View: 13512|Reply: 94
|
[Tempatan]
Bekas staff Petronas yang dipecat dapat pampasan RM1.13 juta. Gaji terakhir dlm
[Copy link]
|
|
Petronas diarah bayar bekas pekerja RM1.13 juta sebab pecat tanpa sebab
19 November 2019
SHAH ALAM - Mahkamah Perusahaan Malaysia mengarahkan sejumlah RM1.13 juta dibayar kepada seorang bekas pekerja Petroliam Nasional Bhd (Petronas) setelah mendapati syarikat itu bersalah memecat kakitangan berkenaan.
Menurut laporan theedgemarkets.com, berdasarkan keputusan mahkamah, bekas pekerja itu, Norain Redzkiah Osman Salleh diberhentikan Petronas pada Disember 2017 kerana didakwa tidak memberikan prestasi yang lebih baik selepas dia diberikan 'Pelaksanaan Peningkatan Prestasi' (PIP) selama enam bulan.
Berdasarkan keputusan yang dibaca, Norain telah berkhidmat dengan Petronas selama 24 tahun setelah menyertai syarikat itu pada tahun 1993, sehingga tarikh pemecatannya pada Disember 2017. Sejak diberhentikan, dia gagal mendapatkan pekerjaan.
Noraini mendakwa pemecatannya daripada pekerjaan itu dibuat tanpa sebab dan alasan dan memohon pengembalian semula ke kedudukan terdahulu tanpa kehilangan upah, elaun, 'seniority' dan keistimewaan.
Hakim mahkamah memutuskan bahawa Norain diberhentikan tanpa sebab dan alasan.
Berdasarkan kesemua fakta kes tersebut, mahkamah juga menambah bahawa untuk Norain kembali kepada kedudukannya di Petronas adalah 'bukan satu penyelesaian yang sesuai dalam kes ini memandangkan matriks fakta kes ini.
Berdasarkan gaji bulanan yang ditarik oleh Norain sebanyak RM25,769, maka mahkamah mengarahkan Petronas membayarnya RM1.13 juta, yang terdiri daripada backwages sebanyak RM515,380 dan pampasan sebagai ganti pengembalian semula sebanyak RM618,456.
"Mahkamah ini telah menilai semua bukti sebelum mahkamah mendapati bahawa PIP yang dilakukan terhadap pihak yang menuntut tidak menyatakan bahawa pihak yang menuntut adalah seorang yang berprestasi tidak baik sehingga mendapat hukuman pemecatan daripada kerja dengan syarikat itu," menurut keputusan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji setahun kami rakyat biasa tak dapatlawan gaji sebulan akak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KIM.K at 19-11-2019 11:10 PM
What kind of BOD doesn't have highly paid professional HR?
Someone can scam these co for a living
Mahkamah Perusahaan lebih teknikal dari mahkamah buruh. Tapi kalau HR dia profesional, co hantar HR je gi court settle kes. Takyah appoint councelor |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ko...jgn memain pecat org sesuka hati... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah la kak yg menang saman
bende macam ni bukan salah company
salah manager yg ntah apa2
rate ikut sedap hati
put people in PIP
most of it yg kena PIP katanya x mendengar arahan
sure ke tak menndengar arahan
atau manager kat malaysia ni mmg dia je la yg betul org lain semua salah
the worst part , always kena jadi yes boss , bootlicker
klu tak x yesman,sila on PIP and tunggu masa kena pecat.
Realiti yer,
sapa yg kata no tu , tanya la diri sendiri
you mmg jenis yes man and bootlicker |
|
|
|
|
|
|
|
couldnt agreed more
spesis yes man dan asslicker ni, boss buat salah tak ikut procedure pun dia cakap betul
backup boss untuk jaga bontot sendiri
tanpa dia sedar, dia tu sama level dgn pengiring dan pengampu firaun zaman dulu.
ye firaun..piramid awak hebat. oh awak nak mengaku tuhan? ok jgk tu
menegakkan yang bathil dan menidakkan yang haq
|
|
|
|
|
|
|
|
Victorioussss replied at 20-11-2019 12:37 AM
couldnt agreed more
spesis yes man dan asslicker ni, boss buat salah tak ikut procedure pun dia ...
Yes agreed. Kalau tak suka or tak sebulu off you go |
|
|
|
|
|
|
|
Wow
Berbaloi la kena pecat cmni
Boleh bersara dengan senang hati dah
Jalan2 makan angin hahah |
|
|
|
|
|
|
|
hazmireen replied at 20-11-2019 01:36 AM
Yes agreed. Kalau tak suka or tak sebulu off you go
Mcm mana nak ubah tradisi negative mcm tu? Ngeri |
|
|
|
|
|
|
|
dgn duit sebanyak tu bole terus pencen awal...
janji jgn boros |
|
|
|
|
|
|
|
hantar court means, bukan labour court ke sis.. on what ground kalau bukan labour court?
nak saman civil kene ada ground that she has breached something under the law.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols tngok last position die kt Petronas pun, mmg macam susah nak cari keje lain kot.. sebab "malaysianisation" ni mesti satu programme khas ada kt Petronas sahaja ken?..
die nak g mana lagi kan..so mmg betul la die susah nak cari keje lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang_mulut replied at 20-11-2019 08:28 AM
hantar court means, bukan labour court ke sis.. on what ground kalau bukan labour court?
nak sa ...
Bukan civil court but industrial court
Bab majikan-pekerja ni dua court je labor or industrial
Both boleh diwakili councelor atau tidak
Labor court berkenaan tak bayar gaji
Industrial kalau ada isu teknikal lain dalam akta kerja |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa replied at 20-11-2019 01:53 AM
Wow
Berbaloi la kena pecat cmni
Hername is 'Redzkiah' |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 19-11-2019 11:31 PM
tahniah la kak yg menang saman
bende macam ni bukan salah company
akak tu ade asas la.. takde bukti die tak perform la tuh |
|
|
|
|
|
|
|
sayang_mulut replied at 20-11-2019 08:31 AM
kalau iols tngok last position die kt Petronas pun, mmg macam susah nak cari keje lain kot.. sebab " ...
mana company nak bg gj byk tu rm15 pun mujur dah |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu HR dan bos2 babi tak bleh sesuka hati pecat staff sesuka hati
staff yg pandai dan tahu hak dia, mmg akan lawan smpi ke court
anyway, teringin nak tgk muka bos akak ni
padan muka bos tu sbb saja nk aniaya akak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Paling win kat company aku. Director ni seronok sangat nak MSS orang sesuka hati. Dengan bantuan pengampu dia kaki jilat, semua musuh kena MSS, ramai yang jadi mangsa padahal tak de sangat keperluan nak MSS. Allah maha berkuasa, tak berapa bulan kemudian Director ni pulak yang di minta meletak jawatan secara sukarela sebab ada kes. Dia kan jenis ego, jadi walaupun dia boleh terus kekal, demi maruah dia pun resign.....yelah dah Big boss suruh letak jawatan takkan nak tunggu. Kena ketawa dan padan muka dengan staff lah. mendapat. amik ko |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kak.
kat jabatan i ni pun ada 4-5 orang yang tengah tunggu turn naik court untuk saman jabatan i. tak tau la mahkamah apa. Deyoll pernah dilapor kepada SPRM, so bila SPRM masuk & buka fail-fail, tak ada apa-apa yang boleh disabitkan kesalahan, takde kes pun.
tapi, my HR dah tahan kenaikan gaji diorang bertahun-tahun, even SPRM sendiri tak bukak apa-apa kes. so sekarang, sorang dah berjaya saman & menang. dapat conpensation RM300k.
sekarang ni tengah tunggu lagi 3-4 orang lagi untuk naik court. hopefully diorang menang gak. |
|
|
|
|
|
|
|
politik pejabat ni mana2 tempat pun ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|