CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 6

"Tak Sangka Lebih 2,000 Majoriti" - Tun M Sudah Jangka Dari Awal PH Ka

[Copy link]
Post time 19-11-2019 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: Facebook



Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sudah dijangka lebih awal oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Melalui kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook Pakatan Harapan pada 18 November, beliau memang menjangka majoriti undi beralih ke tangan pembangkang.


"Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000  undi.

"Namun, keputusan rasmi majoriti kekalahan ialah sebanyak 15,086 undi," katanya.


Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berkempen semasa PRK Parlimen Tanjung Piai. Kredit foto: Facebook


Dr. Mahathir turut menyatakan bahawa beliau menerima keputusan yang dibuat oleh para pengundi di Tanjung Piai pada 16 November lalu.


Pada masa sama, katanya, PH akan mengadakan post-mortem secara terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.


Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau meminta semua pemimpin dan ahli PH supaya tidak saling mengecam antara satu sama lain.


Azmin Ali turun padang membantu kempen calon PH di Tanjung Piai. Kredit foto: Facebook


Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan daripada situasi di Tanjung Piai untuk mencabar kepimpinan PH.


"Sebarang serangan terhadap kepimpinan hanya akan melemahkan PH dan keberkesanannya dalam mentadbir negara," jelasnya.


Seharusnya PH menyelesaikan segala masalah dalamannya terlebih dahulu bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 12:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:14 PM | Show all posts
berapa kali benang cmni wujud kat forum ni??
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2 tun. Nuar berahim dah nak langgar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu apa bossku
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai berdarah hidung tun M hari ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2019 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahu kalah sebab Kerajaan engko tak perform
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.252218 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list