Edited by EJALTI at 19-11-2019 05:33 AM
Dr Mahathir sihat, keadaannya tidak membimbangkan
https://www.malaysiakini.com/news/500389
News | Diterbitkan Hari ini 1:25 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:25 tengahari
Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan meskipun didakwa mengalami sedikit pendarahan hidung, pagi tadi.
“Dr Mahathir sihat dan sudah kembali ke pejabat untuk bertugas,” petik kenyataan itu sambil menambah berita yang melaporkan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar.
Portal TMI melaporkan Dr Mahathir mengesat hidungya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut laporan itu tompokan merah kelihatan di sapu tangannya dan sidang media berkenaan terpaksa ditamatkan dan perdana menteri berusia 94 tahun itu dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.
|