View: 742|Reply: 5
|
[Tempatan]
Penjawat awam Melaka dapat bantuan khas RM1000 bulan depan
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah, bonus RM1,000
Nurul Fhatihah Zakinan
am@hmetro.com.my
KERAJAAN Melaka hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada 5,300 penjawat awam di negeri itu.
Ketua Menteri, Adly Zahari ketika membentangkan Belanjawan 2020 negeri berkata, pembayaran membabitkan peruntukan RM5.3 juta itu akan dibuat Disember ini.
Katanya, pemberian bantuan khas itu bagi mengiktiraf sumbangan penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar kerajaan, program, projek dan perkhidmatan awam kepada rakyat.
“Pemberian ini bagi menyanjung tinggi sifat kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan serta melaksana sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan pengakhiran pembentangan belanjawan negeri ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020), 2019 di persidangan ketiga, penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 di Seri Negeri hari ini.
Sementara itu, Adly ketika ditemui pada sidang media mengulas laporan Ketua Audit Negara berhubung hutang awam kerajaan negeri menurun.
“Kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang awam negeri sebanyak RM10 juta, tahun lalu,” kata Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, dan Hal Ehwal Agama negeri itu.
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dalam kenyataannya mengulas, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Melaka 2018 mendapati tunggakan bayaran balik hutang awam meningkat RM56.69 juta kepada RM516.67 juta tahun lalu berbanding RM459.95 juta pada 2017.
Berdasarkan laporan itu, jumlah hutang awam kerajaan negeri menurun RM3.6 juta atau 0.4 peratus, tahun lalu kepada RM839.69 juta, berbanding RM843.29 juta pada 2017. |
|
|
|
|
|
|
|
aneh, bantuan sepatutnya untuk golongan tak upaya kerja |
|
|
|
|
|
|
|
penjawat awam keje under state tak ramai, bolehla bagi rm1k bonus, cuba penjawat awam under federal, tak dpt la hingga rm1k |
|
|
|
|
|
|
|
ohh....sungguh kejam dirimu HM...boleh tahan jugak kejam mu terhadap "beliau".... |
|
|
|
|
|
|
| |
|