CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 2

[Tempatan] SILA BERINGAT. Sesetengah bank, premis mesin ATM terkunci jam 12 tengah malam.

[Copy link]
Post time 19-11-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode
'Beringat keluar duit di ATM tengah malam'
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 19 November 2019


Paparan Facebook tular di laman sosial

BUKIT MERTAJAM - "Sama-sama beringatlah bila nak keluar duit di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) masa tengah malam." Itu nasihat daripada netizen kepada orang ramai.

Perkara itu dikongsi susulan tular satu foto memaparkan seorang pemuda terperangkap di dalam bilik mesin ATM ketika mahu mengeluarkan wang jam 12 tengah malam.

Menerusi status di Facebook Penang Kini, insiden itu berlaku di sebuah bank di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

"Member kena kunci dalam bank, hahahahahaah, pintu terkunci secara automatik sebab dah jam 12 tengah malam. Sama-sama beringat la bila nak keluar duit dari mesin ATM tengah malam," tulisnya.

Sementara itu netizen juga berkongsi langkah keselamatan sekiranya mengalami kejadian seumpama itu.

Kata Muhd Fahmi, jika berada pada situasi itu, perlu sentuh suis interkom berhampiran pintu untuk berhubung dengan pihak bertanggungjawab.

"Kalau terperangkap ada suis dalam itu kalau tak dak ada CCTV, sila tekan interkom kat dinding kemudian ada operator yang menjawab... Kalau tak reti tunggu la sehingga 6 pagi baru boleh buka," tulisnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman yang sama terperangkap di dalam bilik mesin ATM namun berjaya keluar.

"Aku pernah kena... Hahahahahah. Nasib ada 'button lock' kat dalam tu. Tekan ja nanti buka balik pintu tapi bunyi macam ada kes rompak," tulis Nor Fasihah.

Kata Norie Afisya pula, "Dia mesti tak tahu ada 'release button' tu... kalau tidak mesti lama dah dia tekan."

Posting itu mendapat lebih 7,800 tanda suka dan 1,500 maklum balas dari netizen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X salah aku.. ATM kan hospital boleh guna 24 jam.. Nanti aku test kalau aku kena lepak hospital
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:11 PM | Show all posts
Dah banyak dah kes terperangkap mcm ni
Please alert
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.651834 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list