CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 2

[Tempatan] 384 tandas KLIA, klia2 dah upgrade lepas terima banyak complaint

[Copy link]
Post time 19-11-2019 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Aduan tentang tandas KLIA menurun 80%
Bernama -
19 November 2019


SEPANG – Aduan berkaitan kebersihan tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkurangan sebanyak 80 peratus sejak proses membaik pulih dan menaik taraf kemudahan itu dilaksanakan dua tahun lepas, kata Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Beliau berkata, sebanyak 384 tandas di terminal KLIA dan klia2 telah dinaik taraf ekoran banyak aduan dibangkitkan pengguna yang sebahagian besarnya adalah kaum wanita.

Mohd Shukrie berkata, proses menaik taraf tandas itu turut mengambil kira keperluan yang dibangkitkan pengguna dan antara perubahan yang dilakukan ialah berkenaan pengudaraan dan kelengkapan sanitasi.

Beliau berkata, proses menaik taraf kemudahan tersebut di pantau rapat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang menetapkan 20 elemen yang perlu dipatuhi termasuk lapan berkaitan kebersihan.

“Alhamdulillah, skor kita meningkat setiap bulan, dan pada Ogos lepas kita mencapai skor 90 peratus, sekaligus memenuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan Mavcom,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sambutan Hari Tandas Sedunia oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah di sini hari ini.

Sementara itu, Raja Kamarul Bahrin dalam ucapannya berkata Hari Tandas Sedunia adalah satu inisiatif untuk memaklumkan, melibatkan diri, dan yang paling penting memberi inspirasi kepada rakyat untuk mengambil tindakan dalam menangani krisis sanitasi global.

Memetik laporan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau berkata, 4.2 bilion populasi dunia hidup tanpa sanitasi yang selamat, dan terdapat kira-kira 673 juta orang yang masih bergantung pada pembuangan air terbuka sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

Beliau berkata, bahagian paling menakutkan adalah di mana 432,000 kematian dicatatkan setiap tahun daripada kekurangan sanitasi yang mencukupi.

“Malaysia bernasib baik diberkati dengan banyak infrastruktur kelas pertama seperti di lapangan terbang utama negara – Lapangan Terbang Antarabangsa KL, namun masih banyak yang diperlukan dari segi mencapai mentaliti kelas pertama di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpakai tandas klia xde paip gotah
Tandas klia express Kat tbs tu pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 19-11-2019 11:19 PM
Takpakai tandas klia xde paip gotah
Tandas klia express Kat tbs tu pun sama

Tandas kt tbs tu punyalah hancing. Sampai cleaner tu xlarat dh nk bersihkan. Xpernah kosong la tnds tbs tu. Belum masuk lg geng cina bukit berak kencing tisu cmpk dlm tandas pastu tak flush., kita yg kendian masuk plak tukang flush sisa tisu dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069433 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list