CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3102|Reply: 32

[Politik] Guan Eng dakwa ‘habislah’ Malaysia jika diperintah sebuah ‘parti pembangkang’

[Copy link]
Post time 19-11-2019 12:21 PM | Show all posts |Read mode


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir untuk berucap merasmikan Konvensyen DAP Selangor di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA: Malaysia akan “habislah” sekiranya sebuah “parti pembangkang” memimpin negara ini, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

Beliau berkata, jika situasi tersebut benar-benar berlaku, penjawat awam dinaung parti tersebut tidak akan menerima bayaran gaji kerana ditadbir oleh sekumpulan pemimpin tidak arif dalam hal ehwal pentadbiran negara.

“Mereka tunjukkan mereka tidak mampu uruskan kerajaan negeri dengan baik, sampai nak bayar gaji pun minta bantuan kerajaan persekutuan.

“Kalau mereka dapat perintah negara habislah kita, gaji pun tak mampu bayar,” kata beliau dalam ucapan pembukaan Konvensyen Tahunan DAP Selangor, dihadiri kira-kira 350 orang di sini, hari ini.

Meskipun Lim, menteri kewangan, tidak menamakan parti atau kerajaan negeri terbabit, tetapi ia dilihat merujuk kepada Kelantan pimpinan PAS, yang pernah menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP.

Pakatan Rakyat sudah terbubar dan kemudian diwujudkan Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Lim memberitahu kementeriannya baru sahaja meluluskan pinjaman sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri tersebut bagi melunaskan tunggakan bayaran gaji kakitangan mereka.

“Kita tidak ada hasad dengki. Kita bagi juga pinjaman.
“Kita bagi pun kena ‘bantai’, kena kecam, kena maki hamun. Tapi tak apa, tanggungjawab kerajaan bila kerajaan negeri tak mampu, kerajaan pusat bagi (pinjaman),” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Lim mengesahkan pinjaman tersebut disalurkan kepada kerajaan Kelantan bulan lepas bagi memastikan kebajikan penjawat awam negeri itu terjamin.

Katanya, ia diluluskan berikutan permohonan kerajaan negeri yang berdepan dengan masalah kewangan untuk meneruskan pentadbiran.

“Ini bukan benda baru. Di bawah Pakatan Harapan (PH) sudah buat kelulusan sebanyak dua kali,” katanya merujuk kepada pinjaman sebanyak RM22.5 juta kepada Kelantan tahun lalu.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, pinjaman tersebut diluluskan bagi memastikan kakitangan kerajaan negeri itu tidak teraniaya disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan PAS.

“Yang penting kebajikan rakyat. Kalau tak dapat, itu masalah besar. Kita akan ambil tindakan,” katanya.

Sehingga 31 Dis 2017, kerajaan Kelantan masih belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan kerajaan negeri itu sebagai penghutang terbesar pinjaman pendahuluan ini, kata beliau lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ko dulu tu pembangkang berkurun lg haha
we just cannot wait yea haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:44 PM | Show all posts
bongoknya dia ni bercakap...pepuak cepet kat tempat kerja hakak pun cakap dia bongok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:47 PM | Show all posts
"Malaysia akan “habislah” sekiranya sebuah “parti pembangkang” memimpin negara ini, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini"

ni cakap kt diri sendiri la ann...

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:51 PM | Show all posts
Edited by saviour_09 at 19-11-2019 12:54 PM
wajaman replied at 19-11-2019 12:47 PM
"Malaysia akan “habislah” sekiranya sebuah “parti pembangkang” memimpin negara ini, kata Setiaus ...

cakap depan cermin la ni
like father like son
bercakap merapu takde facts langsung


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuk you
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 01:00 PM | Show all posts
kemain dia perli2 orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 19-11-2019 12:44 PM
bongoknya dia ni bercakap...pepuak cepet kat tempat kerja hakak pun cakap dia bongok...

dulu bukan dipuja ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
knights percaya guanjeng ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:05 PM | Show all posts
Merepek je orang tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:08 PM | Show all posts
Kurex replied at 19-11-2019 02:03 PM
dulu bukan dipuja ke dia ni?

dek kur, masa tu foreplay, macam sedap jek...penetration tgk 2b...dah laa non orgasmic, mendatangkan amukan plak...kekekkekeek
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:37 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 19-11-2019 02:08 PM
dek kur, masa tu foreplay, macam sedap jek...penetration tgk 2b...dah laa non orgasmic, mendatangk ...

2b? kecil sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 19-11-2019 02:03 PM
dulu bukan dipuja ke dia ni?

Hahaha...teringat bila ex bos aku cakap dia ni tunggu untuk mengucap shahadah jer sbb semua tindakan dia dah ikut al quran dan sunnah. Aduhaiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:58 PM | Show all posts
Mesti dia belum makan ubat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
iqbalriad replied at 19-11-2019 03:39 PM
Hahaha...teringat bila ex bos aku cakap dia ni tunggu untuk mengucap shahadah jer sbb semua tindak ...

dejavu ayat kau ni.. sebab aku pernah baca dekat fb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Butoh abah ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:22 PM | Show all posts
Lin guan eng  ni gila. Aku boleh rasa dia tuju kata-kata dia sendiri kpd diri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:23 PM | Show all posts
pandai je ko kan "habis"

plekong taik baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 04:54 PM | Show all posts
maksud dia DAP yg habis kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.086002 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list