CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27271|Reply: 330

[Tempatan] Parents prefer hantar anak ke sekolah antarabangsa. 44,575 murid warganegara Mal

  [Copy link]
Post time 19-11-2019 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah antarabangsa jadi pilihan




KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar tempatan, khususnya golongan menengah atas, yang ‘meninggalkan’ kurikulum pendidikan kebangsaan dengan memilih sekolah antarabangsa meningkat setiap tahun, hingga melangkaui jumlah mereka dari luar negara.

Fenomena itu menimbulkan persoalan kerana konsep asal sekolah antarabangsa diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan anak warga asing, ekspatriat dan diplomat luar yang bertugas di Malaysia.

Tokoh pendidikan bimbang trend ini tidak sihat kerana pemisahan terlalu ramai rakyat Malaysia daripada sistem pendidikan perdana di sekolah kebangsaan yang akan memberi kesan kepada perkembangan jati diri walaupun ibu bapa bebas memilih institusi pendidikan untuk anak mereka.

Dalam jawapan bertulis Kementerian Pendidikan kepada BH, kementerian itu berkata pada masa ini, ada seramai 44,575 murid warganegara Malaysia berbanding 25,220 warga asing yang didaftarkan di 163 sekolah antarabangsa.

Dari segi peratusan, 64 peratus pelajar sekolah antarabangsa adalah warganegara Malaysia, manakala bakinya warga asing.

Jumlah murid tempatan di sekolah antarabangsa juga meningkat secara berterusan setiap tahun, daripada 8,077 pada 2010, iaitu peningkatan lebih 450 peratus dalam tempoh kurang 10 tahun.

Perkembangan itu menimbulkan persoalan sama ada lebih ramai murid tempatan, khususnya daripada golongan berpendapatan 20 peratus teratas (T20), ‘terpisah’ daripada kurikulum pendidikan kebangsaan.

Ia juga mengundang tanda tanya sama ada operasi sekolah antarabangsa di Malaysia sudah menyimpang daripada matlamat asalnya untuk memenuhi keperluan pendidikan golongan ekspatriat yang menetap di negara ini.

Difahamkan, yuran bagi pengajian di sekolah antarabangsa boleh mencecah sehingga RM50,000 setahun bergantung kepada kemudahan yang disediakan di sekolah berkenaan.

Kementerian Pendidikan memaklumkan penubuhan sekolah antarabangsa antara faktor utama untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia, sekali gus menjadikan negara sebagai hab pendidikan utama di rantau ini.

“Penubuhan sekolah antarabangsa pada dasarnya untuk memenuhi keperluan pendidikan golongan ekspatriat di Malaysia, namun kerajaan menggalakkan penyertaan sektor swasta membabitkan diri secara aktif dalam perkhidmatan pendidikan.

“Dengan pertumbuhan sekolah antarabangsa di negara kita, terutama jenama kukuh yang memilih Malaysia sebagai kampus utama pada peringkat ASEAN dan Asia, ia turut mempromosikan negara kita sebagai destinasi pilihan untuk pendidikan,” katanya.

Mengikut peraturan, sekolah antarabangsa boleh memilih menggunakan kurikulum British, Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan International Baccalaureatte, namun diwajibkan mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam kepada pelajar tempatan.

Kementerian Pendidikan berkata antara dorongan ibu bapa kelas menengah atas menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa adalah kerana mencari peluang menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di luar negara selepas tamat persekolahan.

“Mereka juga mencari sekolah mempunyai kepakaran khusus yang boleh mencungkil potensi anak, contohnya dalam bidang kreatif serta penguasaan bahasa ketiga dan keempat.

“Ibu bapa juga mahukan kelas yang kondusif, kemudahan sukan canggih, bilangan nisbah murid-guru yang kecil dan peluang menambah keyakinan diri dalam kalangan anak,” katanya.

Sementara itu usaha untuk mendapatkan penjelasan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak berjaya.

‘Tiada penekanan semai aspirasi nasional pelajar’

Peningkatan jumlah pelajar tempatan di sekolah antarabangsa tanpa kawalan boleh menjejaskan usaha pembinaan negara bangsa di Malaysia.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, menegaskan kurikulum sekolah antarabangsa tidak memberi penekanan untuk menyemai aspirasi nasional kepada pelajarnya.

Malah, katanya, subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang wajib diajar di sekolah antarabangsa juga tidak cukup untuk membina jati diri anak Malaysia dalam kalangan pelajar tempatan yang mengikuti pengajian di institusi itu.

“Setiap tahun, semakin ramai pelajar tempatan di sekolah antarabangsa. Ini sepatutnya tidak boleh berlaku, kerana akan menyebabkan mereka terpisah daripada aspirasi nasional yang banyak dipupuk dalam kurikulum kebangsaan.

“Apabila semakin ramai warga tempatan meninggalkan kurikulum kebangsaan, kemungkinan besar jati diri sebagai anak Malaysia akan berkurangan atau tiada kerana mereka dibentuk oleh kurikulum luar, sama ada dari United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia.

“Jika sekolah antarabangsa terus diberi kebebasan menerima pelajar tempatan, ia juga akan melebarkan jurang antara anak ‘orang berada’ dan anak golongan biasa yang bersekolah di sekolah kerajaan,” katanya kepada BH.


Kok Seong menegaskan, Kementerian Pendidikan wajar mengawal jumlah kemasukan pelajar tempatan ke sekolah antarabangsa, khususnya mengembalikan matlamat asal institusi itu, berbanding operasinya ketika ini yang dilihat cenderung untuk mencari keuntungan.

“Sepatutnya hanya anak warga asing atau golongan ekspatriat dibenarkan, manakala warga tempatan pula perlu dikenakan syarat jelas, iaitu hanya mereka yang sebelum ini membesar di negara asing kerana ibu atau bapa bertugas secara rasmi di luar negara,” katanya.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, percaya ‘kebebasan’ yang diberikan kepada pelajar tempatan untuk ke sekolah antarabangsa akan menggagalkan usaha perpaduan nasional, selain mewujudkan persaingan antara sekolah kerajaan dengan sekolah antarabangsa.

“Persaingan ini tidak begitu adil untuk sekolah kerajaan kerana sudah pasti sekolah antarabangsa yang memiliki sumber kewangan besar lebih berkemampuan untuk melakukan segala-galanya,” katanya.

Pada masa sama, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) itu turut menegaskan keperluan merombak sistem pendidikan kebangsaan supaya selari dengan kehendak masa depan, bagi memastikan ibu bapa yakin dan tidak membawa anak mereka ‘lari’ daripada kurikulum kebangsaan.

Sementara itu, Dekan Sekolah Pendidikan dan Sains Kognitif Asia e- University (AeU), Prof Dr John Arul Phillips, menjelaskan ibu bapa lebih memilih sekolah antarabangsa kerana medium pengajiannya yang menggunakan bahasa Inggeris, di samping kemudahan prasarana yang ditawarkan.

Jelasnya, ibu bapa juga lebih sukakan kurikulum dan kaedah pengajaran di sekolah antarabangsa yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, berbanding kurikulum kebangsaan yang terlalu menekankan peperiksaan.

“Kurikulum berteraskan peperiksaan hanya menyekat kreativiti minda pelajar, kemudian kita mengasingkan pelajar dalam kelas berbeza mengikut keputusan peperiksaan.

“Bayangkan kesan kepada pelajar yang berada dalam kelas lemah selama 11 tahun,” katanya.

Meskipun mengakui operasi sekolah antarabangsa ketika ini ‘menyimpang’ daripada dasar pendidikan kebangsaan, Phillips yakin ia tidak memberi kesan kepada perpaduan nasional kerana interaksi dan integrasi antara pelbagai kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, berlaku di sekolah antarabangsa.

“Kerajaan juga tidak perlu sekat atau kawal jumlah pelajar tempatan kerana mereka juga akan menyumbang kepada pembangunan negara, sebaliknya lebih wajar jika kaedah pengajaran di sekolah kerajaan mencontohi sekolah antarabangsa.

“Kurangkan peperiksaan, praktikkan kaedah pengajaran abad ke-21 di semua sekolah, sama ada di bandar atau luar bandar, pastikan sekolah kerajaan mampu menjadikan pelajarnya menguasai bahasa Inggeris,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 sbb sistem pendidikan malaysia. Tau paksa kutip As jah. Darjah 1 wajib membaca. Ank tu reti public speaking atau x, xkisah pon. Yg penting teori atas paper. 1 kelas kemain ramai lg sumbat.

Kalau i berduit of course nk ank international school jgk sb nk dia mix dgn ank org kaya , later on bila dah nak kerja, senang sbb dah kenal kabel2 besor

Yg sek biasa2 ni nak2 yg ramai miskin2, byk kes buli, kes mencuri, suka keluar xtentu hala. So mmg xnk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mak bapak ummah meleis pulak asal anak nakal tahfiz jadi pilihan..hancuss..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:01 AM | Show all posts

tanya sikit, sekolah ini ada baca doa masa perhimpunan pagi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 19-11-2019 08:56 AM
Sah2 sbb sistem pendidikan malaysia. Tau paksa kutip As jah. Darjah 1 wajib membaca. Ank tu reti pub ...

anak anak abang & adik aku sekolah international sebab derang kata sekolah biasa dah jd mcm sekolah taliban
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku byk duitttt.. aku pun nak hantar sekolah camni... sapa taknak..

Kj x silap hantar anak sek biasa kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 18-11-2019 05:03 PM
anak anak abang & adik aku sekolah international sebab derang kata sekolah biasa dah jd mcm sekola ...

international school bully bukan seperti sekolah. arhein ....student di sana kalau bully cikgu gomen yang mental cepat koyak terus boleh masuk mental institution ....lagi lagi mak bapak 2×5 dengn anak ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 19-11-2019 09:03 AM
anak anak abang & adik aku sekolah international sebab derang kata sekolah biasa dah jd mcm sekola ...

Sbb yg masuk sek biasa jenis ank2 yg mak pak beranak byk lps tu x jaga sgt ank tu. Byk yg liar and perangai suka mencarut, english x pandai. Nk compete pon xde cabaran. Kalau masuk sek gomen mmg nk pilih betul2. Kawasan org2 kaya mcm ttdi ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 19-11-2019 09:01 AM
tanya sikit, sekolah ini ada baca doa masa perhimpunan pagi ke ?

Tahfiz yg setiap masa berdoa pon smpai berbunuh2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
44,000 murid berkurangan dari sekolah seliaan kerajaan, jimat duit pembayar cukai...

Aku ok aje...kalau peringkat menengah, ibu bapa nak masukkan anak2 ke sekolah antarabangsa, tahfiz, madrasah atau sekolah cina...asalkan pembelajaran BM dan sejarah kita standardize...

Semua pelajar warganegara Malaysia patut ada aras penguasaan BM yang sama dan belajar sejarah dari perspektif yg sama...

Subjek lain tu biarlah bebas...dia nak belajar fizik secara lebih mendalam sampai muntah darah, ada aku kesah?...nak hafaz quran hadis segala pun aku tak halang...masing2 punya kemahuan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 19-11-2019 09:13 AM
international school bully bukan seperti sekolah. arhein ....student di sana kalau bully cikgu gom ...

setakat ini syukur blm lg aku dengar kes buli kat sekolah anak anak buah. Harap semuanya ok utk mereka
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Peterpan17 at 19-11-2019 09:23 AM
anony-mous replied at 19-11-2019 09:18 AM
Sbb yg masuk sek biasa jenis ank2 yg mak pak beranak byk lps tu x jaga sgt ank tu. Byk yg liar and ...


sangat!! anak anak setan hasil drpd mak pak yg beranak mcm tikus pastu lepas budak budak tu tanpa didikan dan pengawasan.

Rumah aku dekat dgn sekolah cluster Sri Bintang. Nak msk sekolah ini pun ada syarat dan test tertentu. Yg bodoh dan setan mmg tak blh msk sekolah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:22 AM | Show all posts
aku prefer private school drpd international school. Sebab international school punya silibus either ikut US, UK or Australia. Nak masuk IPT nanti lebih menjurus kpd IPT yang guna silibus yang sama. Kalau guna Malaysian silibus, boleh masuk mana2 tiga ni. Ni bagi aku yang noob lah. And fee murah sikit hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 adik aku bljr kt private school kat shah alam. Gomen bayor psl branak kat US.
Bila dh ramai student muslim.. dia org buat klas fardhu ain. Balik dlm pkl 3 lps solat.
Tgk silibus maths nya utk umur 11thn agak tinggi bg budak SK kpm. Tp silibus maths F2 SMK kpm sama dgn silibus maths masa kita F4 dulu. Jd kpm ada upgrade sikit la.
Parents mmg ada group sendiri yg menyebabkn ipar aku batalkn cuti2 bila dia dpt tau kak long ada group project tk siap bila nk pergi holiday
Mak groupmate dia call..  nasib ler..
Ya lah.. org lain byr yuran mahal kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 19-11-2019 09:03 AM
anak anak abang & adik aku sekolah international sebab derang kata sekolah biasa dah jd mcm sekola ...

Betulla Tu..Kan Ada satu ask keb siap Bina kubur kat sek konon nak bg peingatan kat kanak2 suruh ingat mati..wtf sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 19-11-2019 09:22 AM
aku prefer private school drpd international school. Sebab international school punya silibus either ...

bagi contoh private school yg bagus kat KL ni? blh jd rujukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 19-11-2019 09:23 AM
Betulla Tu..Kan Ada satu ask keb siap Bina kubur kat sek konon nak bg peingatan kat kanak2 suruh i ...

pastu paksa budak 7 tahun pakai tudung. bila tak pakai diejek ejek. eh!! bangsat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:25 AM | Show all posts
aku pernah nak register anak sek antarabangsa..lepas tu aku pikir balik..

nanti pergaulan anak terlalu bebas pula..
halal haram makanan yang disediakan (kalau bawa bekal pun, risau juga anak share dgn kawan, tukar2 bekal..pasti ke halal?)
cukup ke duit nak sambung belajar oversea nanti? kalau setakat  masuk int sch belajar ikut sukatan kbsr/kbsm, then sambung local u, tak payah la.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 18-11-2019 05:20 PM
setakat ini syukur blm lg aku dengar kes buli kat sekolah anak anak buah. Harap semuanya ok utk me ...

ada yang baik majority mak bapak yang educated .... yang kurang ajar selalu nya anak sepet yang mak bapak kaya bukan belajar tinggi tapi kaya ....ada among student ber kasta... u bayang kan boleh cakap makanan di school canteen makanan anjing ? .... bwlum lagi maki cikgu sebab mahu betul kan discipline or tidak siap kan homework ....itu zaman i lah ...sekarang ini parent banyak belajar cara didik anak ..mungkin lain lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 19-11-2019 09:27 AM
ada yang baik majority mak bapak yang educated .... yang kurang ajar selalu nya anak sepet yang ma ...

mcm makanan anjing? elok di humban ke hutan budak yg tak reti bersyukur dpt mkn ye? tp bab ko kata sepet kaya tp tak berpelajaran ni aku setuju sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.239120 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list