[size=1.25em]Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan meskipun didakwa mengalami sedikit pendarahan hidung, pagi tadi. [size=1.25em]“Dr Mahathir sihat dan sudah kembali ke pejabat untuk bertugas,” petik kenyataan itu sambil menambah berita yang melaporkan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan perubatan adalah tidak benar.
[size=1.25em]Semasa sidang akhbar selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir kelihatan mengesat hidungya.
[size=1.25em]Menurut portal TMI, tompokan merah kelihatan di sapu tangannya dan perdana menteri berusia 94 tahun itu dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.
Iklan
[size=1.25em]Sidang media berkenaan kemudian terpaksa ditamatkan selepas hanya empat minit.
[size=1.25em]Dr Mahathir juga dijadualkan menghadiri Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 5 petang ini.