View: 2283|Reply: 12
|
[Tempatan]
Di China. Paru-paru perokok tegar hitam pekat macam tar. 30 tahun hisap rokok
[Copy link]
|
|
Gempar paru-paru perokok tegar hitam pekat macam tar - Dunia | mStar
2 jam lalu
2 minutes
Keadaan paru-paru seorang lelaki yang menghisap rokok selama 30 tahun. Foto AsiaWire / Chen Jingyu
SATU rakaman menggemparkan kerana menunjukkan paru-paru berwarna hitam seperti tar kepunyaan seorang lelaki berusia 52 tahun yang menjadi perokok tegar selama 30 tahun.
Video yang tular itu ditonton lebih 25 juta kali, menunjukkan pegawai perubatan mengeluarkan organ-organ daripada pesakit yang mati otak selepas dia membuat permintaan agar organ-organnya didermakan.
Bagaimanapun, paru-paru tersebut bukan berwarna merah jambu yang sihat tetapi hitam pekat akibat pengumpulan sisa tembakau selama tiga dekad.
Klip video itu yang digelar sebagai iklan anti merokok terbaik dalam kalangan pengguna media sosial, menunjukkan Doktor Chen Jingyu dan pasukan operasi transplannya membuat pemeriksaan paru-paru di Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China.
Dr Chen, yang merupakan pakar bedah transplan paru-paru berkata, penderma tersebut disahkan sebagai mati otak dan organnya didermakan.
Walau bagaimanapun, pegawai perubatan segera menyedari bahawa mereka tidak dapat memberikan paru-paru kepada pesakit dalam senarai menunggu, kerana mempunyai masalah organ tersebut akibat merokok selama tiga dekad. - Mirror
|
|
|
|
|
|
|
|
klu korang sangka ini boleh menakutkan perokok2 korang silap. mereka tdk akan berhenti merokok, tetapi akan berhenti melihat gambar paru2 hitam spt ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan si paru-paru. Dapat tuan yang tak berhati perut. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha ada hati nak derma |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok tak takut sebab di kotak rokok dah diletak gambar yang lebih mengerikan. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu kerajaan sekarang melayan perokok seperti anjing liar...kalau nak hisap rokok, kena keluar dari premis... |
|
|
|
|
|
|
|
Hisap vape lagi bagus dari rokok |
|
|
|
|
|
|
|
kenyataan kwn aku yg merokok:
org akan benti merokok bila dia rasa kesian kat org2 sekeliling yg berdekatan terutama anak isteri
bukan kesian pada diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum tu, statement dokter mana tah iols baca vape lg bahaya dari rokokreally?
ppfft..sambil iols isap vape perisa keladi cheese
[youtube]0Pwj6BuS8Ds[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo..nak derma kat orang benda mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ikhlas nak menderma....macam kimak. |
|
|
|
|
|
|
|
niat nk mnderma skli paru2 bkeladak. busuknya asap rokok cmna la perokok rilek je duk merokok ek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|