View: 880|Reply: 3
|
[Tempatan]
Q3FY2019: Ekonomi negara menurun, pendapatan rakyat juga turut menurun, kuasa be
[Copy link]
|
|
Ekonomi Malaysia perlu rangsangan
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia.
Diterbitkan pada November 19, 2019 09:39 MYT
PADA 15 November 2019 yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada sukuan ketiga sebanyak 4.4 peratus. Memang benar perangkaan menunjukkan ekonomi Malaysia turut bertumbuh pada kadar yang sama pada sukuan ketiga 2018.
Tetapi kadar pertumbuhan ekonomi sukuan ketiga 2019 menjunam lebih tinggi berbanding dengan 2018.
Untuk rekod, pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun sebanyak 0.1 peratus daripada 4.5 peratus pada sukuan kedua kepada 4.4 peratus pada sukuan ketiga 2018.
Untuk tahun 2019, ekonomi Malaysia merundum sebanyak 0.5% daripada 4.9 peratus pada sukuan kedua kepada 4.4 peratus pada sukuan ketiga. Ini suatu situasi yang tidak berapa baik kepada ekonomi Malaysia.
Apabila pertumbuhan ekonomi yang diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menurun, ini bermakna pendapatan rakyat juga turut menurun. Keadaan ini dijangka akan menekan rakyat kerana laporan BNM turut menyebut inflasi telah meningkat sebanyak 1.5 peratus. Kesannya, kuasa beli rakyat dijangka akan menurun dan pastinya memberi tekanan ke atas kos sara hidup.
Sasaran kerajaan untuk mencapai kadar pertumbuhan purata 4.9 peratus pada 2019 tidak lagi relevan. Jika mahu kekal pada sasaran 4.9 peratus, pertumbuhan ekonomi pada sukuan keempat 2019 perlulah sekurang-kurangnya 5.8 peratus. Ini adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
Jadi kerajaan perlu abaikan sasaran tersebut. Apa yang lebih penting pada ketika ini ialah memberi tumpuan kepada usaha untuk mengukuhkan pertumbuhan agar peningkatan pendapatan rakyat dapat mengimbangi peningkatan harga.
Dalam situasi sebegini, antara langkah yang pihak kerajaan boleh laksanakan ialah mempertimbangkan untuk melaksanakan perbelanjaan pengembangan melalui pakej rangsangan ekonomi. Perbelanjaan pengembangan ini perlu terarah kepada perbelanjaan yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi dan sektor-sektor yang boleh memberi manfaat limpahan ekonomi yang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian rakyat termasuk hakak....tak sabar nak PRU... |
|
|
|
|
|
|
|
betul betul
dedulu kalau sale kat mall penuh semendang je orang
sekarang kalau ada sale sendu je
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan 1 kan depa nak kenakan cukai 6% utk pembelian atas talian kan?
Maknanya bulan ni dan bulan depan saja la aku boleh berjoget beli kat shopee.. Lps tu kena jimat2..
JEBONNNNNNNNNNNNNNNNN.. Walaupun jebon comel |
|
|
|
|
|
|
| |
|