CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2222|Reply: 24

[Tempatan] PINJAMAN TEKUN. Usahawan wanita yg gigih bayar balik pinjaman. Usahawan lelaki?

  [Copy link]
Post time 18-11-2019 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan wanita terbaik!

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan (MED) mendapati usahawan wanita sangat berdisiplin dalam membayar balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sejak tabung itu diperkenalkan 20 tahun lalu.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, keadaan itu memberi keyakinan kepada TEKUN untuk memberi bantuan lebih kepada usahawan wanita di bawah pembiayaan berkenaan.

“Kaum hawa lebih berdisiplin untuk bayar balik kepada TEKUN.

“Saya nak nyatakan di sini...tahniah kepada usahawan wanita TEKUN...mereka adalah masyarakat yang berdisiplin untuk bayar balik kepada TEKUN,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan dikemukakan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai pembabitan usahawan wanita di bawah TEKUN.

Katanya, dari 1998 hingga 31 Oktober lalu, TEKUN sudah menyalurkan RM2.7 bilion daripada RM5.6 bilion pembiayaan kepada usahawan wanita.

Mohd Redzuan berkata, berdasarkan jumlah peminjam pula, usahawan wanita mewakili 56 peratus iaitu 319,803 orang daripada keseluruhan 575,870 peminjam TEKUN.

Menjawab soalan Noraini yang mahu mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan mahu mengecilkan atau membubarkan TEKUN, Mohd Redzuan berkata, ia terpulang kepada kerajaan sama ada dijenamakan semula atau menstrukurkan semula agensi itu.

“Bagaimanapun, mulai tahun depan TEKUN akan memulangkan semula RM20 juta setahun kepada kerajaan.

“Ia (pulangan) adalah hasil pembaikan pengurusan membabitkan RM5.6 bilion agihan pembiayaan yang disalurkan TEKUN selama ini,” katanya.

Sementara itu, menyentuh kebimbangan sesetengah pihak berkenaan pengurangan peruntukan kepada TEKUN, Mohd Redzuan berkata, biarpun hanya RM105 juta peruntukan pembiayaan tahun depan, TEKUN akan menambah RM250 juta dengan dana pengurusan agensi itu sendiri.

“Hasil dari urus tadbir yang baik, dana suntikan ini dapat kita tingkatkan.

“Tahun lalu, kita dapat RM120 juta tapi kita belanjakan RM330 juta untuk usahawan TEKUN.

“Tahun ini, insyAllah kita akan tambah guna dana pengurusan kita sendiri tanpa harap kerajaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Staf tekun duk cite deyols cari cari peminjam kat rumah tapi rumah kosong. Entah ke mana peminjam gi lari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:29 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-11-2019 12:03 AM
Staf tekun duk cite deyols cari cari peminjam kat rumah tapi rumah kosong. Entah ke mana peminjam gi ...

yang kita btul2 nk pinjam, mcm mcm nak, siap kena tendang kesana kesini.. ada yg senang gila dpt tp bisnes takdak pun, sbb YB tolong.. tu yg mai rumah cari peminjam takdak sapa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah terfikir nak buat loan tekun
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Pembayar pinjaman terbaik :wanita
2. Pemandu terbaik :wanita
3. Pelajar terbaik : wanita
4. Usahawan terbaik: wanita


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ok jejans sume..plssss backup diri uolss..buktikan fakta tu sume salah belaka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 09:02 AM | Show all posts
Mmg betul kot data tu sbb kawan2 melepak aku pun ramai yang buat loan tekun nie & diaorg mmg tak pernah byr pun wpun dah bertahun. Buat loan guna kabel org politik.Proposal semua main copy paste jer & bukannyer buat bisnes pun. Lepas PRU14 hari tu semua tgh pening sbb job takda. Maklum arr selama ini mengharapkan kabel politik masing2 utk dapat job tepi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 19-11-2019 09:02 AM
Mmg betul kot data tu sbb kawan2 melepak aku pun ramai yang buat loan tekun nie & diaorg mmg tak per ...

Boleh ka proposal main copy paste.. Aku still blur tak ada idea nak tulis proposal utk loan tekun.. Aku nak buat nursing care.. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 10:22 AM | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2019 10:11 AM
Boleh ka proposal main copy paste.. Aku still blur tak ada idea nak tulis proposal utk loan tekun. ...

Boleh jer..tukar nama company & alamat. Content yg lain2 tu make sure sama ngan bisnes yg nak buat. Bukannyer diaorg hafal semua proposal pemohon. Ada beribu application yg nak kena check.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 19-11-2019 10:22 AM
Boleh jer..tukar nama company & alamat. Content yg lain2 tu make sure sama ngan bisnes yg nak buat ...

Punya la aku tolol.. Aku ingat x boleh copy paste.. Aiyooo

Awat la aku bodoh sgt.. Tq2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:25 AM | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2019 10:23 AM
Punya la aku tolol.. Aku ingat x boleh copy paste.. Aiyooo

Awat la aku bodoh sgt.. Tq2..

Ada masa kita jadi blur sbb byk sgt pikir benda yang tak sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 19-11-2019 10:25 AM
Ada masa kita jadi blur sbb byk sgt pikir benda yang tak sepatutnya

Aku ingatkan.. Proposal mcm buat assignment masa study..lagipun.. Ni 1st time aku nak buat proposal... Hahahaha..

Noted

Tq sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je yang betul-betul nak buat pinjaman Tekun ini dan dah ada premis sendiri. Tapi yang hairannya yang tak berdisiplin ini juga yang senang dapat. Harap pemeriksaan profil kewangan untuk pemohon Tekun diperketatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:32 AM | Show all posts
emmm aku risau betul dgn berita skrg..apakah lelaki msia menuju ke alaf biawak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:35 AM | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2019 10:28 AM
Aku ingatkan.. Proposal mcm buat assignment masa study..lagipun.. Ni 1st time aku nak buat proposa ...

No prob sis. Nie pun share pengalaman dari member2 yg pernah buat loan dgn tekun
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 19-11-2019 10:35 AM
No prob sis. Nie pun share pengalaman dari member2 yg pernah buat loan dgn tekun

Tq.. Nak kena study... Kalau baru nak mula.. Maknanya kena snap gambar premis yg kita nak sewa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 10:45 AM | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2019 10:37 AM
Tq.. Nak kena study... Kalau baru nak mula.. Maknanya kena snap gambar premis yg kita nak sewa?

Gambar kedai/premis (alamat yg akan diletakkan dalam proposal tu nnt).
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:03 AM | Show all posts
dpt loan gi perabih joli katak

enfon baru

pasang bini baru

angkat keta baru

senang citer suma baru

otak letak kat lutut

hujung2 kelaut

ni sume budaya jantan2 keparat

macai2 pengemis projek politik
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 19-11-2019 10:45 AM
Gambar kedai/premis (alamat yg akan diletakkan dalam proposal tu nnt).

Noted... Tau dah.. Tq2
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:57 PM | Show all posts
who run the world????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.076034 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list