CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3021|Reply: 37

[Tempatan] Mengadu sosial media. Laki bini bergaduh pasal remote control tgk cite Korea

[Copy link]
Post time 19-11-2019 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Padah ketagih drama Korea sampai 3 pagi... suami mengamuk baling remote control TV – “Laki aku ni memang baik, rajin pula tu” -

BAGAIKAN ketagih, semakin ramai yang minat menonton drama dari Korea Selatan terutama kaum isteri dan ibu.

Namun, siapa sangka ketagihan menonton drama Korea itu juga boleh mengundang padah seperti yang berlaku kepada seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia telah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai seorang nak.


Jelasnya, suaminya seorang yang baik, rajin dan lemah-lembut tetapi sikapnya berubah sejak dia minat menonton drama-drama Korea sehingga sanggup menghalaunya dari rumah.

“Aku baru kena halau dengan laki aku... laki aku ni memang baik dan rajin pula tu. Dua hari lepas laki aku yang tak pernah-pernah mengamuk dan marah siap baling remote control TV kat aku.

“Nasib aku mengelak, selamat. Dia marah cakap aku abaikan dia, selalu sangat tengok drama Korea sampai pukul dua ke tiga pagi dan cakap aku pemalas,” menurut luahannya yang dikongsikan di grup Facebook Kisah Rumah Tangga sehingga menjadi tular.

Perkongsian seorang isteri mengenai masalah rumah tangganya.

Dia kemudian memberi alasan bahawa aktiviti menonton drama Korea itu sekadar hiburannya selepas penat pulang dari bekerja, dan kebetulan kerja rumah telah dilakukan suami.

“Dah tu aku balik kerja, drama Korea la hiburan aku pun. Rumah semua laki aku dah tolong kemas dan selesaikan, bukan aku tak tolong langsung.

“Kadang-kadang dia nak Maggie aku buatkan, dia nak air aku ambilkan. Cuma kalau aku nak tengok drama Korea, memang aku akan layan betul-betul sebab itu dah memang kesukaan aku,” tambahnya.

    Dah tu aku balik kerja, drama Korea la hiburan aku pun. Rumah semua laki aku dah tolong kemas dan selesaikan, bukan aku tak tolong langsung.
    PEMINAT DRAMA KOREA

Akibat perselisihan faham itu, katanya, suaminya memintanya untuk berfikir masak-masak sebelum membuat pertimbangan mengenai hubungan mereka.

“Sekarang ni laki aku beri masa suruh balik umah mak aku dan pilih dia ke atau drama Korea.

“Aku cerita kat mak aku... mak aku lempang aku sekuat hati,” katanya sambil menambah dia masih menyayangi suaminya yang begitu baik itu.

Dia bagaimanapun berdepan dengan dilema kerana pada masa sama tetap tidak dapat meninggalkan minatnya terhadap drama Korea.

“Mestilah aku nak kan laki aku, laki aku baik. Pada masa sama aku tak boleh tinggalkan drama Korea,” ujarnya.

Pandangan warganet terutama dalam kalangan kaum wanita.

Rata-rata warganet terutama kaum wanita tampil memberikan pandangan dan menasihatkan pengadu berkenaan agar menjadi isteri yang bersyukur.

“Perempuan lain nak sangat dapat laki yang mahu tolong hal kemas rumah. Kau dah dapat buat tak heran, belajarlah bersyukur. Kalau masih sayang laki jagalah elok-elok, ubahlah perangai. Drama Korea tu tak dapat tolong pun rumah tangga kalau apa-apa jadi,” komen seorang wanita.

“Saya ni pun peminat drama Korea juga sis, tapi boleh je bahagikan masa. Kena utamakan apa yang penting dulu sis. Bersyukurlah sis dapat suami yang baik,” tulis seorang warganet.

“Saya pun minat juga tengok drama Korea tapi saya tak akan tengok bila suami ada kat rumah. Waktu suami pergi kerja tu bolehlah tengok sambil lipat kain ke, menyusukan anak ke. Kena pandai sis, bila suami balik, masa kita untuk suami pula,” ujar seorang isteri memberikan pandangan.

“Minat pun tak payah taksub sangat, drama je kot bukan realiti hidup. Nanti kalau laki kau tinggalkan kau… kau rasa ada ke hero Korea nak datang selamatkan kau? Hargailah kebahagiaan yang kau dapat tu,” kata seorang lagi mengenai realiti kehidupan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la pak mufti atau alim ulama nak keluarkan fatwa tonton drama korea ni haram

Bangkem tak suka la bila gadis2 melayu mengidamkan pakwe muka cam korea.. muka bugis lanun cam bangkem ni tak dipandang pon
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak hasanah dah menular kat krt ke..kowser dek..x yah tanya netizen pon..setakat tgk cite korea nak acah acah pilih antara dua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka tgk kdrama..
tp taste ttp melayu.
xleh blah tgk muka mamat korea semua sepesen je smpai aku xleh cam
ade la 2 3 org yg lain skit mcm lee min ho ke..gong yoo ke..yg lain semua akn2 sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 ada wanita bergelar isteri yg dpt suami yg baik ni tak bersyukur..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hazabnyaaa bbnu lapaq kpop...pemalas cakap je le pemalas takyah ler bagi alasan kpop plak....huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop la kejap kdrama tu sis. Kang apa pun tak dapat. Drama tu bila2 masa boleh tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah la ter addicted kdrama ni. Satu2nya yg aku follow cerita The Heirs tu sebab ada Kim Woo Bin. Khatam dlm masa 3 hari 2 malam masa weekend. Bahaya betul kalau terfollow, mmg boleh lupa diri. Nasib baik aku dah bertaubat tak layan kdrama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 19-11-2019 11:01 PM
aku suka tgk kdrama..
tp taste ttp melayu.
xleh blah tgk muka mamat korea semua sepesen je smpai a ...

Muka mcm tajam muncung tirus tang dagu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg tgk jenis sekali harung 10 episode ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal tu la akak malas nk follow satu2 cerita baik cerita malaysia ka korea ka, pasal cerita best2 ni selalu malam2. Anak 3 kecik2 mmg takdelah nk ngadap tv. So solusinya tgk la kat utube ka apa2 channel berkaitan masa dlm lrt, tgh lunch ka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah hasanah pon nak ambik port ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal je Laki tak guna tu
Bukannya bini x masak
Masak Maggi lagi
Bukannya bini curang suka cerita Korea je
Xyah lah hidup dengan org x faham kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kpop ni kalau ckp mmg terjerit2 ke? Pastu mata tu buat2 besar mulut muncung mcm itik? Ckp biasa2 sudahla.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa dia patut pilih kdrama
Tinggalkn laki dia
Ank pun bg kat laki dia
Baru la dia boleh lyn drama 24/7
Xperlu masak megi utk org lain dah
Xde org nk bising dia lyn drama sampai 5pg
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahah kelakarnyaaaa

Gilalah

Berpada2 lah melayan drama pun

Hadoiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 20-11-2019 12:36 AM
Tinggal je Laki tak guna tu
Bukannya bini x masak
Masak Maggi lagi

Hahahahahahaa

Sarcasm kannn

Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 20-11-2019 01:00 AM
I rasa dia patut pilih kdrama
Tinggalkn laki dia
Ank pun bg kat laki dia

I setuju pendapat ni


Hahahahahhaaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:46 AM | Show all posts
Suami dia pun .. sekali sekala apasalahnya bagi wife merdeka?

Aiii tak pernah layan cerita Korea tapi pernah binge Law & Order: Special Victims Unit sampai ke pagi!






Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 09:22 AM | Show all posts
hasanah sangat cerita nya..cuba lagi dekk..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.084274 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list