CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2607|Reply: 20

[Tempatan] MALAM NI ada mesyuarat. JANGAN tak datang. Menu : PM tepi

  [Copy link]
Post time 19-11-2019 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 20-11-2019 09:26 AM

Anwar gesa Azmin hadir mesyuarat, beri penjelasan
19 November 2019


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menghadirkan diri ke Mesyuarat Biro Politik PKR yang akan diadakan malam esok.

Gesaan itu disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan Azmin ‘wajib hadir’ bagi memberi penjelasan berhubung perjumpaannya bersama kira-kira 20 ahli Parlimen di kediaman rasminya malam tadi.

“Tentu kita akan minta penjelasan dulu. Isu ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan. Jadi patut beliau beri penjelasan.

“(Beliau perlu hadir esok?) Ya, itu sepatutnya. Timbalan presiden wajib hadir,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya pertemuan itu dilakukan atas kapasiti kerajaan atau parti, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata;

“Saya tidak tahu, sebab itu saya minta lebih baik beri penjelasan. Kalau atas kapasiti parti atau kerajaan, mengapa Ahli Parlimen lain tidak diundang?," soal beliau.

Sinar Harian melaporkan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) melakukan pertemuan dengan Mohamed Azmi di kediaman rasminya malam tadi.

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di situ sejak 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Gombak itu mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Antara yang dilihat keluar ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar, Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran).

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau); Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik).


***********************************

PKR minta penjelasan Azmin pada mesyuarat Biro Politik esok
19 November 2019


KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meminta penjelasan daripada Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya malam tadi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat Biro Politik malam esok bagi membincangkan isu berkenaan.

“Saya percaya pimpinan banyak tanda tanya dan boleh dirungkai, diperjelas bila kita adakan mesyuarat Biro Politik malam esok.

    “Harapan saya semua pimpinan hadir,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Malam tadi Sinar Harian melaporkan lebih 20 Ahli Parlimen BN mengadakan pertemuan dengan Mohamed Azmin di kediaman rasminya di Putrajaya.

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di situ sejak jam 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Gombak itu mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.


Mohamed Azmin jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini

'Saya tak tahu pertemuan dengan Azmin' - Mujahid

Antara Ahli Parlimen BN yang dilihat keluar ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid; Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib; Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Turut dilihat hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 02:43 PM | Show all posts
org tak nak bg ko jadi PM ke 8 bang non oiii....

ko jek x sedar2 lagi....

PM tepi jek sudah la....

rasanya Rakyat Malaysia pun xnak hang jadi PM...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:59 PM | Show all posts
bila dh dapat kuasa ni baru nampak perangai kan
sbb tu Allah nak tunjuk kt penyokong ph ni mcamana perangai pemimpin kesayangan  bila dpt kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarputih2612 replied at 19-11-2019 02:59 PM
bila dh dapat kuasa ni baru nampak perangai kan
sbb tu Allah nak tunjuk kt penyokong ph ni mcamana  ...

sus bodohgemok mmg tajnak komen sini
dasar macai sejati haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:04 PM | Show all posts
pm xjadi sampai bila2 la jawabnye
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 19-11-2019 02:43 PM
org tak nak bg ko jadi PM ke 8 bang non oiii....

ko jek x sedar2 lagi....

Aku pun tak nampak peluang abg non ni...nampak semakin menipis...semakin mental dah dia. Jgn sampai salur darah dia ruptured dah. Dulu kata kena arsenik. Sihat walafiat sampai hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
iqbalriad replied at 19-11-2019 03:09 PM
Aku pun tak nampak peluang abg non ni...nampak semakin menipis...semakin mental dah dia. Jgn sampa ...

Kan aku dah kata anwar ibrahim kan Perdana Menteri of Tanjung Rambutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 03:18 PM | Show all posts
gelabahnya bam non ni....adek jemin pi party buih jer, jeles ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:22 PM | Show all posts
iqbalriad replied at 19-11-2019 03:09 PM
Aku pun tak nampak peluang abg non ni...nampak semakin menipis...semakin mental dah dia. Jgn sampa ...

kann...???

ni ni mmg x faham ke buat2 ak fahammm....

teruk dah penyakit nak jadi PM dia nih...

klu buat undian dia jadi PM aku rasa anak beranak dia jek yang undi.....huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:28 PM | Show all posts
Saja nk check mate jemin kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:36 PM | Show all posts
kita dah sampai ke penghujung rancangan sister
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahidan Kassim pun ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 10:58 PM | Show all posts
'Saya akan semak jadual jika boleh hadir mesyuarat PKR'
Diterbitkan Hari ini 5:25 petang  |  Dikemaskini Hari ini 5:26 petang

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata dia perlu menyemak jadual terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada dapat menghadiri mesyuarat biro politik PKR esok.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil sebelum ini berharap agar semua pemimpin parti menghadiri mesyuarat berkenaan untuk mendapatkan butiran penuh mengenai perjumpaan Azmin dengan ahli parlimen Umno di kediamannya di Putrajaya malam tadi.

Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan, berkata Azmin, sebagai timbalan presiden, harus hadir di mesyuarat itu.

Ketika ditemui di parlimen petang ini, Azmin berkata beliau perlu menyemak sama ada terdapat acara rasmi yang dia perlu hadiri.

"Jika ada keperluan, saya akan menerangkan (tentang perjumpaan dengan ahli parlimen Umno).

"Saya akan menyemak jadual saya. Biasanya jika saya tidak mempunyai tugas rasmi, saya menghadiri mesyuarat parti," katanya.

Azmin bagaimanapun berkata dia tidak ingat berapa kali dia tidak hadir mesyuarat parti.

"Terlalu banyak kerja. Tetapi saya mempunyai semua rekod. Sekiranya saya berada dalam negara dan tidak mempunyai tugas rasmi kerajaan, saya menghadiri program parti.

"Tetapi jika ada urusan kerajaan, saya bertanggungjawab (untuk hadir urusan kerajaan), termasuk di luar negara. Ia penting," katanya.

Sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden PKR, Azmin tidak hadir dalam mesyuarat biro politik, mesyuarat majlis kepimpinan pusat dan pemukiman parti.

Azmin menekankan kepentingan tugasnya untuk memperkenalkan kerajaan PH yang masih baru kepada pihak di dalam dan luar negara.

"Lihat Tanjung Piai (pilihan raya kecil), ramai yang masih belum memahami apa yang diharapkan oleh kerajaan PH dan meletakkan harapan kepada kita (PH) untuk melakukan tugas dengan sebaik mungkin.

"Dan apabila persepsi tidak baik, rakyat menghukum kita. Jadi, walaupun program parti penting, begitu juga dengan program kerajaan," tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-11-2019 03:12 PM
Kan aku dah kata anwar ibrahim kan Perdana Menteri of Tanjung Rambutan

Tak baik ko tulis bang non macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kerabuBiru replied at 19-11-2019 11:04 PM
Tak baik ko tulis bang non macam tu

Hahaha.. Tak caya.. Tgk la.. Skrg ni meratib 18 juta kali yg dia adalah PM ke8.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bung Nuwar kn bertindak sekarang... Masa paling sesuai klu tggu tahun depan...alamat jadi bakal PM buat selama2nya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sana sini page penyokong pkr share gambar2 traitor antaranya azmin, zuraida, tian chua
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 08:56 AM | Show all posts
kempunan la sampai ke liang lahad tak dapat jawatan tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:46 AM | Show all posts
Kalau Jemin Semburit tak datang pun apa BAng Non boleh buat?
Orang dah tak suke tak yah lah terhegeh2 bang non..
Ramai lagi Jambu kat luar sana..

PKR ni memang cacamerba betul.. apa significant contribution dia pada Masyarakat Malaysia?
semuanye matlamat peribadi.. Harap2 cepat2 lah berkubur...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.070016 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list