CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] MALAM NI ada mesyuarat. JANGAN tak datang. Menu : PM tepi

  [Copy link]
 Author| Post time 20-11-2019 11:29 AM | Show all posts
Azmin hadir mesyuarat biro politik jika tiada tugas rasmi
19 November 2019


KUALA LUMPUR – “InsyaAllah,” kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat biro politik parti itu esok.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi Parlimen mahu Azmin hadir mesyuarat esok dan memberi penjelasan berhubung pertemuannya dengan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediamannya malam tadi.

Mengenai berapa lama beliau tidak menghadiri mesyuarat tersebut, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, beliau mempunyai komitmen kerja yang tinggi di dalam dan luar negara.

“Saya semak jadual saya, biasanya kalau saya tidak ada apa-apa tugas rasmi saya (akan hadir program parti),” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.


Menurut Azmin, program kerajaan penting untuk beliau hadiri kerana Pakatan Harapan  (PH)sebagai sebuah kerajaan baharu perlu memperkenalkan apa itu PH baik di dalam mahu pun luar negara.

“Lihat saja di Tanjung Piai, rakyat ramai belum memahami tentang dasar kerajaan PH dan mereka meletakkan harapan supaya kita dapat laksanakan tugas dengan baik. Apabila persepsi itu tidak baik, maka kita dihukum oleh rakyat.

“Sementara program parti penting, program kerajaan juga amat penting untuk kita menyantuni rakyat di bawah,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041468 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list