View: 1117|Reply: 6
|
[Tempatan]
Isu Kampung Baru dibawa ke Dewan Rakyat. Motif PH beria-ia nak bangunkan walaupu
[Copy link]
|
|
Isu Kampung Baru antara topik tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
KUALA LUMPUR: Isu pembangunan semula Kampung Baru adalah antara perkara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-26, hari ini.
Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, soalan itu dikemukakan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang meminta Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan tentang konsep sebenar pembangunan semula kawasan itu.
Beliau juga mahukan penjelasan sama ada kepentingan orang Melayu yang iaitu pemilik asal tanah Kampung Baru akan terjamin dengan pembangunan semula itu.
Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan sebab kementerian itu masih belum melaksanakan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi membanteras isu perkahwinan bawah umur di negara ini.
Sementara itu, bagi sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab lisan, antara perkara yang akan menjadi perhatian adalah mengenai langkah kerajaan untuk mengembalikan semula kegemilangan industri koko yang kini berhadapan dengan masalah kekurangan pengeluaran biji koko.
Persoalan itu dibangkitkan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang meminta penjelasan daripada Menteri Industri Utama.
Selepas tamat sesi jawab lisan, sesi perbahasan akan disambung dan dua lagi kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di peringkat jawatankuasa.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung sehingga 5 Disember. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
bape percent ko nak sauk dek? |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah matlamat mereka seusai memegang kerjaan
gelojoh |
|
|
|
|
|
|
|
apa kemajuan pun takde
sibuk duk broker ke tanah kg baru tu
lead by lid carlsberg
|
|
|
|
|
|
|
|
'Saya bukan broker' - Khalid Samad
“SAYA bukan broker tetapi tawaran itu dibuat berdasarkan nilai semasa oleh jabatan kerajaan sendiri,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
Beliau memaklumkan perkara itu pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Istilah ‘broker’ yang digunakan Khalid mencetuskan riuh-rendah di Dewan Rakyat.
Awang Hashim (PAS-Pendang) ketika mencelah mengingatkan Khalid supaya menjawab soalan ditanya tanpa perlu menyentuh perkara tidak berkaitan.
“Ini bukan Facebook atau Twitter, ini Parlimen, jawablah seperti menteri,” katanya.
Menurut Khalid, harga tanah yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Baru adalah berdasarkan penilaian pasaran semasa dan bukan spekulasi.
“Selain harga yang tertinggi pernah ditawarkan, penilaian turut dilakukan secara sah oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH).
“Tawaran harga kerajaan itu dibuat dengan hanya satu matlamat iaitu memastikan pembangunan Kampung Baru dapat direalisasikan.
“Kita adalah kerajaan dan bukan syarikat berniaga, maka kita beli (tanah) selepas penilaian dibuat JPPH dan bukan berdasarkan spekulasi,” katanya.
Katanya, kerajaan tidak beli dengan harga zaman dulu atau akan datang kerana itu spekulasi oleh orang yang bertindak sebagai broker.
Bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai), Khalid memaklumkan, harga RM1,000 bagi sekaki persegi yang ditawarkan kepada penduduk Kampung Baru tidak sepatutnya dibanding dengan tanah di sekitar kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
“Tanah KLCC bernilai RM3,000 sekaki persegi tetapi itu selepas bangunan berkenaan dibina.
“Sebelum itu, ketika tanah di situ masih tapak lumba kuda dan sebelum pembinaan KLCC, nilainya cuma RM400 sekaki persegi.
“Bagaimanapun Kampung Baru belum dibangunkan dan bila sudah dilaksanakan kelak, harganya pasti naik. Kita minta mereka kekal melabur, beli hartanah supaya dapat manfaat daripada pembangunan akan datang,” katanya.
Setakat ini, katanya, hampir 35 peratus pemilik menyatakan persetujuan manakala selebihnya belum memberi maklum balas.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sesuatu sangat. Tiba-tiba beria-ia nak beli tanah kg baru.
Apa perancangan pbangunan pun takda bincang. Nak buat hospital ke, mall ke, kondo berapa tingkat semua takda diwarwar pun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|