CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DAPee

[Tempatan] TERKINI : 22 Ahli Parlimen BN Jumpa Azmin Ali

  [Copy link]
Post time 19-11-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
RVP20 replied at 19-11-2019 11:49 AM
BN tanpa Najib, Zahid, katak lompat parti, Nazri, Ku Nan, Lokman Adam & few others yg akan nampak le ...

Najib, Zahid, Nazri, Ku Nan, Lokman Adam  confirmed ke masuk penjara? kalau tk masuk penjara jgn nk sembang kencang kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 19-11-2019 01:15 PM

Azmin panggil tu mintak sapot incase undi tak percaya, parlimen sedang berlansung dah tu speaker Dap pulak anytime usul tak percaya boleh dibentang. Bn should do one thing, buat bodoh jer biar dia org berbunuhan biar jer. Biar jer bang non jadi pee m dia bkn reti mentadbir pun dia tak tahu camana nak solve this poblem things are just going to get worse  bagi rakyat rasa neraka yg diusahakan oleh mereka sendiri bagi peluang rakyat bertaubat hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap Atok n gang2 Hanching ni masuk jail semua sekali. Gaduh jer lah kat dalam jail. Semak dan sesak tengok diaorang dalam Parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp rasa jemin nk join umno balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:20 PM | Show all posts
haruslah replied at 19-11-2019 08:42 AM
untung laaa walau sepenggal bleh dapat pencen
org lain kerja sampai nak mati, pencen x sampai 2k

tu yg aziz bari Dapig all out nak jd MB perak dgn menjatuhkan Peja ...ramai ahli politik berebutkan pencen menteri besar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:22 PM | Show all posts
arnauld replied at 19-11-2019 11:59 AM
Azmin panggil tu mintak sapot incase undi tak percaya, parlimen sedang berlansung dah tu speaker Dap ...

mungkinkah azmin dlm maklumat ni dari informer2 dlm pkr ada rancangan nak gulingkn tun sbg perdana menteri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 12:25 PM | Show all posts
ikankeringmurah replied at 19-11-2019 11:58 AM
Najib, Zahid, Nazri, Ku Nan, Lokman Adam  confirmed ke masuk penjara? kalau tk masuk penjara jgn n ...

Kita tunggu je la keputusan mahkamah nanti walaupun ambik masa yg lama
Maybe juga ada yg meninggal dunia nanti

For GE15 nanti aku guna konsep lesser of 2 evils saja sebab politician ni bukannya boleh diharap sgt pun

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:02 PM | Show all posts
Dah tak percaya dgn mana2 ahli politik, semua sama je, fikir utk diri sendiri.
Bila dah duduk atas, lupa janji manis utk rakyat, gelap mata... nak kuasa semata. Setan betul laaa.

Sorang pun aku da x percaya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
RVP20 replied at 19-11-2019 09:34 AM
Soalan serius ni ?

Macam mana kita rakyat ni nak buat usul supaya pencen wakil rakyat/menteri e ...

MP jugak yg akan undi luluskan undang-undang. Kalau kau MP kau nak buat ke? Kau rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:05 PM | Show all posts
Dr M: Saya tak tahu apa dibincang MP BN, Azmin

https://www.malaysiakini.com/news/500381

Alyaa Alhadjri & Geraldine Tong

Diterbitkan Hari ini 12:43 tengahari



Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu butiran terpeinci mengenai pertemuan antara sekumpulan anggota Parlimen BN dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali malam tadi.

Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata beliau hanya mendengar mengenai perjumpaan yang diadakan di kediaman rasmi Timbalan Presiden PKR itu di Putrajaya.

"Saya mendengar mengenainya. Saya tidak tahu apa yang mereka bincang," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini.

Ketika ditemui pemberita di parlimen, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin turut mengakui tidak tahu mengenai perjumpaan berkenaan dan hanya membacanya melalui laporan media.

"Saya tidak tahu. Saya hanya baca berita yang anda semua laporkan.

"Jadi, saya tidak tahu cerita sebenar," kata Presiden Bersatu itu.

Malam tadi sekurang-kurangnya 22 anggota parlimen BN dan lima dari PKR dipercayai hadir di kediaman rasmi Azmin di Presint 10, Putrajaya.

Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam.

Tidak lama selepas anggota-anggota parlimen berkenaan dilihat meninggalkan kediaman Azmin, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa bekas naib presiden parti itu, Hishammuddin Hussein sebagai dalang di sebalik pertemuan tersebut.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan dakwaan Lokman dan bersedia untuk disiasat lembaga disiplin Umno.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:08 PM | Show all posts
Anwar: Kita mahu penjelasan dari Azmin

https://www.malaysiakini.com/news/500383

News  |  Diterbitkan Hari ini 1:04 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:04 tengahari



Presiden PKR, Anwar Ibrahim mahu timbalannya Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan sekumpulan ahli parlimen BN dan PKR malam semalam di kediaman rasminya di Putrajaya.

“Tentu kita akan minta penjelasan. Ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan, jadi sepatutnya beliau (Azmin) beri penjelasan,” kata Anwar ketika ditemui oleh wartawan di lobi parlimen hari ini.

Malam tadi, adalah dilaporkan sekurang-kurangnya 22 wakil rakyat BN yang berkumpul di kediaman rasmi Azmin yang juga adalah menteri ekonomi pada sekitar jam 9.30 malam dan perjumpaan berlangsung selama dua jam.

Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.

Wartawan Malaysiakini mengesahkan melihat dua ahli parlimen PKR yang hadir sama iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar.

Mengulas pertemuan itu, Anwar berkata beliau tidak pasti sama ada mesyuarat itu diadakan atas kapasiti parti atau kerajaan.

“Saya tidak tahu sebab itu saya minta lebih baik bagi penjelasan, kalau atas kapasiti parti ataupun kerajaan.

“Kalau kerajaan, mengapa ada MP yang tidak diundang?” soalnya.

Menjawap soalan wartawan sama ada Azmin perlu menghadiri mesyuarat biro politik PKR yang diadakan setiap Rabu, Anwar berkata ia sepatutnya.

“Itu sepatutnya, timbalan presiden wajib hadir,” katanya. Beliau menambah susulan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil di Tanjung Piai, Sabtu lalu, tindakan berkenaan adalah tidak sepatutnya.

"Kadang-kadang beberapa rakan kita ini tidak belajar dari pengalaman kekalahan parah di Tanjung Piai," katanya.

Selain mesyuarat biro politik PKR, Azmin turut dilaporkan tidak hadir pada mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang diadakan pada setiap bulan sejak pemilihan parti itu pada November 2018.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada 16 Nov menyaksikan calon BN Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti 15,086 undi.

Wee bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal, memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707), diikuti Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa (850) and dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:09 PM | Show all posts
‘Walau apa pun tujuannya, pertemuan di rumah Azmin tak sesuai’

https://www.malaysiakini.com/news/500366

B Nantha Kumar

Diterbitkan Hari ini 11:29 tengahari



Tindakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertemu sekumpulan ahli parlimen BN malam tadi di kediaman rasmi di Presint 10, Putrajaya akan mengundang persepsi kurang baik terhadap Pakatan Harapan.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang juga menyifatkan bahawa pertemuan tersebut diadakan pada masa yang tidak sesuai.

"Saya jujur tidak tahu tujuan dan butiran perjumpaan. Walau apa pun tujuan, masanya tidak sesuai dengan latar belakang PH kalah teruk di Tanjung Piai.

"Pertemuan (ini) mengundang persepsi kurang baik terhadap PH (dan) wajar dielak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu malam tadi, sumber berkata sekurang-kurangnya 22 MP BN berkumpul di kediaman rasmi Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.

Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.

Selain ahli parlimen BN, ahli parlimen PKR turut hadir.

Azmin melihat wartawan berkumpul di luar rumahnya tetapi tidak bertemu dengan mereka dan sebaliknya terus masuk dalam rumah.

Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin hari ini tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.

PKR ketika ini dilihat terpecah antara kem Azmin dan kem Anwar.

‘Lepas tewas, perlu dilihat utuh’

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberitahu bahawa PH perlu utuh dan padat untuk terus menerajui kerajaan.

"PH selepas tewas di Tanjung Piai mesti dilihat utuh dan padu untuk terus menerajui kerajaan.

"PH tegak di atas prinsip saling percaya dan hormat-menghormati sesama parti dalam gabungan," tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:11 PM | Show all posts
Hisham: Bukan saya rancang pertemuan MP BN dengan Azmin

https://www.malaysiakini.com/news/500360

News  |  Diterbitkan Hari ini 11:13 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 11:27 tengahari



Bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan bahawa beliau merancang pertemuan antara anggota parlimen pembangkang dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Putrajaya malam tadi.

"Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin Ali dan Ahli Parlimen pembangkang semalam tidak benar sama sekali.

"Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut. Namun, jika lembaga disiplin Umno nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan," katanya menerusi laman Twitter.

Hishammuddin mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin selepas berita pertemuan itu tersebar.

Bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan bahawa beliau merancang pertemuan antara anggota parlimen pembangkang dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Putrajaya malam tadi.

"Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin Ali dan Ahli Parlimen pembangkang semalam tidak benar sama sekali.

"Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut. Namun, jika lembaga disiplin Umno nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan," katanya menerusi laman Twitter.

Hishammuddin mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin selepas berita pertemuan itu tersebar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
BreakingBad replied at 19-11-2019 05:10 AM
Azmin ni suka berpolitik dari buat kerja hakiki menteri ke?

Kan? Entah apa function dia pada ekonomi negara. Ekonomi terumbang ambing sekarang ni, tak nampak apa apa effort dia pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara tu korang layan dulu cerekarama ulamak-ulamak politik ni ye.
Si saipudin tu harga barang pun tak boleh settle lagi pun sebok nak tau azmin bincang apa. Lantaklah. Ni zaman IT, kalau si azmin tak kasitau pun dorang boleh bincang macam-macam. Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:15 PM | Show all posts
Bila baca isu 22 MP BN dinner dengan Azmin sempena desakan kepada Tun post PH kalah teruk di Tg. Piai ni kita terfikir satu benda..

Agaknya kalau betul lah satu hari Tun Madey, PPBM dan Azmin desperate dan lompat masuk Muafakat Nasional dan ditakdirkan Muafakat Nasional pula terima atas alasan 'noble' seperti demi perpaduan dan kekuatan orang Melayu, ataupun alasan 'suci' seperti nak sekat kekuasaan Anwar dan DAP sekian-sekian.....Agaknya anda sebagai penyokong Tun Madey, penyokong PPBM penyokong Azmin ataupun penyokong Muafakat Nasional boleh terima tak?  boleh sokong tak gerakan baru yg diketuai Tun Madey utk melawan Kem Anwar?

Ke anda pun tak boleh terima arrangement sedemikian?

Dan katakanlah ada dikalangan kita yang kritik dan tak boleh terima alasan-alasan cliché tersebut, apakah mereka akan dianggap sebagai 'outcast' malah digelar sebagai macai DAP dan pengkhianat orang Melayu sepertimana yang kawan-kawan Cina kita sebelum ini digelar 'ChowKow' dan dipulaukan jika mereka menyokong BN.

Saja tanya, sebab jujur nak tahu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 01:16 PM | Show all posts
suriamir replied at 19-11-2019 01:02 PM
Dah tak percaya dgn mana2 ahli politik, semua sama je, fikir utk diri sendiri.
Bila dah duduk atas ...

we have no choice...unfortunately
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:18 PM | Show all posts
LOKMAN ADAM LAPOR HISHAMUDDIN KE JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO.


Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli MT Umno
18hb November, 2019


APA TUJUAN HISHAMUDDIN BAWA 22 MP BN BERJUMPA AZMIN ALI MALAM TADI?

Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi mengkhianati Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tanjung Piai yang baru sahaja dua hari lalu memberikan kepercayaan kepada Calon BN bagi memenangi kerusi tersebut.

Sebelum ini Hisham bermaharaja menjadi orang tengah Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan MP Umno ke PPBM tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno. Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut MP Umno untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan beliau mengepung MP-MP BN bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM.

Namun hari ini, apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang MP BN kerumah Menteri Semburit Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya? Walaupun bukan semua 22 MP ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa pada 30hb Oktober 2019 lalu, saya telahpun membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Parti dan Presiden Umno terhadap penglibatan Hishammuddin Tun Hussein dalam menghasut Pimpinan dan MP Umno untuk menyertai PPBM. Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi Pimpinan dan MP Umno untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan. Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudah pun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan. Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukan oleh Hishammuddin ini. Parti perlu mengambil tindakan tegas.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli MT Umno
18hb November, 2019
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:20 PM | Show all posts
Knowlee replied at 19-11-2019 01:11 PM
Kan? Entah apa function dia pada ekonomi negara. Ekonomi terumbang ambing sekarang ni, tak nampak  ...

sepatutnya sbg menteri ekonomi dia kena all out bawak masuk pelabur asing melabur di msia.  ni dia sibuk dgn hal berebut kuasa, cantas mencatas sesama parti.  tapi nak buat mcmn. ahli politik Msia ni memang siyal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:20 PM | Show all posts
tobby replied at 19-11-2019 01:15 PM
Bila baca isu 22 MP BN dinner dengan Azmin sempena desakan kepada Tun post PH kalah teruk di Tg. Pia ...

klu fikir untuk bangsa melayu, lebih baik begitu, n if diorang fkr utk kepentingan melayu bukan kepentingan keturunan n poket masing2..

sebabnya dah nampak cara bangsa dap ni lain mcm bila ada kuasa dalam parlimen..

apa pilihan yg ada pun....kurang2 orang melayu ni dah tentu islam, pefeeling kebal dosa pun in the end mesti igt dah mati nanti macam mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.121462 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list