09:46 PM
Ok I baca ni katanya laki dia yg U-turn, bukan si lufya..apsal lufya lak kena bash?
Negara2 timur memang gitew uollss.
Apa2 hal, perempuan yg salah |
|
|
|
|
|
|
|
Musim belah2x pantai timur berkecamukkkks rumah tangga... |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 18-11-2019 09:46 PM
Ok I baca ni katanya laki dia yg U-turn, bukan si lufya..apsal lufya lak kena bash?
Depa bace tajuk ...x bace isi dlm haha |
|
|
|
|
|
|
|
misuke replied at 18-11-2019 09:49 PM
kesimpulan, x usah la merempan kt socmed. dh ludah kan malu nk jilat balik
Betul tuhhhh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 18-11-2019 09:46 PM
Ok I baca ni katanya laki dia yg U-turn, bukan si lufya..apsal lufya lak kena bash?
Kan.. pehal pulak lufya yg kena.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|